Nampaknya mulai esok, tak dapatlah nak sediakan entri seperti biasa. Tak dapat jugalah nak jalan-jalan kunjung ziarah ke rumah rakan-rakan bloggers. Sedihlah pula nak tinggalkan 'dapur' untuk beberapa hari, dan mungkin beberapa minggu. Namun yang pasti in shaa Allah bulan April akan bersiaran seperti biasa. Tuntutan kerja yang menuntut komitmen yang sangat tinggi perlu diutamakan terlebih dahulu.
Amie sudah sapu sawang di dapur lama, dan cat kembali dengan warna baru. Sempat juga mengintai teman-teman bloggers yang sudi singgah dan sembang di dapur. Amie ucapkan jutaan terima kasih kerana kehadiran anda semua turut menambah ceria dan memeriahkan dapur kecil Amie. Amie sangat menghargainya.
Di bawah ini Amie senaraikan 10 pengomen yang rajin bertandang dan meninggalkan kata-kata manis buat Amie. Yang tidak tersenarai, Amie tetap hargai kerana bagi Amie semuanya memberi komen yang membina. Tanpa anda semua siapalah Amie, dan apalah Amie's Little Kitchen itu. Jemputlah datang ke blog mereka. In shaa Allah banyak perkongsian menarik yang akan anda temui.
Terima Kasih Tinggalkan Komen ( Top 10 Comentators) :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Pemilik blog ini sangat peramah. Pelbagai hasil entri dihasilkan setiap hari dengan paparan gambar yang sangat menarik hasil bidikannya, keratif! Tulisannya banyak berkisar tentang gaya hidup, resipi, isu-isu semasa dan banyak lagi.
Peminat drama dan filem bolehlah selalu singgah di blog ini. Pemilik blog, Atie memang sangat rajin berkongsi ulasan tentang darama dan filem pelbagai genre baik di dalam atau lura negara.
Blog ini didedikasikan oleh Cella kepada ibunya pada November 2020. Cella ingin tumpukan sepenuh komitmen terhadap pengajiannya di kampus. Ibu Cella sangat rajin mengemaskini blog. Setiap hasil masakannya disertakan dengan pelbagai latar cerita yang mengusik rasa!
Wak suka berkongsi cerita tentang tanaman yang dusahakannya, haiwan ternakannya seperti ayam dan lembu, serta haiwan peliharaannya, kucing yang comel dengan pelbagai gelaran. Sesekali Wak kongsikan masakan Puan Isteri hasil tanamannnya dan ternakannya.!
Banyak perkongsian menarik tercatat dalam blog Tukang Kebun ini. Selain pengalaman kembara dan menyelesaikan tugasannya di luar negara, Tukang Kebun juga banyak bercerita tentang alam semula jadi dan keindahan pulau-pulau di negeri Sabah.
Empunya blog yang manis ini, Sal pandai bermain dengan bahasa. Tulisannya sentiasa hidup dan terasa kita berada dalam situasi yang dimaksudkannya. Pergilah mengembara bersama Salbiah menerusi catatan perjalanannya. Rindu nak baca catatan kembara Sal yang seterusnya.
Blogger ini rajin berkongsi resepi dan selalu berkongsi cerita tentang anak lelaki kesayangannya, Aiyan dan juga kucing-kucing peliharaannya. Gaya penulisannya santai-santai sahaja dan pasti anda terhibur membaca celotehnya.
Nur, ibu yang manis ini rajin berkongsi rutin hariannya terutamanya tentang aktiviti senaman seperti joging, skipping, yoga dan sebagainya. Banyak perkongsian gaya hidup sihat dalam entri yang Nur hasilkan.
Paridah banyak menulis puisi dalam blognya, dan juga berkongsi info tentang pelbagai antologi yang dihasilkan. Bila berkunjung ke blog beliau, memang sentiasa ada hasil karyanya yang puitis menjadi santapan minda kita.
- Seri Kandi Di Tanah Jauhar
Blog ini memang penuh info tentang tempat-tempat makan sedap terutama di selatan tanahair! Tak sah kalau tak kecur liur melihat paparan dan gambar-gambar makanan. Kalau hendak ke Johor, eloklah jadikan blog ini sebagai rujukan supaya tak tersesat mencari tempat makan!
