Nasi Goreng Malandong & Nasi Ambang

11:10 PG

Berehat seketika dari melaksanakan tugasan online. Sebentar lagi Firdaus akan pulang dari sekolah agama. sejak minggu lepas, asyik mengamuk saja kalau hendak ke sekolah, dan waktu sampai ke rumah. Pening kepala memikirkan apa masalah budak satu ini. Asyik mengamuk!

Petang kelmarin, Amie beritahu Encik Suami, dua hari lepas Firdaus tanya: Kenapa dulu Mommy selalu mandikan Daus? Mommy pakaikan Daus baju. Kenapa sekarang Mommy tak buat Daus begitu?

Kita jawab: Daus sudah besar. Daus sudah boleh mandi dan pakai baju sendiri.

Encik Suami kata, mungkin dia teringat-ingat apa yang pernah kita buat padanya dulu.

Pagi tadi, bangun tidur pun marah-marah. Selepas keluar dari bilik air, Encik Suami suruh Firdaus datang dekat kita. Kita pun lapkan rambut dan badannya yang basah. Sapu bedak ke badannya, dan pakaikan semua kelengkapan ke sekolah agama. 

Allahu Akbar! Firdaus senyum gembira. Nampak ceria sangat pagi ini!

Kita cerita pula tentang jalan-jalan cari makan. Ini cerita kelmarin. Oleh kerana hanya berdua dengan Encik Suami, jadi kami makan di luar sahaja. Kami pilih kedai makan Lelek Sawal di Bandar Seri Perdana. Encik Suami minta Nasi Goreng Malandong. Amie pilih Nasi Ambang (di kedai makan ini dieja Nasi Ambang bukan Nasi Ambeng). Minumannya pula, segelas jus epal hijau pilihan encik Suami,dan segelas jus timun, pilihan Amie.



Tuan punya kedai sangat peramah. Katanya, resepi Nasi Goreng Malandong ini sempena nama ibunya yang sukakan hidangan begini. Nama ibunya, Malandong dan kelmarin tepat 40 hari ibunya meninggal dunia. Al-fatihah.

Encik Suami kata, Nasi Goreng Malandong sedap. Penuh lauk-pauk, dengan ayam goreng bahagian peha. Ditambah dengan keropok , tempe, acar dan mangga muda serta sambal. Diselitkan hirisan timun, dan dua cucuk sate ayam serta sebiji telur goreng mata sapi.


Amie pula teruja apabila terpandang menu nasi Ambang. Apabila sampai ke meja, beginilah rupa nasi Ambang tersebut. Kata tuan kedai, dia ubahsuai resepi ibu mentuanya. Cubalah, katanya. Mudah-mudahan dapat memenuhi selera. 

Nasi Ambang di sini memang berbezalah dengan nasi Ambeng kita. Nasi Ambeng kita mesti ada serondeng kelapa dan sambal goreng. Mari kita berkenalan dengan Nasi Ambang Lelek Sawal ini. Selain nasi putih, ada keropok, ayam goreng, ikan keropok goreng, telur masin, kacang panjang dan terung ungu goreng, acar timun, mangga, hirisan timun dan tempe goreng. Sedap sambal belacan yang tenggek atas nasi tu.


Seperti biasa, hidangan makan di mana-mana restoran atau kedai makan di Sah sudah tentu disertakan dengan semangkuk kecil sup kosong.

Jus epal hijau dan jus timun.


Wokey!
Jumpa lagi. 
Kejap lagi Firdaus sampai ke rumah. Nak berikan sentuhan kasih sayang kepadanya sebelum ke sekolah rendah! 
Begini kot kalau ada anak bongsu. Kena bagi layanan gaya kayangan.... ahaks!

12 comments

  1. Alolo daus nak jadi 'baby' lagi la mama...:p

    BalasPadam
  2. wahh..dua2 nampak sedap..lengkap nasi goreng malandong tu..ada keropok, telur goreng, ayam goreng, sate..

    BalasPadam
  3. Firdaus nak perhatian mommy tu rupanya. Sedapnya hidangan lengkap macam ni. Ada sate lagi tu. Puas hati lah makan hidangan macam ni Kak Amie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya rasa tak dipeduli sejak kebelakangan ini. Tu yang suka mengamuk tu.
      Betul puas hati, pelbagai lauk.

      Padam
    2. Itulah kan, biasa tak sibuk WFH ada 24jam kat rumah. Bila dah mula kerja dia rasa macam tu agaknya kot. Takpe, dah tahu camne nak tackle perasaan dia tak mengamuk senang kerja kak amie :)

      Padam
  4. lain betul nasi ambeng sana ye kak, kalau dana comfirm frust sebab terbayangkan ayam masak kicap atau ayam masak merah, sambal goreng, serunding kelapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sini majoriti penduduk tempatannya kaum Bajau, dan sebahagiannya Bugis. Susah sangatlah nak jumpa orang Jawa. Nak makan nasi ambeng kena buat sendiri.

      Padam
  5. Lain plak nasi ambeng kat sana ye...sedapnya semua makanan tu..alalalala Daus..manje ye...

    BalasPadam
  6. nasi goreng malandung ye? first time dengar niii..

    BalasPadam
  7. Owh nama arwah ibunya.ingatkan ada maksud lain dalam dealek sabah..hihi
    Semoga roh ibunya dicucuri rahmat.

    Anak bongsu memang lain macam la manja kan..maklumlah abang2nya dah tak kacau & mommy ,& baba pun dah cool bila semakin bertambah umur kan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe