Abang Farid Buat Majlis Ulang Tahun Firdaus

9:54 PTG

Apabila diumumkan tidak perlu melalui ujian calitan untuk rentas negeri dari Sabah ke Malaya, Abang Farid terus minta pendapat kami hasratnya untuk terbang ke Perak. Semenjak 13 September 2020 sehingga ke hari ini, Abang Farid dan Fuad menjalani perintah kawalan pergerakan, dan duduk di LD hampir 6 bulan lamanya. Katanya, entah apa khabar motosikal dan keadaan rumah sewanya. Aduhai! 

Akhirnya Abang Farid beli tiket dan dijadualkan terbang pada 14 Mac 2021, minggu depan. Petang kelmarin Abang Farid sembang dengan Amie. Katanya, bulan Mac ini hari ulang tahun Firdaus. Boleh tak kita sambut awal sebelum saya terbang? Nanti saya belikan kek.  Boleh tak sambut esok, hari Sabtu?

Amie sebenarnya sudah ada rancangan sendiri pada hari Sabtu. Amie nak habiskan baca travelog Ustazah Basikal Siri 2 setebal 1018 muka surat itu. Kemudian Amie nak rehat secukupnya, sebab pada hari Ahad esoknya, sehari suntuk akan ikut kelas biskut.

Kita order makanan sajalah, cadang Abang Farid.

Kalau begitu, okeylah.

Selepas solat Maghrib, kami buat persiapan untuk sambutan budak kecil yang tak tahu Abang Farid adakan majlis untuknya. Fuad pula, tiba-tiba ada urusan bersama abang sepupunya. Tidaklah dapat sambut bersama.

Firdaus tertanya-tanya, kenapa ada makanan sedap-sedap di atas meja?  Apabila dberitahu Abang Farid yang adakan majlis ulang tahunnya, bukan main suka hatinya! Kami tanya, sempena ulang tahunnya apa azam Firdaus? Jawabnya:

  • Daus nak jadi budak pandai.
  • Daus nak jadi anak yang soleh.
Ulang tahun Firdaus yang ke 8 tahun.


Hidangan yang disediakan sudah tentulah ikut citarasa Abang Farid kerana dia yang belanja. Ada sate ayam , pizza Hawaian Chicken dan Tuna Island. Menunya ringkas sahaja tetapi apabila dilengkapi dengan puding mangga, puding pelangi dan buah-buahan, nampak meriahlah pula. Keknya pula Abang Farid belikan kek coklat oreo.


Hasil gotong-rotong Abang Farid dan Fairuz menyusun hidangan di meja makan, dapatlah si adik Firdaus  menjadi 'raja" buat seketika!


Tarikh ulang tahun Firdaus sebenarnya jatuh pada 22 Mac 2021, bersamaan tarikh lahir Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee.


Hari ini, Amie dapat tamatkan bacaan Ustazah Basikal Siri 2. Alhamdulillah, dalam masa 7 hari Amie sudah berjaya baca dua siri travelog Ustazah Basikal Siri 1 setebal 708 muka surat dan Ustazah Basikal Siri 2 setebal 1018 muka surat. Siri satu habis baca dalam tempoh 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Siri 2 pula baca ikut sempat waktu, dalam tempoh 5 hari.  Pada masa yang sama dapat sambut ulang tahun Firdaus atas usaha Abang Farid.
Nampaknya, hanya tinggal seminggu sahaja lagi Abang Farid dapat bersama kami sebelum terbang ke sarangnya di Seri Iskandar. Moga dipermudahkan segala urusannya, dan dapat sambung kerja-kerja penyelidikan Ph.Dnya hingga selesai.

13 comments

  1. Nampak meriah menunya.
    Tahniah Firdaus
    Tahniah Farid

    BalasPadam
  2. Happy advance birthday Firdaus... Semoga dirahmati Allah

    BalasPadam
  3. hbday Firdaus wah sedap semua hidangannya

    BalasPadam
  4. Seronoknya Firdaus...ayg abg kat adik kan...banyak makanan tu..sedap nampaknya

    BalasPadam
  5. seronok anak bongsu ni ye...sentiasa melimpah dengan kasih sayang

    BalasPadam
  6. 8 tahun dah umur firdaus, dah besar.... happy birthday :)

    BalasPadam
  7. Kasih Abang pada adik..happy adik dapat kek ya..anak saya bulan lapan hujung kak Amie..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..seronok Firdaus ada surprise celebration untuk dia. Happy 8th years Firdaus! Comel dia kat situ jadi raja paling comel :)
    Semoga murah rezeki Abang Farid belanja dan dipermudahkan urusan balik ke semenanjung serta urusan belajarnya. Aaminn

    BalasPadam
  9. Cantiknya dapur amie. Selamat hari jadi firdaus. Semuga segala yang firdaus impikan Allah makbulkan. Semuga perjalanan Farid dipermudahkan. Aamiin

    BalasPadam
  10. Happy birthday Firdaus semoga panjang umur San murah rezeki sentiasa

    BalasPadam
  11. Happy Birthday Firdaus, semoga jadi anak soleh dunia dan akhirat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe