Singgah Makan Peanut Cream Cake di Beanery Cafe
12:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita kelmarin, selepas berjemur di tengah padang menjadi ketua hakim acara lempar cakera, kita cepat-cepat hendak pulang. Ingin mencari tempat teduh dan berehat. Tidak ada selera untuk makan tengah hari kerana perut penuh dengan air kosong yang diteguk ketika bertugas.
Nanti sampai di rumah kalau perut berasa lapar kena masak pula! Baiklah singgah dahulu di mana-mana tempat makan untuk alas perut walaupun sedikit. Maka, singgahlah kami berdua dengan Encik Suami di Beanery Cafe.
Melihat susunan pelbagai kek, terpikat pula dengan Peanut Cream Cake. Bersetujulah kami untuk makan kek dan minum sahaja.
Peanut Cream Cake |
Hot Coffee Latte Hazelnut |
Hot Caramel Macchioto Sedaplah pula Peanut Cream Cake! Kami makan sehingga licin. Tetapi rasa tidak kenyang pula. Jadi kami memesan Ramen Oden (Chicken) dan Smoked Duck Rice Bowl pula. |
Smoked Duck Rice Bowl |
Hidangan ini banyak pilihan lauknya. Boleh pilih jenis lauk utama yang disukai, samada nasi beras biasa atau nasi beras perang, sos dan lauk sampingan yang lain. Encik Suami pilih lauk itik panggang, sesame salad sauce, tamagoyaki (telur dadar), kacang edamame, jagung, seaweed sesame dan wanton crisps.
Yang warna kuning persegi seperti kepingan mentega itu ialah tamagoyaki, sejenis telur dadar masakan Jepun.
Smoked Duck Rice Bowl yang Encik Suami makan memang sedap! Tapi Encik Suami nak rasa juga kuah Ramen Oden (Chicken). Katanya : Firdaus mesti suka kalau dapat makan ramen oden begini!
9 comments
Selamat menjamu selera
BalasPadammakan kenyang2 dulu kak senang balik rumah dah terus boleh lurus kaki kan
BalasPadamsebelum balik kerja, singgah ngeteh ngopi.. memang nikmat. sampai rumah, boleh mengemas. tak kalut nak masak
BalasPadamkek dgn kopi mmg ngam kak... lupa sekejap kalu dapat dua dua ni😁
BalasPadamkek comel..match pulak dengan kopi..layannn
BalasPadamMelihat foto semua makanan dan kopinya, ini pasti Best! 😍😍👍.
BalasPadamDan ini baristanya jago bikin latte art. Rapi sangaaat 😍😍.
Kalau saya pesen menu cake yg cantik dan latte art begini suka sayang kalau di cicipi..hahhaha
BalasPadamSedapnya menghirup kopi latte tu. Favourite caramel macchiato. Penuh segala accessories dalam semangkuk tu.
BalasPadamSA sekarang kan kak amie pantang nampak makanan sedap..vepat betul terliur..sedap betul nampak semuanya tu ha..
BalasPadam