Serunding Ikan Sedap Bekal Oleh-Oleh Abang Farid

10:26 PG

Akhirnya, hari yang dihitung tiba jua. Pagi ini Abang Farid dapat kelulusan dari Ketua Polis Polis Daerah Lahad Datu untuk rentas negeri. Urusan mengisi borang untuk mendapatkan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah diterima. In shaa Allah, selepas Subuh pagi esok, bersama Encik Suami, kami akan bertolak ke Lapangan Terbang Tawau. Jam penerbangan Abang Farid ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 11 pagi.

Begitulah ceritanya.

13 September 2020, Abang Farid dan Fuad pulang ke LD dan terkurung tak dapat rentas negeri disebabkan pandemik Covid-19. Alhamdulillah, keadaan semakin bertambah baik, dan dapatlah anak-anak kembali sambung pengajian bersemuka yang tertangguh sekian lama. Hari ini, tepat 6 bulan Abang Farid dan Fuad bersama kami. Fuad pula akan terbang ke Johor pada 21 Mac 2020. 

Esok, selepas menghantar Abang Farid di airport, Encik Suami akan meneruskan pemanduan menghantar Amie ke Tawau pula. Apabila Encik Suami kembali ke Lahad Datu nanti, tinggallah Amie di Tawau selama  4 hari 4 malam untuk menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Hari ini Amie kongsikan entri Serunding Ikan Sedap. Serunding ini akan dibawa Abang Farid balik ke Seri Iskandar, Perak. Katanya nak dijadikan oleh-oleh untuk rakan-rakannya.

Kali ini Amie tumbuk isi ikan dan hasilnya, serunding ikan nampak lebih halus. Nak kisar pun boleh. Kalau tidak mahu gunakan jus limau nipis, boleh gantikan dengan asam jawa atau asam keping @ gelugur, dan bubuh sebelum masukkan ikan. Amie tambahkan juga sedikit serbuk rempah sup. Walaupun sudah beberapa kali membuat serunding ikan, tetapi Amie suka mengubahsuai resipi dan penggunaan bahan. Mana tahu suatu ketika nanti dapat hasilkan serunding ikan yang lebih sedap!

Bahan-bahan:
  • 3 kg isi ikan alu-alu yang sudah direbus dengan 3 keping asam gelugur dan 1 sudu besar garam kasar - toskan - tumbuk 
  • 1 kg pati santan
  • 5 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk rempah sup
  • 1 cawan parutan gula Melaka
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 4 labu bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar jintan manis
Cara memasak:
  1. Masukkan santan ke dalam kuali. Tuangkan bahan kisar, parutan gula Melaka dan serbuk kari serta rempah sup.
  2. Gaul rata sehingga gula Melaka larut.
  3. Kemudian masukkan isi ikan alu-alu. Kacau selalu. Api sederhana sahaja.
  4. Setelah serunding ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan, daun limau purut dan juas limau nipis.
  5. Teruskan mengacau serunding ikan sehingga menjadi kering dan berderai.
  6. Padamkan api dapur.

11 comments

  1. Balasan
    1. Terima kasih Adinda Baizura. Puas hati buat sendiri untuk bekal anak.

      Padam
  2. Cakap Abang Farid asingkan ½...Nanti aunty nak cukai kat Sri Iskandar..hihihi...nampak menyelerakan sunggguh serondeng tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu di belah mana tu kat Seri Iskandar hahahaaaa.

      Padam
  3. Nampak sedap...buat popia mini serunding ikan pun sedap tu kan..

    BalasPadam
  4. Esok abg farid nak balik ke malaya dah. untung dapat bawa balik serunding ikan bagi kawan kawan rasa. Sedap tu. Semoga abg farid selamat sampai di malaya esok dan dipermudahkan urusan. Aaminn...

    BalasPadam
  5. moga moga semua dah kembali seperti sedia kala kan...harap covid ni cepat habis

    BalasPadam
  6. sedapnya serunding ikan... boleh buat niaga ni kak ;-)

    BalasPadam
  7. Oh, gitu ceritanya. Semoga segala urusan Amie dan keluarga dipermudahkan, dan selamat dalam perjalanan. Sedap serunding ikan, buat bekal anak. Cicah roti pun sedap. :)

    BalasPadam
  8. nak puasa nanti kalau tak lalu makan selalu jugak makan serunding ikan dengan nasi.

    BalasPadam
  9. wahhhh! sedapnya kak.. boleh terbayang bayang ni.hahah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe