Terima Kasih Tinggalkan Komen (Top 10 Comentators)

4:26 PTG

Nampaknya mulai esok, tak dapatlah nak sediakan entri seperti biasa. Tak dapat jugalah nak jalan-jalan kunjung ziarah ke rumah rakan-rakan bloggers. Sedihlah pula nak tinggalkan 'dapur' untuk beberapa hari, dan mungkin beberapa minggu. Namun yang pasti in shaa Allah bulan April akan bersiaran seperti biasa. Tuntutan kerja yang menuntut komitmen yang sangat tinggi perlu diutamakan terlebih dahulu.

Amie sudah sapu sawang di dapur lama, dan cat kembali dengan warna baru. Sempat juga mengintai teman-teman bloggers yang sudi singgah dan sembang di dapur. Amie ucapkan jutaan terima kasih kerana kehadiran anda semua turut menambah ceria dan memeriahkan dapur kecil Amie. Amie sangat menghargainya.

Di bawah ini Amie senaraikan 10 pengomen yang rajin bertandang dan meninggalkan kata-kata manis buat Amie. Yang tidak tersenarai, Amie tetap hargai kerana bagi Amie semuanya memberi komen yang membina. Tanpa anda semua siapalah Amie, dan apalah Amie's Little Kitchen itu. Jemputlah datang ke blog mereka. In shaa Allah  banyak perkongsian menarik yang akan anda temui.


Terima Kasih Tinggalkan Komen ( Top 10 Comentators) :

1.
Azhafizah MN439 comments
2.
Atie Zieya277 comments
3.
namakucella184 comments
4.
Warisan Petani150 comments
5.
TukangKebun129 comments
6.
SalbiahM122 comments
7.
norhidana120 comments
8.
Nur120 comments
9.
paridah108 comments
10.

  • Azhafizah Mn
Pemilik blog ini sangat peramah. Pelbagai hasil entri dihasilkan setiap hari dengan paparan gambar yang sangat menarik hasil bidikannya, keratif! Tulisannya banyak berkisar tentang gaya hidup, resipi, isu-isu semasa dan banyak lagi.

  • Atie Zieya
Peminat drama dan filem bolehlah selalu singgah di blog ini. Pemilik blog, Atie memang sangat rajin berkongsi ulasan tentang darama dan filem pelbagai genre baik di dalam atau lura negara.

  • Namakucella
Blog ini didedikasikan oleh Cella kepada ibunya pada November 2020. Cella ingin tumpukan sepenuh komitmen terhadap pengajiannya di kampus. Ibu Cella sangat rajin mengemaskini blog. Setiap hasil masakannya disertakan dengan pelbagai latar cerita yang mengusik rasa!

  • Warisan Petani
Wak suka berkongsi cerita tentang tanaman yang dusahakannya, haiwan ternakannya seperti ayam dan lembu, serta haiwan peliharaannya, kucing yang comel dengan pelbagai gelaran. Sesekali Wak kongsikan masakan Puan Isteri hasil tanamannnya dan ternakannya.!

  • Tukang Kebun
Banyak perkongsian menarik tercatat dalam blog Tukang Kebun ini. Selain pengalaman kembara dan menyelesaikan tugasannya di luar negara, Tukang Kebun juga banyak bercerita tentang alam semula jadi dan keindahan pulau-pulau di negeri Sabah.

  • SalbiahM
Empunya blog yang manis ini, Sal pandai bermain dengan bahasa. Tulisannya sentiasa hidup dan terasa kita berada dalam situasi yang dimaksudkannya. Pergilah mengembara bersama Salbiah menerusi catatan perjalanannya. Rindu nak baca catatan kembara Sal yang seterusnya.

  • Norhidana
Blogger ini rajin berkongsi resepi dan selalu berkongsi cerita tentang anak lelaki kesayangannya, Aiyan dan juga kucing-kucing peliharaannya. Gaya penulisannya santai-santai sahaja dan pasti anda terhibur membaca celotehnya.

  • Nur
Nur, ibu yang manis ini rajin berkongsi rutin hariannya terutamanya tentang aktiviti senaman seperti joging, skipping, yoga dan sebagainya. Banyak perkongsian gaya hidup sihat dalam entri yang Nur hasilkan.

