Semerbak Dalam Kenangan!

7:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selain wangian Elizabeth Arden terutamanya Pretty, Amie sangat meminati AvonToday Eau de Parfum Spray. Harga Biasa : RM102.00 (WM), dan sudah tentu bertambah harganya di Sabah dan Sarawak iaitu RM117.30 sen (EM). Sekiranya ada potongan harga, Amie akan beli lebih sebotol. Harga selepas potongan biasanya RM87.00 (WM dan RM93.35 (EM) Isinya hanyalah 50ml.

Ada tiga rangkaian minyak wangi dalam set ini iaitu Today, Tomorrow dan Always. Amie pernah cuba Tomorrow dan juga Always, tetapi Today jugalah yang berjaya menambat hati. Sejak terpaut dengan Today, rasanya sudah berbelas tahun Amie menggunakannya. 

Sumber - Google
Today - Aroma neroli mekar diulit kelembutan bunga butterfly blossom.

Awal 2021 - PKP masih dilaksanakan akibat merebaknya Covid-19 di seluruh dunia. Ketika itu penjarakan sosial sentiasa diperketatkan. Di sekolah, kami perlu memastikan setiap murid mematuhi arahan tersebut, sehingga terpaksa mengajar di dewan terbuka, iaitu di gelanggang bola keranjang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan murid di dalam kelas.

Amie, antara guru yang terpaksa mengajar di gelanggang bola keranjang pada ketika itu. 
Pada suatu pagi, ketika sedang bergerak dari satu meja ke satu meja membahagi-bahagikan modul latihan subjek XYZ, seorang murid bernama Vincess menegur.

Cikgu pakai minyak wangi apa?
Kenapa?
Saya suka bau minyak wangi cikgu. Saya hendak hadiahkan mummy saya. Bolehkah cikgu tolong belikan?
Oh, boleh. Bila kamu mahu?
Saya kumpul duit dulu cikgu. Sudah cukup nanti, bolehlah cikgu belikan. Berapa harganya cikgu?
Cikgu pun lupa berapa harganya. Esok cikgu beritahu kamu.

Keesokannya, Amie beritahu harga minyak wangi tersebut. RM117.30.
Vincess menutup mulutnya dengan tangan.

Tidak jadilah saya beli, cikgu. Saya tak dapat kumpul duit sebanyak itu.

Minggu depannya, Amie panggil Vincess.

Kamu mahu bagi hadiah minyak wangi untuk mummy kamu?
Ya, cikgu. Tapi saya tak mampu beli.

Amie hulurkan sebuah kotak berisi Today Eau de Parfum Spray.

Ini minyak wangi yang kamu mahu.  Cikgu beri kepada kamu. Nanti kamu hadiahkan minyak wangi ini untuk mummy kamu.

Vincess kelihatan terkejut.

Betulkah cikgu bagi minyak wangi ini?
Betul. Tapi cikgu beri bersyarat.
Apa syaratnya cikgu?
Boleh tak Vincess berikan cikgu gred A mata pelajaran XYZ dalam SPM nanti?
Oh, boleh cikgu. Boleh cikgu!

Sebenarnya Amie bergurau sahaja kerana markah-markah peperiksaan yang Vincess perolehi kadang-kadang lulus cukup makan sahaja, kadang-kadang gagal.

Itu cerita 2021, ketika Vincess tingkatan empat.

Vincess mendapat hadiah sebagai peserta terbaik semasa bengkel teknik menjawab SPM yang Amie kendalikan pada bulan Oktober 2022.

Vincess sedang makan. Ketika ini Vincess mengikuti kelas tambahan yang Amie adakan pada hujung minggu, Februari 2023 dua minggu sebelum menjelang SPM.

Ketika keputusan SPM diumumkan, Amie terpandang Vincess bersama kawan-kawannya, tetapi kami tidak sempat bertegur sapa kerana waktu itu Amie sibuk menguruskan pembahagian slip SPM untuk kelas Amie. Pada 04 Ogos 2023, sekolah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid, tiba-tiba Vincess datang mendekati sambil tersenyum lebar.

Cikgu, saya dapat gred A untuk subjek yang cikgu ajar.

Amie hanya sempat ucapkan tahniah kerana ketika itu sedang sibuk bertugas, dan tidak dapat berbual panjang dengan Vincess.
Ketika Vincess dipanggil naik ke pentas, bergenang juga air mata menyaksikannya dari jauh. Suatu hari nanti kalau Vincess terbaca entri ini, mungkin Vincess akan terkenang kembali 'TODAY' itu. Cikgu doakan Vincess terus berjaya dalam hidup.

Vincess menerima anugerah dan sijil cemerlang SPM 2022.

Sumber : Google
Today sentiasa semerbak dalam kenangan!

10 comments

  1. Murah sungguh hati Cikgu Amie. Tentu ibu Vincess happy dapat minyak wangi today. Sy pun penggemar Today, Tomorrow dan Always suatu masa dulu tapi skrg sy dah tak pakai jenama ni.

    BalasPadam
  2. Terharu saya bacanya ❤️. Vincess pun pasti merasa yg sama sehingga dia benar2 mau berusaha utk dapat grad A.

    Saya juga pengguna Elizabeth Arden kak Amie, tapi yg selama ini saya pakai Red Door. Ini parfum fav saya sejak lama, Krn mama pun pakai parfum ini. Jadi kalo ingat wanginya, saya teringat mama.

    Saya belum pernah pakai yg series lain kecuali yg green tea. Jadi penasaran dengan wanginya Today ini.❤️

    BalasPadam
  3. Allah…baiknya cikgu Amie ni.
    Ammi pun hampir lupa wujudnya jenama Avon ni. Dulu arwah mama suka betul pakai minyak wangi butterfly tu

    BalasPadam
  4. Sebak baca, tulusnya hati Cikgu Amie.
    Semoga Vincess terus success!

    BalasPadam
  5. Cikgu Amie baik hati bangeet 😘semoga anak muridnya berhasil dan tak pernah lupa cikgu nya

    BalasPadam
  6. dana pun pakai perfum avon tu kak, tak sangka sama rupanya. Tapi kalau dekat sini selalu ada offer rm60-70 je sebotol kak

    BalasPadam
  7. Terharu baca kisah minyak wangi pemberian Kak Amie yang mendorong Vincess untuk mengejar gred A dalam SPM. Semoga Vincess ingat jasa Kak Amie sampai bila-bila.

    BalasPadam
  8. bergenang airmata saya... :( terharu dengan pengorbanan seorang guru dan anak murid

    BalasPadam
  9. alaaa saya terasa nak menangis kak...baiknya kak amie....

    BalasPadam
  10. Sebak dan terharu baca kisahnya Kak Amie. Berkat usaha dan kebaikan Cikgu Amie mendorong semangat Vincess untuk berjaya. Alhamdulillah..Semoga dia terus berjaya. Dah pasti wangian ini akan jadi satu kenangan terpaling indah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe