Pages

Ahad, 1 Oktober 2023

Sambal Kentang Campur Petai & Peria

Bismillahirrahmanirrahim.
September lepas, jalan-jalan ke dapur BLOGGER MRENEYOO. Terpaut selera melihat olahan Sambel Kentang Pete & Oseng Pare.

Teringat-ingat hasil air tangan Ibu Mreneyoo. Hari ini ada kesempatan masak hidangan tengah hari di dapur. Jadi, Amie pun kumpulkan bahan masakan, dan terhidanglah olahan Sambal Kentang Campur Petai dan Peria. Di dapur Ibu Mreneyoo terbahagi kepada dua jenis masakan iaitu Sambel Kentang Pete dan Oseng Pare. Amie pula satukan semua bahan, dan masak sekali harung.

Untuk resipi original, bolehlah berkunjung ke dapur Ibu Mreneyoo di sini: Sambel Kentang Pete & Oseng Pare

Masakan dari dapur Ibu Mreneyoo kaya dengan bahan perencah. Aromanya sangat menggugah selera yang terbit dari bau bawang, serai, halia, lengkuas, daun limau purut dan belacan. Cumanya, Amie tidak ada daun salam sebab di LDU memang jarang sangat jumpa orang jual daun tersebut.

Sambal Kentang Campur Petai dan Peria

Amie gunakan lima biji peria katak saiz kecil. Encik Suami suka rasa pahit peria, jadi Amie tidaklah ramas dengan garam dan perah air peria.

Amie panggang ikan bolu, gunakan daun pisang. Jadi hasilnya tidaklah kering dan nampak berjus.

Masak Lodeh Pucuk Ubi

Hidangan Makan Tengah Hari

Sambal Kentang Campur Petai dan Peria

Terima kasih Ibu Mreneyoo yang berkongsi resipi. Mohon maaf sebab ubahsuai olahannya. Tapi memang rasanya sangat sedap. Firdaus ikut makan tapi hanya ambil kentangnya sahaja. Encik Suami nampak berselera sehingga menambah ke dalam pinggan nasinya berkali-kali. Amie pula, untuk rasa lebih puas, terus-terusan meratah begitu sahaja!

25 ulasan:

  1. Aduhhhhh ibu Amieeee... mahu bocor pancinya

    BalasPadam
  2. Kalau wak panthang sambel kentang takde tempe

    BalasPadam
  3. Ada lagi ke Kak Amie? Nak tumpang sekaki 😁 sedap bangat sambal kentang pete tu...
    Pucuk Paku Masak lodeh tu sama dgn masak lemak ke KA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis dah sambal kentang tu PH. Saya nak buat lagi sebab memang sedap.
      Pucuk ubi masak lodeh tak sama dengan masak lemak. Masak lodeh gaya orang Cocos ada rempah ketumbar.

      Padam
  4. Patut la rasa familiar je resipi sambal petai campur peria ni. Rupa2nya resipi Mreneyoo. Nampak sedap sgt tu, adoi terliur ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Carneyz. Dan memang akan masak lagi. Sedap ratah-ratah.

      Padam
  5. ma syaa Allah...nampak sedapnya....terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ikut terliur ni Mama Cella. Senang-senang nanti nak buat lagi.

      Padam
  6. Meriah masakan ni. Nampak pun sangat menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna-warni memang nampak meriahkan Faizah.

      Padam
  7. Aiih ...kak Amie juga buat sambel kentang pete campur Paria ,...terimakasih kak atas percobaan memasak resep ala saya....tak apa.. boleh "saja di kreasikan sesuai selera 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbau aromanya saja sudah terasa kelazatannya.
      Terima kasih kembali kongsi menu yang enak ini ya Ibu Mreneyoo.

      Padam
  8. dana apa pun menu masakan berasaskan peria memang peberet kak oi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang jumpa peria katak. Sukalah pula Encik Suami makan peria jenis ini.

      Padam
  9. alahai sedapnya peria...macam nak juga lah buat..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peria memang sedap, walaupun pahit kiranya jadi ubat.

      Padam
  10. Uish…menggoda sungguh hidangan tengah hari kak Amie sekeluarga. Memang tak dapat nak makan sikit kalau saya dapat lauk gini 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah saya Ujie. Tapi sebab sedap, meratah sajalah sampai puas.

      Padam
  11. kak, ni banyak peria ke... byk petai?🤭

    BalasPadam
  12. Nak cobaaa juga nanti 😍😍😍😍. Saya suka petai, dan pare pun saya suka yg pahit kak. Dulu memang tak bisa. Tapi dipaksa mama untuk coba trus. Lama2 memang lah jadi suka dengan pahitnya pare 😍🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Fanny.
      Perencahnya yang pelbagai menghasilkan sambal kentang yang sangat enak!

      Padam