Pages

Khamis, 25 Mac 2021

Sate & Soto di Satay Cocos Haji Ali

Tengahari tadi berura-ura dengan Encik Suami nak makan sate pada sebelah petang. Kononnya, sementara Firdaus belum keluar dari sekolah, bolehlah singgah di Pondok Sate Kampung Khamis. Teringin nak makan sayap ayam panggang dan juga sate. Tiba-tiba hujan turun, dan rasa malaslah pula untuk bersiap. Kata Encik Suami, lain kali sajalah kita makan sate. Kita pun jawab: Ok.

Selepas solat Asar, Encik Suami bersiap untuk mengambil Firdaus di sekolah. Katanya, jalan raya semakin hari semakin sesak. Susah nak cari tempat letak kereta di kawasan sekolah.

Huuurrmmmm! Tak dapat makan sate petang ini, kita carilah gambar-gambar sate dalam folder. Minggu lepas, dalam perjalanan pulang dari Tawau ke Lahad Datu setelah Amie tamat mesyuarat, Encik Suami ajak singgah makan sate di Restoran Satay Cocos Haji Ali. Cocos itu nama keturunan (suku kaum di Sabah), bukannya sate... ahaks! Di restoran ini, hidangan sate ayam, lembu dan kambing semuanya sedap. Kalau jalan-jalan ke Tawau, memang bertuah sangatlah dapat singgah makan sate di sini.

Suka sangatlah hati kita sebab membayangkan sate kambing yang lembut dan sedap ada di depan mata! Sayangnya pada petang itu hanya ada sate ayam dan sate daging lembu sahaja.

Sate ayam & sate daging lembu.

Satay Cocos Haji Ali.


Kita minta soto ayam. Mungkin bahan dan rupa soto ayam di sini tidak sama dengan soto yang biasa kita makan atau masak. Memang rasa dan bahannya pun agak berbeza dengan soto ayam kita. Kuahnya agak pekat dan berwarna. Ada nasi himpit dan telur rebus, ayam goreng carik dan juga suhun. Suhun celur, bukan suhun goreng.

Sedang hirup kuah soto, nampaklah sebiji pergedel timbul dari bawah.


Dah kenyang makan soto ayam, tak laratlah pula nak makan sate! Encik suami makan sate seorang diri.
Encik Suami beli sate dan bawa pulang ke LD. Sampai rumah, tak larat nak ke dapur. Bersihkan diri dan terus berehat. Terdengar suara Encik Suami suruh Fairuz dan Firdaus makan sate. Masuk dapur, hanya tinggal pinggan bekas sate.

Itulah ceritanya sebab nak keluar makan sate!

Harap-harap Encik Suami rajin-rajinlah jalan-jalan ke Tawau. Boleh singgah makan sate di Restoran Satay Cocos Haji Ali lagi! Tak mahulah makan yang lain melainkan sate sahaja terutama sate kambing....mmmbbbeeekkkk!

Kalau ada yang tersesat ke Tawau, marilah singgah makan sate di Restoran Satay Cocos Haji Ali yang terletak di Lorong Tinagat Plaza 2, 91000 Tawau, Sabah. 

14 ulasan:

  1. Alaaaa sian maknya ni macam kes makan ikan tembakul lah ya. Tak pe kena carik lagi satay cocos Hj ali tu. Saya pun suka satay ayam daging perut. Kambing je yang belum makan sebab jarang jumpa

    BalasPadam
  2. warna satay cantik.. mesti sedapkannn nyummm :)

    BalasPadam
  3. dah jarang jumpa sate kambing...mungkin kurang permintaan, ramai peniaga dah tak buat..

    nmpk sedap soto tu..

    BalasPadam
  4. Nampak macam sedap je satay tu..apesal ramai citer bab satay skrg erk?

    BalasPadam
  5. Cantik warna sate. Macam warna ayam tandori.
    Hehe kena datang lagi cari sate kambing.

    BalasPadam
  6. Selalu nampak cikgu post beli sate.Peminat sate yer...hihihi

    BalasPadam
  7. Sedapnya satay.. Nyums. Patut la beriya nk mkn satay. Ank2 mkn smpi habis x smpt rasa rupanya.

    Tapi mmg lain soto tu. Tempat kita takda telur rebus. Soon pun goreng. Kuah dia rasa mcm mana? Ke mirip?

    BalasPadam
  8. mesti sedap soto tu kan kak... mujur ada tentera lagi 2 orang untuk tolong ayahnya habiskan sate heheheh

    BalasPadam
  9. Kalau teringin makan tapi tak dapat tu memang teringat ingat je rasanya. Lain dari yang lain soto kat sana.

    BalasPadam
  10. lama tak makan soto ayam. satay tu tunggu bulan puasa nanti ramai yg menjual.

    BalasPadam