Apa Cerita Firdaus?
10:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Lama juga rasanya tak kongsi perkembangan aktiviti Firdaus.
Tak ingat dah bila tarikhnya Firdaus ikut pertandingan bercerita sekolah agama peringkat daerah. Yang Amie ingat, Encik Suami marah sangat sebab dua pasang baju sekolah agama termasuk sampinnya habis kotor. Dalam minggu yang sama, Firdaus pulang dengan pakaian dan sampinnya dipenuhi coretan maker pen. Sehari sebelum pertandingan bercerita, sepasang lagi pakaiannya dinodai dengan liquid paper! Apabila ditanya, kata Firdaus kawan-kawan bermain conteng-conteng pakaian! Jadi, dalam marah-marah Encik Suami beli pakaian dan sampin baharu tetapi tidak sepadan dengan badan Firdaus. Bajunya longgar dan kain sampinnya terlebih panjang!
Tak sempat bawa ke kedai untuk dipotong. Jadi, pakai sajalah untuk pergi pertandingan bercerita...... hurmmmm! Bukan baju dan sampin yang bercerita kan..... ahaks!
Tak sempat bawa ke kedai untuk dipotong. Jadi, pakai sajalah untuk pergi pertandingan bercerita...... hurmmmm! Bukan baju dan sampin yang bercerita kan..... ahaks!
Firdaus paling kecil di antara semua peserta. Firdaus tahun 4, manakala peserta lain tahun 5 dan tahun 6. Firdaus dapat hadiah sagu hati. Tahniah! Tajuk ceritanya : Kisah Keangkuhan Raja Namrud. |
Kredit : Guru Sekolah Agama Kampung Khamis Para peserta pertandingan bercerita bersama guru pengiring dari Sekolah Agama Kampung Khamis. |
Kredit : Teacher Mercelina Johanis Lein |
Pertandingan nasyid sempena Sambutan Maal Hijrah di SK St. Dominic.
Kumpulan Firdaus tidak memperoleh sebarang hadiah kemenangan.
Firdaus turut terpilih menyertai pertandingan rakaman Mini Documentary : Remarkable Life (English Carnival 2023) awal Ogos 2023 lalu.
Penyertaan dari sekolah Firdaus, mendapat tempat kedua di daerah LD : MINI DOCUMENTARY : REMARKABLE LIFE
Rakaman latihan choral speaking.
Kredit : Teacher Beatrice Anthony.
Kredit : Teacher Beatrice Anthony.
Esok Firdaus akan menyertai pertandingan choral speaking sekolah rendah daerah Lahad Datu. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar setelah beberapa minggu berlatih. Para peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Firdaus nampak paling kecil di antara rakan-rakan peserta yang lain.
Selamat bertanding.
21 comments
All the best Firdaus.
BalasPadamTerima kasih Illya.
Padamwaahhh choral speaking! gud luck Firdaus & team! :)
BalasPadamTerima kaksih!
PadamWah Firdaus sudah bisa jadi reporter nih..moga"sukses ya acaranya...terbaik buat Firdaus
BalasPadamTerima kasih!
PadamWAH HEBAT FIRDAUS TAHNIAH
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamTahniah Firdaus! Moga sukses selalu 🤲
BalasPadamSakitnya hati dan frust jika baju seluar sekolah dirosakkan sebegitu :(
Terima kasih PH.
PadamTerima kasih Syafiqa.
BalasPadamWaaahhhh... syabas Firdaus.
BalasPadamSemoga terus cemerlang.
Amin ya Allah.
Padamya allah firdaus... dia x marah kat kwn2 ke bla diorg conteng baju dia? kalu sy pun mengamuk jg laa kak sbb kompem x hlg kalau guna marker pen tu...
BalasPadamapa2 pun tahniahhhh utk firdaus. ni namanya kecil2 cili padi! selamat maju jaya utk pertandingan seterusnya💪
Ada budak nakal dalam kelasnya. Ramai kawan lain yang kena percikan liquid paper dan contengan maker pen tu. Encik Suami pun dah jumpa ustazahnya dan bincang pasal benda tu.
PadamTahniah firdaus..sebaya dengan Muhammad ..moga terus cemerlang tau daus..
BalasPadamTerima kasih Zila.
PadamSemoga Muhammad pun terus cemerlang dunia dan akhirat.
Daus oh Daus.. ada pula kisahnya sebelum pertandingan. semoga kejadiannya tak berulang lagi. Tak sempat nak alter, pakai je lah kan. Betul jugak tu, bukan baju nak bercerita. hihi...Kalah menang adat pertandingan. Yang penting pengalaman tu.
BalasPadamKadang-kadang budak-budak sekolah yang nakal ini, pantang gurunya terlepas pandang di kelas, ada sahajalah yang dibuatnya!
PadamComelnya Firdaus di depan tu. Dapat jugak tengok persembahan Daus walaupun latihan. Semoga berjaya semuanya.
BalasPadamPaling kecil Firdaus tu kan.
Padam