Bekal ke Sekolah : Bebola Nasi & Dada Ayam Potong Dadu Goreng Rangup

12:58 PTG

Sewaktu bertugas di dewan dan rondaan pada hari Selasa lalu, ketika waktu rehat terpandang seorang calon SPM sedang menikmati bekalan makanannya. Kita yang sudah hampir patah kaki sebab berdiri dan berjalan sepanjang waktu terus menghampirinya kerana tertarik dengan rupa bentuk makanannya. Sangkaan Amie, calon SPM tersebut  bawa bekal bebola ikan dengan ayam goreng. Bila  Amie perhatikan betul-betul, bebola ikan agak kasar sedikit berbanding bebola ikan yang biasa. Amie tanya: Kamu makan apa ni? Cantik!

Amie kata cantik, sebab bebola ikannya dihias dengan bijan.

Ini nasi, jawab calon SPM tersebut.

Mama saya suka makanan Korea., katanya lagi. Dan seterusnya tanpa dipinta calon SPM tersebut terangkan bagaimana bebola nasi yang Amie sangka bebola ikan itu dibuat.  Katanya, masak nasi lembik sedikit, tambahkan perasa, minyak bijan dan minyak zaitun. Kemudian bulat-bulatkan sementara nasi masih panas.

Amie rasa tentu Firdaus suka kalau Amie siapkan bekalannya ke sekolah sama seperti bekalan calon SPM itu. Amie perlu tambah mini lettuce dan sos cili sahaja dalam bekalannya nanti.

Bebola Nasi & Dada Ayam Potong Dadu Goreng Rangup


Amie  masak nasi seperti biasa, dan lebihkan sedikit air. Amie bubuh sedikit perasa dan masak nasi sehingga tanak. Kemudian Amie renjiskan sedikit minyak bijan serta minyak zaitun. Amie gaul nasi dan setelah sebati, Amie gunakan sudu penyukat dalam gambar di atas untuk membentuk bebola nasi. Seronok pulak sebab apabila gunakan sudu sukatan, proses membentuknya menjadi pantas! Bentuknya tidak bulat sepenuhnya, tetapi nampak bulat apabila disusun.... ahaks! Jika suka, boleh taburkan bijan. Amie taburkan bijan putih dan bijan hitam.

Bebola nasi.

Dada Ayam Potong Dadu Goreng Rangup.

Mini Lettuce.


Apabila Firdaus nampak Amie sediakan bekalannya di dapur, nampak sangat sukalah budak kecil itu! Katanya, nanti makan nasi sebiji dengan ayam sebiji juga. Sempat juga dia makan ayam goreng sebelum ke sekolah. Tak cukup ambil satu tangan, sebelah tangan lagi ambil ayam goreng, sementara tangan yang sebelah suap ke mulut! Sayaaaang.....! Makan perlahan-lahan, jangan gelojoh!


Bekalan Firdaus ke sekolah.


Jangan lupa bawa hand sanitizer & sapu tangan.


Baik-baik di sekolah dik
Belajar rajin-rajin ya sayang.
Dengar cakap cikgu.


Apabila sekolah sudah dibuka, rasa sepilah pula berada di rumah tanpa Firdaus!




بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

ِYa Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.
Tiada henti mengucap syukur ke hadrat-Mu, atas segala nikmat dan barkah yang telah Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah Ya Jaliilu,Tidak ada yang dapat menghalangi dari apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan yang Engkau halangi.
Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Sejahtera, kepada Engkaulah kami mengharap kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dalam keadaan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga sebagai tempat kesejahteraan yang telah Engkau berkati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa isteri-isteri kami,dosa-dosa anak-anak kami, dosa- dosa adik beradik kami, dosa-dosa sahabat-sahabat kami, dosa-dosa guru- guru kami, dosa-dosa kaum muslimin dan
muslimat sekalian kerana engkaulah yang maha pengampun lagi maha pemurah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,  Engkau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, rezeki yang banyak kepada kami, tetapkan iman kami dan matikanlah kami dalam HUSNUL KHATIMAH dan jangan ENGKAU matikan kami dalam SUU'UL KHATIMAH...

Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kami, isteri kami, anak-anak kami, adik-beradik kami dan sahabat-sahabat kami hati yang penuh dengan iman ya Allah... sihatkanlah tubuh badan kami ya Allah, pertautkan kasih sayang kami kerana Mu ya allah..

Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, iman yang kuat tanpa goyah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik , kecerdasan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dalam kehidupan kami kerana Engkaulah tempat kami meminta segala permintaan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

13 comments

  1. Aamiin...

    Mudahnya buat bebola nasi tu :)

    BalasPadam
  2. Aaminn Ya Rabalalamin..
    Budak2 pasti suka kan bebola nasi.Nak buat pun mudah.Seronok makan bekal di sekolah.

    BalasPadam
  3. Sedapnya bekal Firdaus. Semoga semangat nak belajar bila teringat bekalan sedap ala Korea

    BalasPadam
  4. bestnya bawa bento pergi sekolah ...

    BalasPadam
  5. Comelnya bebola nasi. Seronok Firdaus bawa bekal bebola nasi dengan dada ayam goreng rangup. Hidangan yang simple dan menyelerakan. Hilang renyah membuatnya bila Firdaus suka. Happy dia pergi sekolah :)

    BalasPadam
  6. wahhhhhh menyelerakan sungguhlah bebola nasi bekal firdaus! Acik Ana pun terlior haaaaaa hehehe

    BalasPadam
  7. Wah Amie...menarik sangat bebola nasi tu lah!
    Mesti firdaus makan sambil senyum happy kat sekolah.

    BalasPadam
  8. sayang nak mkn kalu mcm tu hehehe

    BalasPadam
  9. wowww sedapppnyaaa :) mesti firdaus suka kan ^^

    BalasPadam
  10. Good idea ni Amie.
    Anak dara ai sorang tu peminat menu2 Korea. Inshaallah akan dicuba.

    BalasPadam
  11. Aminnn....
    Cantik dan nampak sedap sangat bebola nasi dan ayam goreng. Macam popcorn chicken la juga tu. Budak-budak mesti suka. :)

    BalasPadam
  12. Menarik menu tu cikgu. Anak-anak mesti suka sebagai bekal. Namoak krwatif & mudah nak makan. Ada anak sekolah seronok bereksperimen denvan bekal kreatif ni. Daus pun mesti suka tu

    BalasPadam
  13. Dah macam makanan Korea plak kan Kak Amie...nampak menarik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe