Jalan-Jalan Cari Makan Tengah Hari di Tawau

9:02 PTG

Apabila Abang Aznan tahu kami akan hantar Fuad ke Airport Tawau pada pagi Ahad 21 Mac 2020, kami diminta datang ke bandar Tawau untuk makan tengahari. Abang Aznan sudah tempahkan meja makan untuk kami. Jadi dari LD kami terus ke Tawau. Setelah kenyang menjamu selera, kami patah balik menghala ke Airport Tawau.  Penerbangan Fuad dari Johor ke Tawau pada pukul 4:15 petang. Kebetulannya, tidak ada seorang pun kawan yang terbang bersama ketika itu.

Fuad naik grab dari airport ke Larkin Central. Risau pula kami apabila Fuad beritahu tak sempat naik bas ke Batu Pahat malam itu. Dia terlewat sampai ke stesen bas. Katanya, esok pagi dalam pukul 9 malam baru boleh bertolak. Dari semasa ke semasa kami berbalas mesej. Katanya, dia duduk di surau sepanjang malam.

Makan tengahari bersama Fairuz dan Firdaus di Tawau sebelum berangkat ke Johor.
Kami sampai dahulu ke restoran sebelum Abang Aznan tiba bersama keluarganya.


Tak ingat dah apa nama makanan yang anak-anak order. Ini hidangan Fuad.


Ini hidangan pilihan Encik Suami.



Ini pilihan Fairuz.

Ini Amie punya. 
Ada masakan asam pedas kepala ikan dengan mi.

Kepala ikan masak asam pedas ini masih lagi berasap dan menggelegak.


Untuk menikmatinya, tuangkan asam pedas ikan ke atas mangkuk berisi mi dan daging cincang.



Lebih kurang beginilah rupa dia.

Firdaus sebenarnya hendak makan nasi ayam, tetapi apabila ternampak snack yang Amie pesan, dia pun terus makan sampai kenyang!



Apabila nasi ayam sampai ke meja, Firdaus tak mahu makan. Terpaksalah Encik Suami makan sampai kekenyangan! Jangan rasa mengantuk sewaktu memandu sudahlah!

Nasi ayam.

Abang Aznan belikan kami dua gelas minuman markisa . Boleh minum dalam perjalanan pulang ke LD, katanya. Terima kasih banyak Abang Aznan. Fairuz akan ikut Abang Aznan, dan tidur di Tawau. Abang Aznan minta Fairuz menemaninya menyelesaikan urusan di Semporna, dan kemudian membawa Fairuz bersama ke Kota Kinabalu. Setelah menghantar Fuad di Airport Tawau, pulanglah kami bersama Firdaus ke Lahad Datu.

12 comments

  1. Wah,uniknya makan mee berkuah asam pedas tu.Tak pernah lagi jumpa kat sini....teringin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihiiii... anak buah kami memang suka bawa kami makan ke tempat yang tak pernah kami pergi. Pelik-pelik menunya kan.

      Padam
  2. WOW MENGGIURKAN SEMUA MENU TERBAIK

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan semua gambar tu :0

    BalasPadam
  4. sedapnya nmpk mknn kat sni. kedai mne ni ya? nnti klau dpt jln ke tawau, bleh la sggh sni

    BalasPadam
  5. Uncle geram aiskrim tu je.... Fuh!

    BalasPadam
  6. Tak pernah jumpa mee dengan asam pedas tu, boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
  7. Unik cara makan asam pedas ikan dengan mi tu. Sedapnya air markisa tu kak amie. Teringin pulak :)

    BalasPadam
  8. semuanya sedappppp asam pedas tu ikan apa kak?

    BalasPadam
  9. Okey SA x nampak lain..SA nampak jus markisa tu..sedpanyaaa

    BalasPadam
  10. mee kuah asam pedas? menarik betul menu2 kt sini. jus pun sedap dpt minum panas2 terik ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe