Kiriman Buku Daripada Sahabat Lama

6:15 PTG

Seorang sahabat lama yang tidak pernah bersua muka sejak Amie terlontar jauh ke LD, telah mengirim 5 buah buku untuk Amie. Terima kasih sekalung budi buat Raudah yang sudi kirimkan hasil penulisannya bersama rakan-rakannya yang lain menerusi 5 judul;

  • Meniti Pemulihan
  • Kendera Kehidupan
  • Literasi Kehidupan
  • Memoir Terindah Tanah Suci
  • Memoir Terindah Tanah Suci Jilid 2
                        

Raudah kini bertugas sebagai Senior Lecturer di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Masih segar dalam ingatan, kali terakhir bertemu dengannya ialah beberapa hari sebelum Amie berangkat ke LD. Raudah bersama keluarganya (yang Amie ingat arwah ibunya), sempat menziarahi Amie di kampung. Masih terdengar di cuping telinga ini suara arwah emak Raudah ketika bercakap dengan Bonda kita : Kuat sungguh semangat hatimu lepaskan anakmu pergi jauh. 
Ketika itu, Bonda hanya mampu mengesat air mata. 
Zaman dahulu, posting ke Sabah dianggap sebagai sesuatu yang luar biasanya mengalahkan askar yang dihantar ke sempadan!
Di muka surat hadapan buku-buku yang dikirim, Raudah tuliskan antaranya: Sayang selalu (dalam tulisan Jawi dan Rumi), Semoga jadi Tetamu-Nya. Tulisan Raudah masih sama seperti dahulu!
Tiba-tiba mata masuk habuk sebab rasa rindu sangat dengan Raudah! Hampir 29 tahun tidak bersua muka.

  • Memoir Terindah Tanah Suci
  • Memoir Terindah Tanah Suci Jilid 2
  • Literasi Kehidupan
  • Kendera Kehidupan
  • Meniti Pemulihan

Terima kasih sekali lagi buat Raudah atas ingatan ini. Hari Sabtu bersamaan 6 Mac 2021 lepas Raudah meminta alamat, dan hari ini kiriman sudah sampai ke tangan Amie.  Sudah tentulah banyak sangat kenangan lama yang terus terpahat dalam ingatan terutama  ketika bersama-sama menuntut di Universiti Malaya zaman remaja purba dahulu kala. 
Hanya jarak dan waktu yang memisahkan kita, tetapi tidak dengan memori kita bersama. Moga Raudah sekeluarga sentiasa dipermudahkan segala urusan, dan mendapat rezeki serta limpah rahmat dari-Nya sepanjang masa.

18 comments

  1. Seronok dapat kiriman dari jauh sahabat lama yang dirindui. Boleh jadi pengubat rindu ni. Selamat membaca kak amie. pasti menarik isi dalam buku tu.

    BalasPadam
  2. Seronoknya kawan beri buku-buku. Menarik tajuk buku.

    BalasPadam
  3. Selamat membaca
    Semoga ukhuwah terus berkekalan

    BalasPadam
  4. wah banyaknya dapat hadiah buku Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Kerinduan dari kejauhan membuatkan sahabat amie mengirim buku tulisannya bagaikan menghantar orangnya turut sama ke LD. Semuga Allah mempertemukan sahabat lama amie dengan amie satu hari nanti. Aamiin

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah sampai. Ada satu lagi yg ada kisah kita belum terbit... Selamat membaca. Teringat novel Salami yg ada watak Adila tu... Ada lagi tak? Kalau ada nk belilah... Saya punya dah hilang dari radar pulak.

    BalasPadam
  7. dimana boleh dibeli ya buku - bukunya ? nampak menarik untuk dibaca <3 <3

    BalasPadam
  8. Seronoknya Kak Amie dapat bahan bacaan baharu. Moga suatu hari ada rezeki Kak Amie bersua muka dengan sahabat Kak Amie ni.

    BalasPadam
  9. Tahniah kak dpt byk buku yg bagus2

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...boleh jadi santapan mata dan minda..

    BalasPadam
  11. Selamat membaca. Moga suatu hari nanti kak Amie dan kak Raudhah dapat bertemu sekali lagi

    BalasPadam
  12. kak amie mmg suka membaca kan skarang ni .. selamat membaca :)

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah. Rezeki juga tu, ada kawan baik yang masih ingat kat kita, walau lama tak bersua. Siap bagi buku lagi. :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe