Bakso Cinta : Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta

8:58 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin kami singgah di MR. DIY. Tujuannya untuk mencari bekas air Firdaus. Bekas air Firdaus jenama Tupperware sudah pecah. Pernah nampak di MR.DIY bekas air yang cantik-cantik. Oleh kerana banyak pilihan, Amie beli dua. Satu untuk Firdaus dan satu untuk Amie. Kita pun nak tukar juga bekas air. Sebelum ini bekas air kita hanya boleh diisi 1200ml air. Kali ini kita beli bekas yang lebih besar dan boleh isi air sehingga 2000ml. Kita pun kuat minum air kosong macam Firdaus juga.

Perut belum diisi. Tak mahulah berlama-lama di jalan raya untuk ke satu-satu tempat makan. Sebelum masuk ke MR. DIY, terpandang satu kedai makan Bakso Cinta di sebelahnya. Jadi kami terus masuk ke situ. Bakso pun baksolah! Walaupun nama kedai bakso, tapi sebenarnya banyak pilihan makan lain termasuk nasi dan mi. 

Encik Suami memesan Bakso Cinta Special. Kita pula, apabila terpandang buras, mulalah memikirkan coto makassar! Jadi, memang kita pesan coto sahajalah! Kita minta coto perut. Tak mahu campur dengan daging atau ayam. 

Bakso Cinta Special

Buras

Bakso Cinta Special
Coto Makassar (perut sahaja)
Buras
Cendol Jagung Kacang Merah

Kuah coto ini warna gelap, dan agak pekat.

Air tebu ini kita beli di gerai sebelah.


Cendol Jagung Kacang Merah

Bakso Cinta Special

Bakso Cinta Special ini memang special. Kuahnya cukup rasa. Ada kepingan isi ayam goreng dan juga kulit ayam goreng yang rangup. Ditambah sebiji telur rebus, dan dua jenis pentolan. Walaupun Encik Suami berikan kita kulit ayam goreng yang rangup, rasanya macam tak puas pula kita makan! Padahal kita sudah ada coto!


Setelah perahkan limau kasturi dan bubuh cili @ lada, dan tambahkan buras maka kita pun terus hirup kuah coto. Alhamdulillah! Masih ada kedai makan yang mmengekalkan rasa coto! Kita pun makan sampai titisan kuah terakhir.

Benarlah, seperti yang tertulis di kedai makan ini : Bakso Cinta - Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta! Kiranya Bakso Cinta ini akan dikunjungi lagi pada masa akan datang. Oh, ya! Kata Encik Suami, harga makanan dan cendol RM27.00.


Bakso Cinta terletak di Jalan Bunga Raya, Bandar Wilayah, Lahad Datu. Biasanya orang akan terbaca Bakery & Cafe kerana tulisan Bakso Cinta lebih kecil berbanding Bakery & Cafe yang terletak di tingkat atas.

18 comments

  1. Jatuh cinta pandang ke berapa ni?

    BalasPadam
  2. Menarik dan sweet sangat nama cafe ni...Bakso Cinta tu pun nampak mwnyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuailah dengan namanya SA. Memang sedap dan terus jatuh cinta!

      Padam
  3. Dapat bayangkan sedapnya Kak Amie menikmati kuah coto tu hehe...
    Mungkin signboard kedai tu kena perbesarkan kot...sekali pandang mmg tak perasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jumpa coto yang sedap, memang habis licin semangkuk!
      Kecil sangat kan signboard Bakso Cinta tu.

      Padam
  4. Wahh jatuh cinta terus kak Amie. Bahaya datang sini, nanti kena datang lagi. Air tebu macam dah susah nak dapat sekarang. Jarang orang jual dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaman rasanya air tebu segar melintas tekak.
      Itu pun jumpa sekali-sekala saja Fiza. Apabila nampak, terus beli.

      Padam
  5. mati-mati dana ingat itu bubur pulut hitam kak... coto rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo...macam bubur pulut hitam ye Dana hihihiiii!

      Padam
  6. coto campur buras kenyang amie

    BalasPadam
  7. bakso cinta sekali rasa confirm jatuh cinta.. ptt buat tagline mcm tu kan?

    BalasPadam
  8. Lepas ni tentu selalu kak Amie nak ke Mr DIY supaya boleh singgah ke Bakso Cinta 😆😆😆

    BalasPadam
  9. Wah...bukan saja bakso..
    semua makanan lain pun nampak sedap..sekali pandang dah jatuh cinta

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe