Buras Yang Enak: Lemak, Lembut & Wangi

9:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sekolah kami mengadakan Karnival STEM ( Sains Teknologi Engineering Matematik). Banyak aktiviti yang dijalankan termasuk demo, pameran, permainan, pertandingan melukis, derma darah dan sebagainya. Suasana sangat sibuk dan meriah!

Selesai tugas sebagai salah seorang juri, kita terus menyelit ke tapak jualan makanan. Memang terpaksa selitkan diri sebab terlalu ramai pengunjung gerai makanan yang terdiri daripada murid dan ibu bapa serta guru. Mata tertumpu ke gerai jualan makanan tradisional iaitu buras dan ayam palekko. Gerai ini dikendalikan oleh sekumpulan murid dari kelas Amie sendiri.

Amie selalu kongsikan makanan tradisional masyarakat Bugis di dapur maya ini. Sebenarnya Amie kagum kerana mereka masih mengekalkan pelbagai jenis makanan tradisional seperti buras, lauk-pauk dan kuih-muihnya.

Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut tentang buras:

Buras

Dua bungkus buras.

Amie beli dua bungkus buras bersama lauk ayam palekko denngan harga RM16.00. Oleh kerana sudah makan pelbagai jenis kuih dan minuman, jadi perut sudah tidak dapat menerima makanan berat seperti buras. Amie bawa pulang ke rumah.

Apabila tali yang mengikat bungkusan buras dirungkai, beginilah isi di dalamnya. Setiap bungkus mengandungi empat keping buras. Biasanya dalam satu bungkusan ada dua keping sahaja. bagaimanapun, ada juga yang mengandungi enam keping dalam satu bungkusan.


Kepingan buras yang dipisahkan dalam satu bungkusan.

Apabila bungkusan dibuka, kelihatan buras yang cantik dan wangi. Aroma daun pisang yang membungkus buras semerbak menggoda selera! Ketika dijamah, terasalah enaknya buras yang lemak bersantan, lembut dan wangi!


Enak sungguh buras kala dinikmati bersama lauk-pauknya seperti ayam palekko, ayam masak lengkuas (nasu likku), ayam masak merah, ayam masak santan dan sebagainya.

Ayam Palekko ini Amie beli bersama buras.

Sambal Ikan Bilis

Amie tambahkan sambal ikan bilis, masak di dapur sendiri. Tidak ketinggalan, semangkuk kecil serondeng kelapa melengkapi hidangan.

Serondeng Kelapa

Buras : Makanan tradisional, identiti masyarakat Bugis Sabah yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.


Buras memang terkenal sebagai juadah popular di hari raya tetapi tidak perlu menunggu tibanya hari raya untuk menikmatinya kerana buras  memang dijual setiap hari di Lahad Datu. Hanya lauk-pauknya sahaja yang terhad seperti ayam palekko, sambal ikan bilis dan juga serondeng. Untuk menikmati buras dengan pelbagai jenis lauk lain kenalah tunggu hari raya... ahaks!

13 comments

  1. Hai, Terima Kasih artikelnya bagus sekali. BTW Salam sesama blogger saya pingin berteman dan follow blog sampean :)

    BalasPadam
  2. andai kata laa kan kak... tak ada daun pisang.. boleh ke guna plastik sbg ganti? rasa... kompem lain kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadoooiii...cukuplah rasanya ketupat daun kelapa ditukar ketupat plastik hihihiii.

      Padam
  3. Sy rasa buras dan burasak adalah makanan yg sama. Kalau di Johor dihidang bersama nasumeti (Asam Pedas Ikan Parang).

    BalasPadam
  4. Dok lalu lalang tapi tak pernah jumpa lagi di sini.. teringin nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pernah jumpa buras di Selangor. Kena buat sendiri baru dapat merasa.

      Padam
  5. Bagus makanan tradisi masih diteruskan dan dapat makan tanpa perlu menunggu masa raya sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fiza.
      Semoga generasi muda memelihara keunikan makanan tradisi yang diwarisi.

      Padam
  6. Buras memang makanan orang Bugis. Di Indonesia mereka ini kebanyakan tinggal di Makasar, Sulawesi. Kitapun menyebutnya buras. Tapi biasa dimakan dengan Coto makasar, makanan khas Makasar sulawesi 😁.

    Nampak sedaaap. Mama saya pernah tinggal di Makasar dulu, jadi dia paham cara bikin buras. Biasanya kalo nak pergi road trip jauh, mama bikin buras ini utk bekal di jalan kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe