Restoran Ikan Goreng TNT & Estrella Tawau

5:24 PTG

Sambung cerita jalan-jalan cari makan di Tawau. Teksi turunkan kami di hotel. Kami cepat-cepat masuk bilik, tinggalkan beg yang dibawa ke tempat mesyuarat. Kemudian kami bergegas turun ke bawah, bertemu kawan-kawan yang lain.  Selepas itu kami sama-sama berjalan mencari tempat makan sebelum senja. 

Amie pun tak tahu nak bawa kawan-kawan ke mana untuk isi perut. Risau juga sebab selera tak sama. Sedap bagi kita, belum tentu sedap pada citarasa orang lain. Amie singgah masuk ke Restoran Ikan Goreng TNT di Jalan Bantu. Semua ikut masuk. Kalau sudah namanya Restoran Ikan Goreng, sudah tentulah menu ikan goreng yang menjadi tarikan pelanggan. Pilih sahaja ikan yang digemari dan sebutkan nak masak apa. Biasanya ikan goreng, dihidangkan lengkap dengan nasi, sambal dan sayur bening. Kiranya memang menyihatkanlah hidangannya bagi yang suka!

Sementara menunggu hidangan masing-masing sampai ke meja,  Amie makan sebungkus barongko. Ame sukakan barongko di sini sebab rasanya tidak begitu manis. hanya manis-manis manja dan ada rasa masam sedikit. barongko ini memang sedap dimakan sejuk.

Barongko.

Barongko : Sejenis manisan, masakan tradisi Bugis.

Si Mewah dengan air kelapa mudanya.


Tidak lama kemudian, datanglah nasi, sayur bening dan sambal di atas meja kami. Amie minta Ikan Putih Rebus. Memang suka sangatlah Amie, sebab kuahnya yang masam-masam sedikit itu cukup menyelerakan! ditambah pula dengan ikan putih yangsegar, terasalah manis isinya.

Ikan Putih Rebus.



Selain Ikan Putih Rebus, Amie minta juga udang goreng salut tepung. Ratah-ratah saja pun sedap ni.


Sayur bening ini memang sesuai sangatlah kalau digandingkan dengan ikan goreng dan sambal. 

Fin pilih udang masak sambal.

Ton dengan ikan baulu @bolu @ ikan susu goreng tanpa tulang.


Suan pilih ikan putih. Sama saja masakannya dengan ikan Vie dan hel. Yang membezakan hanya jenis ikan.


Mewah pula berminat dengan ikan belais goreng, kuah taucu.

Ikan belanak kegemaran Vie.


Hel pula sukakan ikan siakap.


Amie makan semeja bertiga dengan Vie & Mewah.
Alhamdulillah.  Setelah perut kenyang, kami pun berjalan pulang ke hotel.
Vie minta temankan beli buko pandan.
Akhirnya pencarian berakhir di Estrella Kiosk.


Malam itu, sambil menyambung kerja-kerja online di hotel, Amie dan Vie menikmati buko pandan. Masing-masing beli minuman, Amie dengan mago Smothie dan Vie dengan Green Tea Shake.


8 comments

  1. sedapnya udang sambal tuu. ehhh udang tepung pon sedap :)

    BalasPadam
  2. Amie, kalau bawa Kita pergi makan di sini jangan risau, sebab semuanya macam kena saja dgn selera kita

    BalasPadam
  3. Aduh,kalau hidangan ikan dari Sabah ni memang tidak pernah mengecewakan walau hanya jamu mata..hihihi

    BalasPadam
  4. ikan goreng mmg ngam dgn sayur bening

    BalasPadam
  5. sy terliur tgk udang tu heheheeh

    BalasPadam
  6. aduh sedapnya tengok segala menu ikan tu kak... mau ratah je pun best nih

    BalasPadam
  7. first time tengok barongko tu.. menarik..
    Ikan susu tu senang nak makan dah tak ada tulang..

    BalasPadam
  8. Pertama kali dengar dan tengok Barongko. Macam tapai ke tu? Sedap sedap hidangan di TNT Estrella Tawau ni. Goreng tepung ratah je pun sedap dan kenyang dah :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe