Suka Duka PDPR dalam 4 Antologi Pendidik Malaysia Bangkit Gagah
12:18 PTGSebelum terbang ke Malaya, Abang Farid sempat buat pembelian online 4 buah antologi Pendidik Malaysia Bangkit Gagah untuk Amie. Ketika buku-buku ini sampai ke rumah, Amie sedang bermesyuarat di Tawau. Apabila sibuk dengan tugasan online siang dan malam, terlupalah pula bungkusan buku-buku tersebut!
Sakit sebenarnya apabila membaca segala fitnah dan tohmahan segelintir masyarakat terhadap kerjaya kami. Sakit sangat! Timbul satu dua isu, kecaman yang dilemparkan terkena tempiasnya dengan kami yang tidak bersalah. Buruk sungguh profession kami rupanya. Jahat betul kami ini pada pandangan segelintir masyarakat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Syukurlah masih ada rasa sedikit kesabaran untuk memendamnya. Hanya di dapurlah tempat Amie meluah rasa....ahaks! Semuanya Amie leburkan dalam periuk kuali. Habis cerita...kah!
Ditular Tidak Kalah Pendidik Malaysia Bangkit Gagah #Kluster1PKPKG2020 |
Dikecam Tidak Goyah Pendidik Malaysia Bangkit Gagah #Kluster2PKPKG2020 |
Disergah Tidak Rebah Pendidik Malaysia Bangkit Gagah #Kluster3PKPKG2020 |
Diumpat Tidak Lemah Pendidik Malaysia Bangkit Gagah #Kluster4PKPKG2020 |
8 comments
tengok penulis dan tajuk dah tahu best kak novelnya tu...
BalasPadamselain kerjaya akak, kerjaya kami yang gomen servant pun sama kene kecam makan gaji buta lah macam2 lagi...
sedangkan mereka tak tahu sejak PKP tahun lepas bulan mei kami dah mula kerja, PKP2.0 pun kami kerja macam biasa, takut memang takut, kat jabatan kami ada lebih 20 kes tapi senyap je kerja macam biasa, orang tak tahu apa kita hadap
admire betul org yg baca buku antologi gini...
BalasPadamPatah sayap terbang jua, Amie
BalasPadampenulis Sri Diah tu peberet akak
BalasPadamjasa pendidik/guru sangat besar kpd masyarakat..
BalasPadamTugas pendidik di zaman sekarang tak mudah. Semoga pembacaan kak amie dapat menambah semangat lagi mendidik anak bangsa :)
BalasPadamohh sir diah.. menarik bahan bacaan ni. harap semua pendidik tabah
BalasPadamSemoga terus gagah mendidik kak.. Jasa dan bakti akak serta warga pendidik lain tidak terbalas.. Buku yang ohsem..
BalasPadam