  • Paridah
Paridah banyak menulis puisi dalam blognya, dan juga berkongsi info tentang pelbagai antologi yang dihasilkan. Bila berkunjung ke blog beliau, memang sentiasa ada hasil karyanya yang puitis menjadi santapan minda kita.

  • Seri Kandi Di Tanah Jauhar
Blog ini memang penuh info tentang tempat-tempat makan sedap terutama di selatan tanahair! Tak sah kalau tak kecur liur melihat paparan dan gambar-gambar makanan. Kalau hendak ke Johor, eloklah jadikan blog ini sebagai rujukan supaya tak tersesat mencari tempat makan!

28 comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan kak amie. Nanti dah tak sibuk boleh sambung menaip di dapur alam maya. Terkejut tengok blog Kak Amie berubah hari ni. Konsep minimalist :)

    Terima kasih kak senaraikan blog saya. Tapi ada typo tang nama tu kak, tertinggal hufuf z di situ. Tahniah untuk semua. mostly rakan rakan blogger yang saya kenal dan rajin meninggalkan komen :)

    BalasPadam
  2. Lama la kita tak dapat update resepi dan keletah adik Firdaus nanti. Semoga dipermudahkn urusan. Insha Allah entry kembara akan lebih kerap selagi tak kena PKP. Jaga diri kak Amie

    BalasPadam
  3. Sesekali jengah sini.
    Kalau bosan boleh kelebet tulisan lama Puan Amie.
    Banyak itu Fiza komen sampai 400 lebih.

    BalasPadam
  4. Laaaa...dalam tak sedar rupanya banyak juga saya tinggalkan jejak kat sini ...Hihihi Terima kasih cikgu kerana selalu kongsi info terutama pasal ikan-ikan & makanan unik kat Sabah.Walau jauh di seberang Laut China Selatan,tapi terasa dekat di alam maya.Semoga cikgu & keluarga dipermudahkan urusan serta dalam rahmat Allah swt Amiinn

    BalasPadam
  5. Tahniah Top !0 Commentators 👏🏽

    Wah..blog Amie berwajah baru.

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan kak amie ye...jangan la lama2 sanagt nanti rindu nak baca entry kak amie..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah terima kasih penghargaannya

    BalasPadam
  8. waaa blog kak amie dah bertukar wajah.. cantik !! sukanyaa
    thank you sbb listed atie dlm ni :)

    BalasPadam
  9. Tak apalah Amie..utamakan yg penting dulu...bkn nak tinggalkan terus berblog kan..

    BalasPadam
  10. Yey, tersenarai juga kita.. alah, nanti kita pasti akan rindukan gambar2 masakan Amie

    BalasPadam
  11. salam perkenalan cikgu, saya baru jumpa blog cikgu, pengisian sangat menarik dengan lenggok bahasa yang tersusun, moga semua urusan cikgu dipermudahkan.

    BalasPadam
  12. wah bila masuk je wah rumah baru ka. Apa pun Tahniah buat semua. Semuga Allah mempermudahkan urusan amie sekeluarga. Apa pun chaiyok chaiyok

    BalasPadam
  13. wahhhh tahniah semua... ni jenis2 rajin BW tanpa kira masa hehhe

    BalasPadam
  14. Selamat menjalankan tugas, Amie. Eh, saya pun termasuk dalam senarai. Terima kasih, Amie. :)

    BalasPadam
  15. terima kasih kak, takpe kita dulukan kerja hakiki kita dulu... nanti dh ok boleh mulakan berkarya di dunia blogger dan BW di blog kawan2

    BalasPadam
  16. Tahniah pada semua pengomen tegar di blog Amie.

    Selamat kembali menjalankan tugas hakiki Amie. Saya pun dah start bertugas macam biasa. Tiada lagi 'bekerja dari rumah' hehehe

    BalasPadam
  17. Tahniah semua. Semoga dimudahkan urusan Sis.

    BalasPadam
  18. alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusannya. Insyallah

    BalasPadam
  19. Wah..tahniah Fiza. pengunjung setia ni.
    Amie dah bertukar baju blog..ok juga putih macam ni.

    BalasPadam
  20. Wowwwww...lama tak singgah..canggih betul wajah baru Amie's Little Kitchen!!! Tahniahh!!! Very nice, keep it up!

    BalasPadam
  21. wahhhh tahniah semua... masih lom tersenarai lg.hehehe

    blog kak amie cantikkkkkk laaa :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe