Sarapan Mi Goreng Aneka Perencah

10:43 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Hari ini kami tidak ada rancangan untuk keluar rumah. Tiada undangan ke majlis kahwin atau kenduri-kendara yang lain. Eloklah duduk sahaja sepanjang hari di rumah sendiri, mengemas apa yang patut dan kemudian merehatkan diri sambil menemani Firdaus menyiapkan kerja-kerja sekolah.

Awal pagi tadi kita terlelap dibungkus kain telekung di atas sofa. Tiba-tiba Encik Suami kejutkan kita: Goreng mi, katanya.
Rupanya Encik Suami baru balik dari kedai. 
Dibelinya mi kuning, dada ayam, taugeh, sos cili, dan kuih-muih.
Kita pun bingkas bangun, campak kain telekung dan terus ke dapur. 
Sempat menjeling ampaian melalui tingkap yang dipenuhi pakaian. Alamak! Encik Suami yang buat semua itu. Berapa lama kita tertidur? Tidak terdengar sedikit pun bunyi-bunyi mesin basuh. Barangkali penat sangat sampai tidur mati.

Encik Suami kata,  goreng mi dengan dada ayam segar yang baru dibeli. Kita mencari bahan tambahan dan terjumpalah udang dan sotong serta sayur kubis cina. Eloklah dijadikan perencah mi goreng. 

Kelentang kelentung kelentang kelentung!
Siaplah mi goreng untuk sarapan kami.
Jemput sarapan sama ya.


Mi goreng aneka perencah termasuk dada ayam, sotong dan udang. Apabila dihidang, taburkan taugeh segar di atasnya. Krup krap krup krap terdengar kunyahan taugeh yang rangup!

Mi Goreng Aneka Perencah

Kali ini mi goreng tidak dihidangkan bersama air lada. Amie tuangkan kicap lada dari botol dan hanya tambahkan jus limau kasturi sahaja. Kicap lada ini Amie beli melalui seorang kawan, dengan jarga RM12.00 sebotol dengan kandungan 200ml.

Kicap Lada

Encik Suami beli kuih cempiang @ ubat nyamuk, karipap dan kuih penjaram.


Sewaktu kita sibuk masak mi goreng, Encik Suami renih kopi dan bantu buang ekor taugeh. Pekat sungguh kopi yang Encik Suami buat! Sebenarnya kita hendak renih air mata kucing, tapi nampak Encik Suami jerang air di datas dapur dan tuang serbuk kopi, tak jadilah renih air mata kucing.

Resipi Mi Goreng Aneka Perencah
Bahan-bahan:
  • 400 gram mi kuning - bilas -toskan
  • 1 cawan hirisan dada ayam
  • 10 ekor udang kertas - bersihkan
  • 3 ekor sotong torak - bersihkan - potong ikut suka
  • 1 cawan hirisan kubis cina
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar minyak
  • gram / perasa pilihan - jika perlu
Bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili padi
Bahan hiasan:
  • taugeh
  • tomato ceri 
  • limau kasturi
  • daun bawang
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  3. Masukkan hirisan dada ayam. Goreng kacau sehingga dada ayam masak.
  4. Seterusnya masukkan kubis cina, sotong dan udang. 
  5. Setelah udang berubah warna, masukkan mi kuning.
  6. Tuangkan sos cili, sos tiram dan sos kicap lemak manis.
  7. Gaul sebati.
  8. Jika kurang rasa bolehlah taburkan sedikit garam / perasa pilihan. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
  9. Ketika menghidang, hiaskan dengan taburan taugeh segar, hirisan daun bawang, tomato cili dan limau kasturi.

6 comments

  1. Tentu sedap mee goreng yg ada banyak perencah, lawannya pulak kopi, ada pulak karipap dan kuih ubat nyamuk. Agaknya lepas tu, Kak Amie sambung tidur lagi di sofa, hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang teringin tidur lama-lama di hari cuti!

      Padam
  2. mee goreng premium ni... ayam ada seafood ada dagingje xda.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kumpul saki baki bahan peremcah yang ada, jadinya banyaklah pula apabila digoreng!

      Padam
  3. Pencinta taugeh hadir. hihi..sedap taugeh rangup rangup tanpa perlu kacau sekali. Mewah sungguh mi goreng kak Amie. Bila penat begitulah. Tak sedar apa. Syukur juga kerja kerja rumah dibantu oleh suami yang memahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang Kak Amie ingat, Fiza pencinta taugeh!
      Mari makan sama Fiza.
      Walaupun bantuannya tidaklah sesempurna mana, tapi syukurlah ringankan beban.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe