Pages

Selasa, 30 Mac 2021

Suka Duka PDPR dalam 4 Antologi Pendidik Malaysia Bangkit Gagah

Sebelum terbang ke Malaya, Abang Farid sempat buat pembelian online 4 buah antologi Pendidik Malaysia Bangkit Gagah untuk Amie. Ketika buku-buku ini sampai ke rumah, Amie sedang bermesyuarat di Tawau. Apabila sibuk dengan tugasan online siang dan malam, terlupalah pula bungkusan buku-buku tersebut!

Jom kita buka. Kita susun di antara buku-buku yang sedang dibaca.


Oleh kerana kisah-kisahnya pun tidak jauh beza, malah sama dengan apa yang kita laksanakan dalam proses PDPR, sudah tentulah kita teruja untuk membacanya. Maklumlah, akhir-akhir ini golongan kami mendapat tempat teratas untuk menerima pelbagai kecaman masyarakat yang tidak memahami tugas kami, jadi sekurang-kurangnya bebanan perasaan itu berkurangan apabila membacanya. Betullah, kita tidak akan memahami semua itu sehingga kita berada dalam selipar yang sama!



Sakit sebenarnya apabila membaca segala fitnah dan tohmahan segelintir masyarakat terhadap kerjaya kami. Sakit sangat! Timbul satu dua isu, kecaman yang dilemparkan terkena tempiasnya dengan kami yang tidak bersalah. Buruk sungguh profession kami rupanya. Jahat betul kami ini pada pandangan segelintir masyarakat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Syukurlah masih ada rasa sedikit kesabaran untuk memendamnya. Hanya di dapurlah tempat Amie meluah rasa....ahaks! Semuanya Amie leburkan dalam periuk kuali. Habis cerita...kah!




Memang bertepatanlah tajuk-tajuk yang dipilih untuk menghiasi keempat-empat antologi ini. Di saat-saat Covid-19 melanda dunia, kami juga yang dipersalahkan. Apa yang dibuat semuanya tidak betul. Semuanya cacat. Semuanya cela. Kami sentiasa tersepit dalam memenuhi tuntutan sekolah, jabatan dan kementerian,  serta seribu satu macam karenah ibu bapa dan penjaga.
Kami tetap akur menjalankan amanah, walau hati penuh luka, mulut terpaksa dikunci rapat walaupun untuk mempertahankan kebenaran.  Kami tak minta diberi pujian. Kami pun tidak mengharap penghargaan dan tidak minta dikenang. Kami sedar, ucapan terima kasih memang jarang sekali kami terima kerana anggapan sesetengah orang, kerja kami ini sangat mudah, goyang kaki sahaja dan makan gaji buta. Oh! Kami hanya meminta, sudah-sudahlah mengumpat keji kami. Kami juga manusia biasa. Kami bukan golongan malaikat.


Ya Allah! Tetapkanah hati hamba-mu meneruskan amanah yang diberi. Semoga setiap kali kaki melangkah untuk melaksanakan tugas, kami tidak lupa niat kami bekerja kerana ibadah untuk mengharap redha dan berkat-Mu ya Allah. 

Keempat-empat buku di bawah ini mewakili kisah suka duka menjalankan kaedah pembelajaran oleh guru dan pendidik sepanjang menghadapai perintah kawalan pergerakan akibat gejala Covid-19 yang melanda.

Ditular Tidak Kalah
Pendidik Malaysia Bangkit Gagah
#Kluster1PKPKG2020

Dikecam Tidak Goyah
Pendidik Malaysia Bangkit Gagah
#Kluster2PKPKG2020


Disergah Tidak Rebah
Pendidik Malaysia Bangkit Gagah
#Kluster3PKPKG2020

Diumpat Tidak Lemah
Pendidik Malaysia Bangkit Gagah
#Kluster4PKPKG2020

8 ulasan:

  1. tengok penulis dan tajuk dah tahu best kak novelnya tu...

    selain kerjaya akak, kerjaya kami yang gomen servant pun sama kene kecam makan gaji buta lah macam2 lagi...
    sedangkan mereka tak tahu sejak PKP tahun lepas bulan mei kami dah mula kerja, PKP2.0 pun kami kerja macam biasa, takut memang takut, kat jabatan kami ada lebih 20 kes tapi senyap je kerja macam biasa, orang tak tahu apa kita hadap

    BalasPadam
  2. admire betul org yg baca buku antologi gini...

    BalasPadam
  3. penulis Sri Diah tu peberet akak

    BalasPadam
  4. jasa pendidik/guru sangat besar kpd masyarakat..

    BalasPadam
  5. Tugas pendidik di zaman sekarang tak mudah. Semoga pembacaan kak amie dapat menambah semangat lagi mendidik anak bangsa :)

    BalasPadam
  6. ohh sir diah.. menarik bahan bacaan ni. harap semua pendidik tabah

    BalasPadam
  7. Semoga terus gagah mendidik kak.. Jasa dan bakti akak serta warga pendidik lain tidak terbalas.. Buku yang ohsem..

    BalasPadam