Sambal Tomato Daun Kemangi

9:45 PTG

Seminggu yang lalu, bersamaan pada hari Khamis kami makan tengahari di kampung. Oleh kerana ipar duai dan anak-anak buah banyak yang berkahwin dengan pelbagai suku kaum, jadi meriahlah kalau tiba waktu memasak. Kami masak-masak di rumah anak buah dan isterinya yang berketurunan Bugis sediakan hidangan tengahari menu kampung. Istimewanya sebab Amie dapat melihat sendiri anak buah sediakan Sambal Tomato Daun Kemangi. 

Selain Sambal Tomato Daun Kemangi, anak buah gorengkan ikan tulai dan masak bening labu dengan bayam. Sayur beningnya pula ditambah daun kemangi, dan aromanya sangatlah menggoda selera! Amie bantu olah ayam masak kicap.

Sampai di rumah teringat-ingat keenakan Sambal Tomato Daun Kemangi! Sedap betul makan dengan nasi panas, lawankan dengan ikan goreng dan sayur bening beraroma  segar daun kemangi!

Sambal Tomato Daun Kemangi.

Gambar atas dan bawah : Makan tengahari lauk-pauk kampung, ikan goreng, sambal tomato daun kemangi, ayam masak kicap dan sayur bening labu dengan bayam.


Petang tadi, sempat masak menu yang sama di dapur sendiri!
Oleh kerana Abang Farid keluar makan bersama kawan-kawannya, jadi tak perlulah masak ayam. Amie hanya tambahkan telur dadar untuk raja telur, Firdaus.

Nasi panas berasap.

Anak ikan tongkol goreng.

Sayur being labu, bayam, kacang panjang dan daun kemangi.

Telur dadar.


Kami makan tengahari pada pukul 6 petang .... ahaks! Makan tengahari merangkap makan malam! Maklumlah, masak pun sudah lewat petang.
Jom kita lihat resipi Sambal Tomato Daun Kemangi di bawah ini. Amie gunakan tomato kampung.


Bahan-bahan:
  • 20 biji cili padi - potong 2
  • 7 biji tomato kampung - belah 2
  • 5 ulas bawang putih - belah 2
  • 7 biji bawang merah - belah 2
  • 5 tangkai kemangi - ambil daun dan pucuknya
  • 5 gram belacan
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
Cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga layu.
  2. Kemudian masukkan belacan. Goreng hingga terbit aroma belacan.
  3. Angkat bahan gorengan dan tumbuk kasar di dalam lesung.
  4. Seterusnya masukkan daun kemangi, dan tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
  5. Tuangkan jus limau kasturi.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Akhirnya dapatlah makan nasi panas lauk ikan goreng dan sambal tomato daun kemangi sambil sesekali hirup kuah sayur bening! Kalau dah asal anak kampung, menu kampung juga yang dicari!

7 comments

  1. Nampak sedapnya lauk-lauk tu. Saya juga sangat sukakan aroma daun kemangi & daun selasih. Sedapnya,masuk dalam masak lemak cili api ikan pun sedap

    BalasPadam
  2. Kadang kadang begitulah kak Amie. Lewat makan bila dah sibuk. Lauk simple simple pun sedap dah. Janji ada sambal penambah selera :)

    Saya macam tak pernah nampak daun kemangi ni. teringin juga nak tahu baunya.

    BalasPadam
  3. wah sedap tu.. bertambah tambah kalau kite :)

    BalasPadam
  4. cantiknya pinggan akak tu, kat rumah nyai dana ada lagi pinggan bunga gitu, siap ada yang bunga warna hitam lagi... sedapnya sambal tu kak, mau bertambah makan ada sambal

    dana tgh fikir daun kemangi ni yang bau dia camne yek, sbb kadang kalau ulam atau herba yang bau dia kuat sangat dana tak berapa suka,tapi itulah dana tak pasti camne bau dia hehehhe

    BalasPadam
  5. Menu kampung la yang paling sedap. Lagi2 kalau makan ramai2

    BalasPadam
  6. sambal dgn ikan goreng tu je dah ckp tambah2 nasi😆

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe