Nikmat Secawan Kopi Tenom di Kala Hujan Petang

6:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bagaimana cuaca di tempat rakan-rakan blogger hari ini?
Menjelang petang LD disirami hujan.
Memang seronok betul kalau dapat lelapkan mata melepas lelah. Takut terlena sampai ke senja, kita pun bingkas bangun menuju ke dapur. Alangkah nikmatnya kalau dapat hirup secawan kopi panas! Sayangnya tiada teman untuk bersembang. Kita terus masak ayam palekko di kala hujan turun. Bolehlah makan dengan buras. Sambil menunggu ayam palekko terbit minyak, di atas dapur sebelah kita tenggekkan periuk, dan renih kopi. Semerbak aroma kopi Tenom memenuhi ruang dapur.

Tidak lama kemudian Encik Suami dan Firdaus pulang. Hari ini hari terakhir Firdaus mengikuti latihan choral speaking di sekolahnya. Esok pertandingan akan diadakan di SJK (C) Chee Vun.

Sampai di rumah, hidangan petang sudah tersedia:
  • Kopi Tenom
  • Kuih Penjaram
  • Buras
  • Ayam Palekko
Secawan Kopi Tenom

Hidangan makan petang merangkap makan malam.

Buras & Ayam Palekko

Ayam Palekko 
Resipi di sini: NASU PALEKKO (AYAM MASAK PALEKKO)


Kuih Penjaram

Firdaus makan roti telur dengan teh ais.

Petang tadi Firdaus ikut latihan choral speaking bermula pada pukul dua petang. Selepas solat Jumaat bersama Encik Suami, Firdaus tidak terus ke sekolah. Kami cari makan di Kampung Bugis. Tak perlu pergi ke tempat yang lebih jauh kerana Firdaus hanya ada masa selama 45 minit sebelum latihan bermula. 

Firdaus : Roti Telur

Amie & Encik Suami : Coto Kulit Ayam & Bakso Kulit Ayam

Amie : Coto Kulit Ayam

Coto Kulit Ayam, kuahnya sama dengan coto makassar. Ada kacang tanah kisar, dan kuahnya memang pekat. Bukan soto ye. Ada takan-rakan blogger yang selalu keliru antara coto dengan soto. Coto lain, soto tak sama dengan coto. Soto, kuahnya jernih. Coto, kuahnya pekat dan berwarna seperti dalam gambar di atas. Dalam semangkuk Coto Kulit Ayam, terkandung lontong, ayam carik dan hirisan kubis. Kulit ayam digoreng garing, dan rangup ketika dikunyah.


Encik Suami : Bakso Kulit Ayam

Bakso Kulit Ayam mengandungi kulit ayam goreng, pentolan, bihun dan sayur kubis. Tambah enak apabila diperahkan jus limau kasturi, dan ditambah air lada.

Buras
RM2.00 dua bungkus.

Sebelum meninggalkan Warung Makan Malampek, sempat sambar buras! Terbayang-bayang makan buras dengan ayam palekko.  Jadinya, petang tadi dapatlah melayan selera makan buras yang dibeli di warung tetapi masak ayam palekko di dapur sendiri.

Kopi Tenom : Yang bungkus putih tidak bergula. Yang bungkus emas ada gula.

Sekian.
Cerita tentang kopi Tenom, meleret ke buras dan ayam palekko! Tak cukup lagi, mengungkit kisah makan roti telur, coto dan bakso pula!

Tadi kita bukan minum secawan kopi tapi tiga cawan! Rasanya lama sungguh tak hirup kopi panas. Sekali hadap tak cukup secawan! Lupa dunia. Lupa kalau malam nanti susah tidur sebab sudah terminum kopi! Esok kena bangun awal pagi. Kena hantar Firdaus ke sekolah. Encik Suami pula perlu ikut serta Gotong-Royong Madani di sekolah Firdaus. Amie? Esok kena turun ke sekolah juga. Ada tugas di sekolah sempena Karnival STEM!

Eh, hujan sudah berhenti rupanya.

7 comments

  1. Sedap nampak menu-menu petang Amie... Nak sikittt....hehe...

    BalasPadam
  2. Sini dah 2 hari tak hujan Kak Amie... Sedap betul hirup kopi di kala hujan. Nikmat!
    Good luck Firdaus 💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nikmat hirup kopi kan PH terutama waktu pagi dan di kala hujan.

      Padam
  3. sini lps subuh td hujan lebat...

    sedapnyaaaa baksoooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... time hujan pun sedap makan bakso!

      Padam
  4. Kat sini pun selalu mendung dan hujan minggu ni. sejuk sikit. Datang Sabah kena cuba coto. Kat Malaya tak ada rasanya. Tudiaa sekali 3 cawan. Memang nikmat hirup kopi panas. Tanpa sedar kadang. hihi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe