Apabila diumumkan tidak perlu melalui ujian calitan untuk rentas negeri dari Sabah ke Malaya, Abang Farid terus minta pendapat kami hasratnya untuk terbang ke Perak. Semenjak 13 September 2020 sehingga ke hari ini, Abang Farid dan Fuad menjalani perintah kawalan pergerakan, dan duduk di LD hampir 6 bulan lamanya. Katanya, entah apa khabar motosikal dan keadaan rumah sewanya. Aduhai!
Akhirnya Abang Farid beli tiket dan dijadualkan terbang pada 14 Mac 2021, minggu depan. Petang kelmarin Abang Farid sembang dengan Amie. Katanya, bulan Mac ini hari ulang tahun Firdaus. Boleh tak kita sambut awal sebelum saya terbang? Nanti saya belikan kek. Boleh tak sambut esok, hari Sabtu?
Amie sebenarnya sudah ada rancangan sendiri pada hari Sabtu. Amie nak habiskan baca travelog Ustazah Basikal Siri 2 setebal 1018 muka surat itu. Kemudian Amie nak rehat secukupnya, sebab pada hari Ahad esoknya, sehari suntuk akan ikut kelas biskut.
Kita order makanan sajalah, cadang Abang Farid.
Kalau begitu, okeylah.
Selepas solat Maghrib, kami buat persiapan untuk sambutan budak kecil yang tak tahu Abang Farid adakan majlis untuknya. Fuad pula, tiba-tiba ada urusan bersama abang sepupunya. Tidaklah dapat sambut bersama.
Firdaus tertanya-tanya, kenapa ada makanan sedap-sedap di atas meja? Apabila dberitahu Abang Farid yang adakan majlis ulang tahunnya, bukan main suka hatinya! Kami tanya, sempena ulang tahunnya apa azam Firdaus? Jawabnya:
- Daus nak jadi budak pandai.
- Daus nak jadi anak yang soleh.
Banyak makanan. Meriah.
BalasPadamNampak meriah menunya.
BalasPadamTahniah Firdaus
Tahniah Farid
Happy advance birthday Firdaus... Semoga dirahmati Allah
BalasPadamhbday Firdaus wah sedap semua hidangannya
BalasPadamSeronoknya Firdaus...ayg abg kat adik kan...banyak makanan tu..sedap nampaknya
BalasPadamseronok anak bongsu ni ye...sentiasa melimpah dengan kasih sayang
BalasPadam8 tahun dah umur firdaus, dah besar.... happy birthday :)
BalasPadamKasih Abang pada adik..happy adik dapat kek ya..anak saya bulan lapan hujung kak Amie..
BalasPadamsayu pulak hati kita, Amie
BalasPadamAlhamdulillah..seronok Firdaus ada surprise celebration untuk dia. Happy 8th years Firdaus! Comel dia kat situ jadi raja paling comel :)
BalasPadamSemoga murah rezeki Abang Farid belanja dan dipermudahkan urusan balik ke semenanjung serta urusan belajarnya. Aaminn
Cantiknya dapur amie. Selamat hari jadi firdaus. Semuga segala yang firdaus impikan Allah makbulkan. Semuga perjalanan Farid dipermudahkan. Aamiin
BalasPadamHappy birthday Firdaus semoga panjang umur San murah rezeki sentiasa
BalasPadamHappy Birthday Firdaus, semoga jadi anak soleh dunia dan akhirat.
BalasPadam