Akhir-akhir ini cuaca sangat panas.
Balik rumah, rasa letih dan tak larat nak masuk dapur.
Mujurlah Abang Farid dan Fuad pandai urus diri, sama ada order makanan atau masak sendiri di dapur. Fairuz pula setiap hari balik lewat petang kerana ada kelas tambahan. Encik Suami pula, tak banyak cakap terus bawa Amie cari makan tengahari di mana-mana cafe atau restoran. Hari Isnin lepas, Encik Suami ajak makan di The Real Cafe. Bila nampak ada cendol, Amie terus minta satu. Sedap sangat sebab gunakan santan segar. Bekasnya pun taklah besar. Harganya pula RM7.90 sen. Macam mahal pula. Tapi Encik Suami tak kata apa. Orang belanja, Alhamdulillah.
|
Cendol |
Ini Amie punya oderan, hot chicken with cheese. Sepatutnya ada kentang goreng tapi ditukar dengan whipped potato pula. Ketika Amie makan, Encik Suami kata nak bawa Abang Farid makan di sini sebab Abang Farid makanan yang Amie makan tu.
Ini pesanan Encik Suami, nasi ayam dengan ayam goreng real cafe.
|
Mango Sago |
Hari ini Encik Suami ajak makan di Seri Perdana pula. Oleh kerana kebanyakan restoran penuh dengan pelanggan, encik Suami ajak makan di Mama Win Cafe. Banyak kali juga Encik Suami ajak makan di sini tapi Amie setuju. Perut memang sudah bergendang, nak pusing-pusing cari tempat makan lain rasa tak larat pula ditambah dengan cuaca panas.
Di Mama Win Cafe ini Amie pesan Mango Sago dan Encik Suami minta Watermelon Sago.
|
Watermelon Sago |
Hidangan yang dipesan Encik Suami sudah sampai ke meja : Nasi Goreng Ayam Penyet. Kata Encik Suami, Fairuz suka betul makanan ini. Itulah, kalau makan tanpa anak-anak bersama teringat-ingat pula!
Amie minta Nasi Ikan Bolu @ Ikan Susu Sambal. Datanglah seekor ikan bolu goreng tambah sambal di atasnya. Amie sangka datang dengan sayur seperti timun dan ulaman lain. Kata pelayan cafe, kalau Amie minta Nasi ikan Bolu Penyet barulah ada sayur iringan. Oooo... begitu rupanya.
|
Ikan Bolu Goreng Sambal |
Set hidangan sampai di meja disertakan sekali dengan semangkuk kecil sup kosong. Memang kebiasaannya, kalau makan di Sabah ada semangkuk kecil sup kosong!
Aduhai, semua menggamit selera betullah. Nasib baik bukan bulan puasa.. Hihihi
BalasPadamAdoiii tgh2 mlm tgk makanan terus rs laparr 😅😅
BalasPadambetul bila cuaca panas terlampau mesti malas nk masak. semua menu2 nampak sedap. pekena cendol memang best !
BalasPadammeriah menu2 Amie walaupun makan di kedai. Samalah macam Pak Inche bila makan tanpa anak, mulalah teringat2, cuma anak jer tak ingat bapaknya masa makan, hahaha
BalasPadamsago mangga n watermelon n cendol meyegarkan tekakmusim panas gini
BalasPadammemang agak mahal cendol kosong dengan harga tu kak, tapi kalau dah kepanasan dpt cencol nikmatnya...
BalasPadamsedap2 semua menu akak tu... yelah bila makan ber2 mesti ingat anak2 kan
Aduh meriah menu menu kak amie ni, bestnyaaaaaaa
BalasPadamMango Sago tu nampak sedap
BalasPadamPanas panas ni sedap betul dapat minum cendol, mango dan watermelon sago tu. Hidangan pun sedap sedap tu. Terbaik port makan kak Amie ni :)
BalasPadam