Jalan-Jalan Cari Makan Tengahari

10:09 PTG

Akhir-akhir ini cuaca sangat panas.
Balik rumah, rasa letih dan tak larat nak masuk dapur.
Mujurlah Abang Farid dan Fuad pandai urus diri, sama ada order makanan atau masak sendiri di dapur. Fairuz pula setiap hari balik lewat petang kerana ada kelas tambahan. Encik Suami pula, tak banyak cakap terus bawa Amie cari makan tengahari di mana-mana cafe atau restoran. Hari Isnin lepas, Encik Suami ajak makan di The Real Cafe. Bila nampak ada cendol, Amie terus minta satu. Sedap sangat sebab gunakan santan segar. Bekasnya pun taklah besar. Harganya pula RM7.90 sen. Macam mahal pula. Tapi Encik Suami tak kata apa. Orang belanja, Alhamdulillah.
 
Cendol

Ini Amie punya oderan, hot chicken with cheese. Sepatutnya ada kentang goreng tapi ditukar dengan whipped potato pula. Ketika Amie makan, Encik Suami kata nak bawa Abang Farid makan di sini sebab Abang Farid makanan yang Amie makan tu.


Ini pesanan Encik Suami, nasi ayam dengan ayam goreng real cafe.

Mango Sago


Hari ini Encik Suami ajak makan di Seri Perdana pula. Oleh kerana kebanyakan restoran penuh dengan pelanggan, encik Suami ajak makan di Mama Win Cafe. Banyak kali juga Encik Suami ajak makan di sini tapi Amie setuju. Perut memang sudah bergendang, nak pusing-pusing cari tempat makan lain rasa tak larat pula ditambah dengan cuaca panas.

Di Mama Win Cafe ini Amie pesan Mango Sago dan Encik Suami minta  Watermelon Sago.

Watermelon Sago


Hidangan yang dipesan Encik Suami sudah sampai ke meja : Nasi Goreng Ayam Penyet. Kata Encik Suami, Fairuz suka betul makanan ini. Itulah, kalau makan tanpa anak-anak bersama teringat-ingat pula! 


Amie minta Nasi Ikan Bolu @ Ikan Susu Sambal. Datanglah seekor ikan bolu goreng tambah sambal di atasnya. Amie sangka datang dengan sayur seperti timun dan ulaman lain. Kata pelayan cafe, kalau Amie minta Nasi ikan Bolu Penyet barulah ada sayur iringan. Oooo... begitu rupanya.

Ikan Bolu Goreng Sambal

Set hidangan sampai di meja disertakan sekali dengan semangkuk kecil sup kosong. Memang kebiasaannya, kalau makan di Sabah ada semangkuk kecil sup kosong!

9 comments

  1. Aduhai, semua menggamit selera betullah. Nasib baik bukan bulan puasa.. Hihihi

    BalasPadam
  2. Adoiii tgh2 mlm tgk makanan terus rs laparr 😅😅

    BalasPadam
  3. betul bila cuaca panas terlampau mesti malas nk masak. semua menu2 nampak sedap. pekena cendol memang best !

    BalasPadam
  4. meriah menu2 Amie walaupun makan di kedai. Samalah macam Pak Inche bila makan tanpa anak, mulalah teringat2, cuma anak jer tak ingat bapaknya masa makan, hahaha

    BalasPadam
  5. sago mangga n watermelon n cendol meyegarkan tekakmusim panas gini

    BalasPadam
  6. memang agak mahal cendol kosong dengan harga tu kak, tapi kalau dah kepanasan dpt cencol nikmatnya...
    sedap2 semua menu akak tu... yelah bila makan ber2 mesti ingat anak2 kan

    BalasPadam
  7. Aduh meriah menu menu kak amie ni, bestnyaaaaaaa

    BalasPadam
  8. Panas panas ni sedap betul dapat minum cendol, mango dan watermelon sago tu. Hidangan pun sedap sedap tu. Terbaik port makan kak Amie ni :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe