Sambal Tomato
7:51 PTGJumpa lagi. Amie nak kongsi Sambal Tomato yang biasa Amie masak dan menjadi sambal kegemaran keluarga. Sambal Tomato ini sedap dimakan dengan ikan goreng, telur dadar, ikan bakar, ayam goreng dan sebagainya. Kalau buat Sambal Tomato memang Amie akan buat dalam kuantiti yang agak banyak. Amie suka masak gunakan dapur gas sahaja, renih dengan api perlahan hinggaah bahan hancur dan pecah minyak. Gambar di bawah ini belum berapa hancur sangat terutamanya kulit tomato tapi dah tak sabar nak makan. Kalau dipanaskan lagi, semuanya akan hancur termasuk kulit tomato. Kalau nak hasil yang cantik, boleh buang kulit tomato dengan cara celur seketika di dalam air panas, dan tanggalkan kulitnya.
Sambal Tomato |
- 600 gram tomato - belah 2
- 600 gram bawang besar - mayang kasar
- 3/4 cawan minyak
- 1 cawan gula Melaka parut
- 2 keping asam gelugor
- garam / perasa pilihan
- 200 gram cili padi
- 10 gram belacan
- 10 ulas bawang putih
- Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu dan terbit bau.
- Masukkan bahan kisar dan tumis seketika
- Seterusnya masukkan tomato, asam gelugor dan gula Melaka. Biarkan mendidih seketika.
- Perlahankan api dapur, dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
- Setelah bahan tumisan hancur dan terbit minyak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
13 comments
Selamat memasak
BalasPadamselamat membaca
Wah memang hancur tomato. Ada guna gula Melaka juga rupanya.
BalasPadamKalau ada sambal tomato ni, asam pedas pun boleh babai, tq resepi ya Amie
BalasPadamsedapnyaaa sambal tomato. teringat ibu, dia rajin buat sambal tomato nii..hehe
BalasPadamNie kalu makan dengan nasi, mau ke laut diet camni :)
BalasPadamnampak sedappp
BalasPadamsambal tomato tu
Saya pun macam kak Amie. Alhamdulillah takde masalah membaca dalam kenderaan bergerak. Sedapnya sambal tomato. Nisbah tomato dengan bawang sama banyak. Pasti rasanya masam manis
BalasPadamsaya pun tengah berkira2 nak beli ustazah basikal ni hehe
BalasPadamSedap nampaknya.
BalasPadamxmsk belacan x pe ke?
BalasPadamNak cuba la kak amie sambal tomato ni..adakala abah SA beli tomayo banyak2 kan..dari buang dalam tong sampah elok di buat sambal...seronoknya baca buku..novel.SA pun x habis2 baca lagi...beratus yg baru...
BalasPadamkecur liur ni, nyummy !! thank you sharing resepi
BalasPadamMacam sedap sambal tomato masak cara kak amie ni. Ada sambal baru berselera makan, wajib ada stok tu :)
BalasPadamselamat menghabiskan membaca :)