All the best! :)
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan kak amie. Nanti dah tak sibuk boleh sambung menaip di dapur alam maya. Terkejut tengok blog Kak Amie berubah hari ni. Konsep minimalist :)
BalasPadamTerima kasih kak senaraikan blog saya. Tapi ada typo tang nama tu kak, tertinggal hufuf z di situ. Tahniah untuk semua. mostly rakan rakan blogger yang saya kenal dan rajin meninggalkan komen :)
Lama la kita tak dapat update resepi dan keletah adik Firdaus nanti. Semoga dipermudahkn urusan. Insha Allah entry kembara akan lebih kerap selagi tak kena PKP. Jaga diri kak Amie
BalasPadamSesekali jengah sini.
BalasPadamKalau bosan boleh kelebet tulisan lama Puan Amie.
Banyak itu Fiza komen sampai 400 lebih.
Laaaa...dalam tak sedar rupanya banyak juga saya tinggalkan jejak kat sini ...Hihihi Terima kasih cikgu kerana selalu kongsi info terutama pasal ikan-ikan & makanan unik kat Sabah.Walau jauh di seberang Laut China Selatan,tapi terasa dekat di alam maya.Semoga cikgu & keluarga dipermudahkan urusan serta dalam rahmat Allah swt Amiinn
BalasPadamwahh semua pengomen tegar hehe
BalasPadamtahniah semua
BalasPadamtahniah semua
BalasPadamTahniah Top !0 Commentators 👏🏽
BalasPadamWah..blog Amie berwajah baru.
Semoga dipermudahkan segala urusan kak amie ye...jangan la lama2 sanagt nanti rindu nak baca entry kak amie..
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih penghargaannya
BalasPadamwaaa blog kak amie dah bertukar wajah.. cantik !! sukanyaa
BalasPadamthank you sbb listed atie dlm ni :)
Kak amie naknke mana tu?
BalasPadamTak apalah Amie..utamakan yg penting dulu...bkn nak tinggalkan terus berblog kan..
BalasPadamTahniahh semua
BalasPadamYey, tersenarai juga kita.. alah, nanti kita pasti akan rindukan gambar2 masakan Amie
BalasPadamsalam perkenalan cikgu, saya baru jumpa blog cikgu, pengisian sangat menarik dengan lenggok bahasa yang tersusun, moga semua urusan cikgu dipermudahkan.
BalasPadamwah bila masuk je wah rumah baru ka. Apa pun Tahniah buat semua. Semuga Allah mempermudahkan urusan amie sekeluarga. Apa pun chaiyok chaiyok
BalasPadamwahhhh tahniah semua... ni jenis2 rajin BW tanpa kira masa hehhe
BalasPadamSelamat menjalankan tugas, Amie. Eh, saya pun termasuk dalam senarai. Terima kasih, Amie. :)
BalasPadamterima kasih kak, takpe kita dulukan kerja hakiki kita dulu... nanti dh ok boleh mulakan berkarya di dunia blogger dan BW di blog kawan2
BalasPadamTahniah pada semua pengomen tegar di blog Amie.
BalasPadamSelamat kembali menjalankan tugas hakiki Amie. Saya pun dah start bertugas macam biasa. Tiada lagi 'bekerja dari rumah' hehehe
Tahniah semua. Semoga dimudahkan urusan Sis.
BalasPadamalhamdulillah, semoga dipermudahkan urusannya. Insyallah
BalasPadamWah..tahniah Fiza. pengunjung setia ni.
BalasPadamAmie dah bertukar baju blog..ok juga putih macam ni.
Wowwwww...lama tak singgah..canggih betul wajah baru Amie's Little Kitchen!!! Tahniahh!!! Very nice, keep it up!
BalasPadamwahhhh tahniah semua... masih lom tersenarai lg.hehehe
BalasPadamblog kak amie cantikkkkkk laaa :)
tahniah semuaa
BalasPadam