Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya belum masanya untuk makan tengah hari, atau juga belum sampai ke tempat makan. Jadinya, mari kita turun van dan jejak kaki ke Taman Negara Lulusar-Dudipat terletak di Lembah Kaghan di Daerah Mansehra Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan. Taman ini telah wujud pada tahun 2003. Terdapat Tasik Dudipatsar dan Tasik Lulusar yang indah.
Sepanjang perjalanan dari Lembah Naran hingga ke Lembah Kagahan, kami menyaksikan perubahan demi perubahan bentuk flora termasuk pokok, pokok renek, saka, dan herba hutan konifer subalpin Himalaya Barat Himalaya dan kawasan ekoregion renek alpine Himalaya Barat yang lebih tinggi dan padang rumput. Di taman ini pula terdapat fauna seperti harimau bintang salji, beruang hitam, marmot, musang, lynx, harimau bintang, ayam salji Himalaya dan ayam hutan salji. Tasik dan habitat tanah lembap di taman ini mempunyai kepentingan ekologi yang penting untuk fauna penduduk dan unggas air yang berhijrah.
Tasik Dudipatsar atau Tasik Dudipat ialah tasik yang dikelilingi oleh puncak bersalji di Taman Negara Lulusar-Dudipatsar. Tasik ini terletak di utara melampau Lembah Naran. Perkataan "dudi" bermaksud putih, "pat" bermaksud gunung dan "sar" bermaksud tasik. Nama ini telah diberikan kepada tasik kerana warna putih salji di puncak sekitarnya. Pada musim panas air tasik memantul seperti cermin. Perkataan "sar" digunakan dengan nama setiap tasik di kawasan itu, diterjemahkan sebagai 'tasik.'
Tasik Lulusar-Lulusar ialah kumpulan puncak gunung dan tasik di Lembah Naran di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa di Pakistan. Perkataan "sar" bermaksud "atas" atau "puncak" dalam bahasa Pashto. Puncak tertinggi mempunyai ketinggian 11,200 kaki (3,410 m) di atas paras laut.
Refleksi air tasik dimusim salji. Sumber - Google |
Pemandangan di seberang jalan.
Bagaimana agakanya suasana di musim bunga? Sudah tentu penuh dengan pemandangan indah! Rumput menghijau dengan bunga-bunga berkembang warna-wani menyerikan alam! Subhanallah.
Sempat juga mengambil gambar, seolah-olah bentuk rumah di lembah!
Dan apakah bentuk-bentuk petak seperti ini?
Gunung-ganang semakin tandus, tiada tumbuhan. Hanya rumput renek warna merah sejemput-sejemput!
Namun begitu, masih ada aliran air terjun yang celah-celah batu gunung.
Yang berwarna putih itu batu-batu, dan yang warna merah itu tumbuhan renek.
Berapa lamakah lagi kami akan merentas gunung dan lembah?
Memang benarlah dalam hikayat dan cerita sastera lama, pengembaraan anak raja mencari tuan puteri perlu mengharung 40 lautan, merentas 40 gunung!
Tapi pengembaraan kami, dari pagi membawa ke malam sudah tidak terkira berapa jenis gunung, berapa puluh batang sungai dan berapa ratus selekoh di rempuh Mumtaz Khan!
Salah satu terowong Long Live Pak - China Friendaship yang kami lalui. |
Teringat pertanyaan Blogger Anies tentang projek usahasama China-Pakistan. Kita pun tak pandai nak komen apabila teringat keadaan negara sendiri. Sekadar kongsi info sahaja apa yang diceritakan oleh tour guide. Ini antara salah satu contoh Long Live Pak - China Friendship.
Hampir takde pokok kan?
BalasPadamYa, makin lama pokok makin renek dan hampir tidak ada.
PadamHaiwan-haiwan di Taman Negara tu bebas merayau-rayau atau ada penempatannya sendiri?
BalasPadamApa-apa musim pun tasik dan gunung tu kelihatan cantik. Geram je nengok.
Sudah tentulah ada habitatnya sendiri.
PadamKami hanya di bahagian luar sahaja, tak ada masa untuk masuk ke dalam.
cantik view tasiknya..nk plak tgk gmbr google kalo musim bunga & salji tu
BalasPadamYa, memang cantik kalau datang pada musim tertentu.
PadamBumi ni tentu belum habis diteroka. Terbayang di negara sendiri ni, Kak Amie.. habis bukit ditarah dibina rumah2.
BalasPadamSangat luas SK.
PadamTak terjangkau oleh mata yang memandang.
Subhanallah menakjubkan pemandangan di sini... Air dari gunung tu mesti sejuk ya amat kan...
BalasPadamYa PH.
PadamAir salji mencari dari puncak gunung dan mengalir turun ke lembah. Air untuk bersuci.
Kalau kat Pakistan ni saya lebih seram yang ikut jalan bukit yang kecik2 tu. Hanya 1 kenderaan je boleh lalu.
BalasPadamBetul.
PadamBanyak selekoh dan jurang dalam.
walaupun nampak lapang tetap ada cantiknya kak... kalau musim bunga mesti lagi cantik kan
BalasPadamYa, betul.
PadamAlam luas terbentang, tentu ada keunikannya yang tersendiri.
subhanallah indah alam sekitarnya
BalasPadamSaujana mata memandang kan Kak PI.
PadamCantiknya view
BalasPadamCantik nya semua foto especially Tasik Didupatsar tu. Suka sangat tengok tasik, gunung ganang alam semulajadi. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamPerjalanan dari Lembah Naran hingga ke Lembah Kagahan tu memang awesome sangat.
Leka memandang suasana sekitar dan tangkap gambar sampai terlupa perut sudah berkeroncong hihihiiii.
PadamKalau gunung ganang tu menghijau kan best kan..mesti lagi cantik pemandangan...dah macam guning ganang kat Lombok masa SA pergi, kemarau masa tu..
BalasPadamKeindahan alam yang khas ya Mbak. Banyak pegunungan, bebatuan tapi ada danau yang indah sekali. Berbeda dengan disini yang pemandangan alamnya didominasi oleh hijau pepohonan.
BalasPadamSalam,
Masya Allah 😍😍😍😍😍. Cantiiiik sangaaat. Saya bayangkan kalo winter di sana. Sukaaaa ❤️❤️❤️. Danau nya memang menarik kak.
BalasPadam