Buah Terap @ Tarap Terlebih Masak
9:27 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ini kalau hendak beli buah terap @ tarap terpaksa banyak kali fikir. Harganya mengalahkan harga durian. Sebiji buah terap @ tarap mencecah sehingga RM20.00 walaupun kepala kita lagi lebih besar saiznya dari buah terap itu. Disebabkan teringin belilah juga walaupun sampai rumah rasa sakit hati sebab buah terap sudah terlebih masak dan rasanya masam pula!
Rasanya bukan juga terlebih masak, tetapi buah terap dipetik ketika belum cukup tua dan kemudian diperam. Warna kulitnya pun tidak segar, dan batangnya sudah kecut warna kehitaman! Tapi tak banyak pilihan untuk dibeli.
Cerita tentang buah terap @ tarap ada di sini:
- KENDURI BUAH TERAP @ TARAP
- SAMBAL BELACAN BUAH TERAP@TARAP
- BUAH TERAP @ TARAP
- TAK ADA DURIAN, TERAP PUN SEDAP JUGA!
Buah terap @ tarap yang masak sempurna, rasa lemak manis dan harum. |
Sehingga ke hari ini masih berusaha mencari buah terap @ tarap yang masak, harum dan lemak manis seperti yang selalu kami makan zaman buah terap @ tarap tidak dipandang orang. Dulu harga buah tarap paling mahal pun RM2.00 sebiji dan lebih besar dari saiz kepala kita. Sekarang buah terap @ tarap sudah jadi buah kayangan!
28 comments
rasa mcm pernah try sekali buah ni.. rupa mcm nangka / cempedak sket.. tp tu la dah x igt camne rasa nya...
BalasPadamRasanya lemak manis.
PadamAda aromanya yang tersendiri.
Dulu2 wak ada tanam 2 pokok tarap ni kat dusun
BalasPadamRajin berbuah, tapi buahnya kalau masak jatuh berderai
cuma tekak wak kata lebih sedap buah cempedak
Pokoknya pun dah jadi arwah kena banjir besar suatu masa dulu
Memang kalau masak ranum jatuh berderai.
PadamBuah terap kena petik kalau sudah matang. Peram dua tiga hari, masaklah dia.
Apa aje yang tak harga kayangan sekarang ni Kak Amie... 😬
BalasPadamKan PH.
PadamSelalu geleng kepala!
Perasan kalau masuk hotel di Sabah, dinyatakan buah tarap ni selain duiran tidak dibenarkan bawa masuk ke hotel. Mungkin bau dia yang agak kuat.
BalasPadamMungkin juga, walaupun baunya tidaklah sekuat bau durian atau cempedak.
PadamSA pernah rasa masa pi Sarawak dulu...cuma dh lupa la rasanya macam mana..eh..kena cuba semula ni..SA suka je cuba makan makanan negeri lain..
BalasPadamSelalu nampak buah terap diterbangkan dari Sabah ke Restoran Seri Semporna di Kuala Lumpur.
Padamtk pernah rasa tp buahnya skali tgk mcm cempedak
BalasPadamBarangkali buah terap ini berkeluarga juga dengan cempedak dan nangka.
PadamCantik rupa buah tarap.
BalasPadamBelum pernah merasa.
Ada yang boleh terima apabila merasa buat pertama kali, dan ada yang sebaliknya.
PadamLama tak makan buah terap kak. Betul, harga buah sekarang harga kayangan. Dulu² orang tak pandang buah terap. Sekarang ni mencecah puluhan ringgit kan...
BalasPadamDulu sewaktu harga RM1-RM2 sebiji, memang tak pandang. Sekarang harga melambung, baru nak pandang hihihiiii.
PadamBoleh tertukar dengan cempedak ni...
BalasPadamKulit cempedak dengan baunya tak sama dengan buah terap, tapi kalau sekali pandang isinya mungkin ya.
Padam1st time tengok buah Tarap. mcm rupa isi buah cempedak hehe
BalasPadamYa, hampir sama.
PadamCuma bezanya buah terap lebih bulat berbanding cempedak.
Buah ni di Malaya memang tak dapatlah kan. Teringin juga rasa. Nampak buah elok je. Kecewa juga dapat yang masam dan tak seperti yang kita harapkan. Jauh beza harga dulu dengan sekarang. Bila demand tinggi, harga pun ikut meninggi diri.
BalasPadamMungkin ada tapi tumbuh di hutan.
PadamRindu pula hendak makan buah terap yang masih segar, wangi dan lemak manis seperti dulu.
Pernah tengok FB Pasar Borneo Seri Kembangan ( setiap sabtu) ada jual buah tarap ni tapi bukan selalu.Boleh rujuk FB Pasar Borneo Seri Kembangan
PadamLamanya tak makan buah terap. Harga sekarang memang harga kayangan.
BalasPadamSudahlah harga kayangan, susah juga hendak jumpa buah terap!
Padamarwah makcik sy punya laa suka buah ni. ms g Kundasang dia siap beli anak pokok terap. alhamdulillah dia sempat rs hasilnya sblm dia meninggal
BalasPadamKuasa viral, semuanya dah jadi harga kayangan.
BalasPadamArwah ayah saya pernah tanam pokok tarap ni kat kampung dulu.Benihnya dari Sabah.Tapi sayang tak sempat berbuah dah wassalam
BalasPadam