Hantar Kek Ulang Tahun ke Rumah Abang Ipar

5:59 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari demi hari rasa gembira semakin menjauh setiap kali melihat paparan dan perkembangan berita dari tempat tanah tumpah darah saudara seagama kita di Palestine. Timbul perasaan sedih dan duka berterusan tanpa mengira waktu, siang atau malam. Hanya mampu berdoa semoga penderitaan mereka segera berakhir.

Ada kalanya perasaan itu turut mempengaruhi emosi sehingga tidak mahu hendak menulis entri. Namun begitu, menyedari lama-kelamaan tentu blog akan menjadi suram, dan dapur maya ini akan terus bersawang, jadi menulislah walau hanya beberapa ayat.

Selepas solat Jumaat, Encik Suami serta adik-beradik yang lain ingin membuat kejutan sempena ulang tahun abang ipar yang ke-68. Mereka merancang untuk hantar kek ke rumahnya. 

Kek Ulang Tahun 

Wak Ijam, berbaju kuning dikelilingi oleh abang dan adik-adiknya.

Kita terpukau melihat pokok-pokok bunga yang subur di tepi rumah Wak Ijam.




Sempat ambil gambar pokok bunga sahaja, sedangkan keliling rumah Wak Ijam turut dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok cili, pokok buah dan segala jenis herba. Kami tidak lama di sini kerana masing-masing ada urusan.

Dalam perjalanan pulang, Lina (anak buah) telefon. Katanya, jemputlah datang makan di Rumpun Selera. Ketika itu Lina dan suaminya sedang makan di situ. Kebetulan kami belum makan tengah hari. Jadi, menjamu seleralah kami di sini.

Amie : Tauhu Begedil, Ayam Panggang & Nanas

Encik Suami : Nasi Arab & Ayam Panggang.

Terima kasih Lina belanja kami makan tengah hari. Terima kasih kakak ipar, belanja kami air tebu (beli di tepi jalan) sebelum sampai ke rumah Wak Ijam.



7 comments

  1. betul tu Amie, tak mampu nk tgok video2, cepat2 je scroll..
    BTW kek tu syomeelll

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita hanya mampu memandang dari kejauhan sambil menitipkan doa semoga akan segera berakhir segala penderitaan mereka.

      Padam
  2. Cantiiiik cake nya, purple pula 😄😄👍🏿.

    Kaguuum lihat aneka tanaman di rumah Abang ipar kakak. Pasti tangannya sangat dingin, bisa tumbuh subur semua tanaman peliharaannya 😄❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak ipar saya yang pilih kek itu. Katanya warna purple sesuai untuk usia emas / tua ... ahaks!
      Ya, memang tangan abang ipar dan isterinya dingin. Apalagi kalau menuai hasil tanaman cilinya, dibagi-bagi sama kami bahkan pernah dibagi yang sudah siap dikisar dijadikan sambal!

      Padam
  3. Sanah Helwah utk Wak Ijam, mudah-mudahan diberi kesihatan yg baik selalu 🤲
    Macam nursery rumahnya Kak, banyak pokok! Sukanya saya 🤩

    BalasPadam
  4. amboiiiii purple kek utk wak ijam... semoga wak ijam dikurniakan kesihatan yg baik dan rezeki ug melimpah ruah.

    untuk palestin, kami sentiasa bersamamu!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe