Sate & Soto di Satay Cocos Haji Ali
3:53 PTGTengahari tadi berura-ura dengan Encik Suami nak makan sate pada sebelah petang. Kononnya, sementara Firdaus belum keluar dari sekolah, bolehlah singgah di Pondok Sate Kampung Khamis. Teringin nak makan sayap ayam panggang dan juga sate. Tiba-tiba hujan turun, dan rasa malaslah pula untuk bersiap. Kata Encik Suami, lain kali sajalah kita makan sate. Kita pun jawab: Ok.
Selepas solat Asar, Encik Suami bersiap untuk mengambil Firdaus di sekolah. Katanya, jalan raya semakin hari semakin sesak. Susah nak cari tempat letak kereta di kawasan sekolah.
Huuurrmmmm! Tak dapat makan sate petang ini, kita carilah gambar-gambar sate dalam folder. Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari Tawau ke Lahad Datu setelah Amie tamat mesyuarat, Encik Suami ajak singgah makan sate di Restoran Satay Cocos Haji Ali. Cocos itu nama keturunan (suku kaum di Sabah), bukannya sate... ahaks! Di restoran ini, hidangan sate ayam, lembu dan kambing semuanya sedap. Kalau jalan-jalan ke Tawau, memang bertuah sangatlah dapat singgah makan sate di sini.
Suka sangatlah hati kita sebab membayangkan sate kambing yang lembut dan sedap ada di depan mata! Sayangnya pada petang itu hanya ada sate ayam dan sate daging lembu sahaja.
Sate ayam & sate daging lembu. |
Satay Cocos Haji Ali. |
14 comments
Alaaaa sian maknya ni macam kes makan ikan tembakul lah ya. Tak pe kena carik lagi satay cocos Hj ali tu. Saya pun suka satay ayam daging perut. Kambing je yang belum makan sebab jarang jumpa
BalasPadamwarna satay cantik.. mesti sedapkannn nyummm :)
BalasPadamnyum nyum! :)
BalasPadamdah jarang jumpa sate kambing...mungkin kurang permintaan, ramai peniaga dah tak buat..
BalasPadamnmpk sedap soto tu..
Nampak macam sedap je satay tu..apesal ramai citer bab satay skrg erk?
BalasPadamCantik warna sate. Macam warna ayam tandori.
BalasPadamHehe kena datang lagi cari sate kambing.
Selalu nampak cikgu post beli sate.Peminat sate yer...hihihi
BalasPadamNampak sedap sate dan sotonya
BalasPadamSedapnya satay.. Nyums. Patut la beriya nk mkn satay. Ank2 mkn smpi habis x smpt rasa rupanya.
BalasPadamTapi mmg lain soto tu. Tempat kita takda telur rebus. Soon pun goreng. Kuah dia rasa mcm mana? Ke mirip?
sedap2 nampak semua
BalasPadamterliur mandangya
BalasPadammesti sedap soto tu kan kak... mujur ada tentera lagi 2 orang untuk tolong ayahnya habiskan sate heheheh
BalasPadamKalau teringin makan tapi tak dapat tu memang teringat ingat je rasanya. Lain dari yang lain soto kat sana.
BalasPadamlama tak makan soto ayam. satay tu tunggu bulan puasa nanti ramai yg menjual.
BalasPadam