Jalan-jalan ke halaman rumah, bertanya khabar pokok epal bidara berbuah rendang di tepi pagar. Biasanya pokok ini berbuah lebat di setiap dahan hingga berjuntaian ke luar pagar. Ada kalanya orang yang lalu lalang singgah merenung, dan adakalanya sempat memetik sebiji dua dan sembunyikan dalam poket. Yang ambil buah bidara ini, kami halalkan. Ambillah saja jika ada yang sudah matang dan boleh dimakan. Burung pun tak termakan sebab buahnya lebat di balik daunnya yang rimbun.
Nampaknya epal bidara pun sudah bersekongkol dengan mangga udang dan anggur di belakang rumah. Mereka berpakat merajuk disebabkan stress di musim PKPB yang tak tahu bila akan berpenghujung. Hujan dan panas yang tidak menentu memberi kesan ke atas mereka. Dalam setangkai buah epal bidara, hanya sebiji dua yang nampak elok. Elok pada luaran, tetapi bila dibelah, nampaklah ulat dan isinya yang sudah buruk akibat banyak menelan air ketika hujan!
Epal bidara di bawah ini dahannya menjulur di celah pagar ketika belum berbuah. Sebahagian buah pada ranting yang sama berada dalam pagar. Lihatlah epal bidara yang masih hijau itu, belum ada kepastian sama ada sihat atau sakit teruk seperti teman-temannya yang lain yang berada di bawahnya itu.
|
Epal bidara ini nampak cantik tetapi sebenarnya warnanya itu adalah warna epal bidara yang sudah tenat sakitnya. Epal bidata matang berwarna hijau muda, dan bukannya kekuningan seperti gambar epal bidara di atas. |
|
Yang berwarna hitam ini sejak muda lagi sudah buruk, dan kering di tangkai.
|
|
Di antara epal bidara yang sedang memburuk, dan yang sudah hitam kekeringan, ada juga beberapa biji yang masih elok.
|
|
Abadikan kenangan epal bidara layu di tangkainya!
|
|
Orang kata yang buruk itu ada sisi baiknya. Sudah tentunya apabila dirakam, ada nilai seninya.
|
Cerita bab kesenian ini, blogger Azhafizah lebih arif. Jangan tersedak ye Fiza Kak Amie sebut nama... ahaks! Kak Amie tiba-tiba teringat photographer profesional Si Hati Merah Jambu yang manis itu. Tentu Fiza pakar memilih sudut yang sesuai untuk tangkap gambar. Orang kata seburuk mana pun objek tersebut, kalau photographernya bijak mencari sudut untuk menyampaikan cerita, maka indahlah jadinya hasil bidikkannya dan terserlah nilai seninya.
|
Tertangkap serangga tanpa sengaja.... ahaks!
|
|
Rasa sayu melihat epal bidara yang layu sedang menunggu masa gugur dari tangkainya.
|
|
Inilah kisah epal bidara. Dalam setangkai ada yang muda, yang sakit, yang tenat dan yang gugu ke bumi meninggalkan awan-kawannya yang terus berjuang di ranting yang sama.
|
|
Masih ada seranting dua yang baru berputik dan sedang membesar. Moga tidak stress seperti saudara mara dan sahabat handainya dari pohon yang sama.
|
LEBATNYA EPAL BIDARA AMIE INGATKAN YG MERAH TU DH MASAK
BalasPadamSayangnya tak dapat menuai hasil
BalasPadamLebat juga buah epal bidara kak amie ni. Sayangnya ada juga yang rosak macam buah mangga udang tu. Agaknya lah kot terkena tempias kemurungan juga. Tak pernah makan buah epal bidara ni.
BalasPadamEpal bidara dengan buah bidara tu sama ye kak, saya suka makan buah bidara walaupun rasanya tawar jer tapi sedap.
BalasPadamWahhh.. Besar-besar buahnya, sayang bukan rezeki dapat makan. Semoga selepas ni lebih baik
BalasPadamwah besar buah epal bidara. Kakak saya cuba tanam tapi buahnya tak menjadi besar seperti buah epal. Geramnya tenguk buah epal bidara melayut2 banyaknya.
BalasPadambestnya.. kak amie ada pokok sendiri
BalasPadamTeringin nak rasa,tak tahu mana nak cari
BalasPadam