Resipi Mi Goreng Hati & Air Lada

10:24 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. 

Jemput sarapan bersama kami dengan menu Mi Goreng Hati &  Air Lada dan minuman panas lo han kuo atau air mata kucing.

Mi Goreng Hati & & Lo Han Kuo

Mi Goreng Hati

Rasanya agak lama juga tidak makan mi atau bihun goreng dengan air lada. Di LD, disebut lada sahaja yang bermaksud sos pencecah atau sebagai sos sambal. Biasanya lada diperbuat daripada cili padi, bawang putih, jus limau kasturi, gula dan garam. Untuk rasa lada yang enak dimakan bersama mi atau bihun goreng, jus limau kasturi hendaklah dilebihkan. Walaupun adakalanya kelihatan agak cair, tetapi rasanya tetap menyelerakan! Jus limau kasturi dan aromanya itulah yang membangkitkan kelazatan.

Pagi tadi, sebelum goreng mi, terlebih dahulu Amie sediakan lada. Bahan-bahannya seperti dalam gambar di bawah ini. Cili padinya pula warna merah. Nak gunakan cili padi warna hijau pun tak jadi masalah. Kebetulan pula, semua cili padi dalam simpanan Amie semuanya warna merah.


Bahan-bahan untuk air lada:
  • 11 tangkai cili padi
  • 7 ulas bawang putih
  • 9 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula pasir
Cara:
  1. Masukkan cili padi, bawang putih, jus limau kasturi, garam dan gula ke dalam pengisar.
  2. Kisar hingga halus.
Oleh kerana lada yang dikisar agak pekat, Amie perahkan juas dari sebiji limau kapas. Limau kapas ini sekeluarga dengan limau nipis. Nampaknya air lada yang dihasilkan agak cair sedikit, tetapi jika ditambah lagi jus limau kasturi atau jus limau nipis, semakin cair semakin sedap rasanya!

Tambahkan jus dari sebiji limau kapas.

Air lada yang agak pekat. Boleh tambahkan jus limau kasturi @ limau nipis untuk lebih cair.


Resipi Mi Goreng Hati
Bahan-bahan:
  • 500 gram mi kuning - rendam seketika dan toskan
  • 300 gram hati ayam - bersihkan - potong ikut saiz yang disukai
  • 200 gram kubis cina - hiris nipis
  • 4 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan 
Bahan tambahan / hiasan:
  • 1 cawan taugeh
  • limau kasturi - belah 2
  • hirisan cili hijau
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan hati ayam. Kacau rata dan biarkan sehingga hati masak.
  3. Seterusnya masukkan sayur kubis cina dan mi kuning.
  4. Tuangkan kicap pekat dan kicap lemak manis.
  5. Gaul sebati dan tambahkan garam / perasa pilihan.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
  7. Ketika menghidang, taburkan taugeh, taburkan hirisan cili dan susun merata belahan limau kasturi.

Sedap pula makan mi goreng dengan taugeh mentah yang rangup. Ditambah pula dengan air lada yang penuh aroma limau kasturi dan limau kapas. Terasa manis, masin, masam dan pedas di bibir. Enaknya sarapan di pagi minggu dengan menghirup secawan air mata kucing panas! Alhamdulillah.

Cuma satu saja yang kurang di dapur Amie. Biasanya kalau di Sabah, mi goreng dihidang bersama semangkuk kecil sup kosong!

11 comments

  1. Bismillah... terliur kita. Nak cuba juga. Terima kasih berkongsi resipi.

    BalasPadam
  2. Memang nampak sedap
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  3. Krap krap krup bila gigit tauge tu, sedapnya...

    BalasPadam
  4. wahhhh tauheh tu sedapnya krup krapp krup krapp

    BalasPadam
  5. goreng hati okey... jangan makan hati!

    BalasPadam
  6. wah hati goreng dlm mi n sambal asam limau pecah selera

    BalasPadam
  7. Air lada tu menarik. Ingat nak cuba lah 😗

    BalasPadam
  8. Oh, belum pernah lagi goreng mee letak hati ayam. Makan dengan sambal lada pun tak pernah, sedap nampaknya tu lebih lagi ada air mata kucing panas, Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Sha tak pandai makan hati.. kikiki.. tapi nampak mengancam sangat mee goreng tu..

    BalasPadam
  10. Dalam rumah saya ni saya sorang ja makan hati....Kadang kalau rasa teringin sangat goreng garing-garing ratah sengsorang...hihihi

    BalasPadam
  11. Selaku penggemar taugeh, berselera tengok mi goreng kak Amie dengan taugeh mentah yang banyak macam tu. Lawan pula dengan air mata kucing panas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe