Lauk Kampung Memang Sentiasa Menyelerakan!

9:14 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin balik lewat kerana menghadiri mesyuarat persiapan Majlis Kecemerlangan Murid (MAKEM). Adalah alasan untuk cari pasal makan di luar. Pilih saja tempat makan yang dekat dengan rtumah kami iaitu di Bakso Legend , Perdana Square. Bulan lepas kami makan di sini: MENJAMU SELERA KAMPUNG DI RESTORAN BAKSO LEGEND. Sebut bulan lepas macamlah sudah lama berlalu, padahal baru saja beberapa hari yang lalu.

Apa yang membuatkan kami ulang makan di Bakso Legend?
  • Tempat makannya sentiasa kemas dan bersih.
  • Tidak perlu menunggu lama untuk menanti makanan yang dipesan.
  • Harga yang berpatutan.
  • Sedap : Memenuhi selera. Kalau hendak hirup sup kosong, ambil sendiri dan boleh tambah.
  • Makanan masih segar - misalnya ikan digoreng apabila pelanggan pesan dan datang ke meja dalam keadaan yang masih panas. Banyak set pilihan ikan seperti ikan basung, ikan putih, ikan tuna, ikan bolu dan ikan keli.
  • Banyak menu lain yang sedap-sedap seperti bakso.
Set Nasi Ikan Basung

Mango Sago & Fresh Orange

Fresh Orange


Walaupun beberapa hari sebelumnya sudah makan Set Nasi Ikan Basung, tetapi kali ini hendak makan lagi. Sesungguhnya aura ikan basung @ ikan selayang memang cukup menggoda selera. Lima ekor dalam set hidangan membuatnya pelanggan puas menikmatinya dengan cecahan sambal, ditambah telur masin, hirisan mangga muda dan latok serta ulam kacang bendi serta hirisan mentimun.


Selain Set Nasi Ikan Basung, kami memesan Set Nasi Ikan Bolu. Set nasi ini didatangkan bersama seekor ikan bolu goreng tanpa tulang, sambal, semangkuk kecil sayur labu manis masak lemak, hirisan mangga mudan timun dan telur masin.


Kami minta latok sebagai menu tambahan kerana Set Nasi Ikan Basung tidak didatangkan bersama latok.

Latok @ Rumpai Laut

Pelbagai jenis sos dan bahan perasa disediakan untuk para pelanggan. Mereka boleh ambil sendiri, termasuk sup kosong.


Puaslah kami makan diselang-seli dengan hirup sup kosong. Encik Suami pula rajin bangun menambah sup. Sudahlah sedap, masih panas lagi! Berpeluh-peluh jadinya.

Terakhir, makan Mango Sago bersama Encik Suami.

Hari ini kita cari pasal lagi. Oleh kerana di sebelah petang kena datang ke sekolah menyiapkan hiasan pentas untuk Majlis Kecemerlangan Murid yang akan diadakan esok, jadi ada alasan untuk jimatkan masa dan makan di luar. Encik Suami kata terpaksalah cari tempat makan di Perdana Square kerana jalan ke situ tidak sesak. Dan Amie pun boleh balik ke rumah, mandi dan solat zohor sebelum kembali semula ke sekolah.

Memikirkan khidmat pelanggan yang boleh dikatakan tahap cemerlang di Bakso Legend, jadi kami pun singgah di situ lagi walaupun kelmarin sudah menyantap di situ! Kalau hendak makan di kawasan bandar, memang memakan masa jugalah untuk patah balik!

Amie: Cendol Kacang Merah

Amie : Set Nasi Ikan Masin


Set Nasi Ikan Masin

Set Nasi Ikan Masin dihidangkan bersama sayur lemak labu manis, seekor ikan masin goreng dengan sambal geprek, hirisan mangga muda, latok, telur masin, kacang bendi dan hirisan timun. Tambah enak apabila ada semangkuk kecil sup kosong sebagai pelengkap hidangan!

Encik Suami : Nasi  Geprek Special

Sup Kosong yang lazat dan cukup rasa serta tidak berminyak.

Tom Yam Campur

Kami turut memesan Tom Yam Campur saiz M. Kuahnya cukup rasa masam, pedas dan isinya banyak. Ada udang, sotong, ayam, daging, isi ikan dan juga pelbagai sayuran seperti lobak merah, brokoli dan sebagainya. Kalau tidak teringat tugas, memang hendak hirup kuah tom yam lama-lama di sini.


Alhamdulillah. Perut kenyang. Terus balik ke rumah. Tergesa-gesa bersihkan diri, solat dan kembali semula ke sekolah. Aduhai... apabila perut sudah kenyang, rasa mengantuklah pula! Hei.... cergaskan diri! Kerja sedang menanti!

Rakan-rakan yang sudi jejakkan kaki di LD, kalau hendak menikmati hidangan kkampung yang ringkas tapi menyelerakan, bolehlah singgah makan di sini:
Restoran Bakso Legend,
MDLD 8899, Lot 16&17,
Ground Floor, Bandar Sri Perdana,
Phase 5, Jalan Silam,
91100 Lahad Datu, Sabah.

22 comments

  1. Banyak faktor tu yang membuatkan kita datang berkali kali. Menyelerakan tengok hidangannya. Baguslah tuan kedai sediakan makanan sedap, jaga kebersihan dan servis pun bagus. Mango sago tu macam memanggil manggil je..hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fiza. Kebetulan pula tekak tengah selera makan masakan kampung. Layankan sajalah.

      Padam
  2. Nampak sedap2 belaka.
    Wak tak pernah lagi makan latok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anggur laut tu Wak. Letus-letus waktu makan.

      Padam
  3. Lauk kampung memang menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Encik Fairus. Lagilah kalau dihidang masih panas.

      Padam
  4. Lama x mkn latok... teringin pulak tgk gambar... lauk kpg mmg x menghampakan kan kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mira.
      Masakannya ringkas saja tapi tetap menyelerakan.

      Padam
  5. Ikan basung tu mereka goreng hanya bubuh garam je ke atau perencah lain sebab biasa kalau kita goreng ikan bubuh serbuk kunyit sikit.

    BalasPadam
    Balasan

    1. Biasanya di sini mereka tak gunakan serbuk kunyit untuk goreng ikan. Mereka bubuh garam dan sedikit asam jawa. Rasanya pun lebih sedap.

      Padam
  6. Kecur air liur saya tengok lauk2 kampung ni, semua nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Carneyz.
      Masakan kampung waktu tengah hari memang menyelerakan, tambah pula dihidang panas.

      Padam
  7. waduhhhhhh lauk kampung mmg selalu menjadi pojaan hatiku juga kak hehe

    BalasPadam
  8. Nampak sedap semuanya. Kalau dah datang berkali² tu memang confirm sedap la kan cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Ikan gorengnya sedap. Sup kosongnya pun sedap!

      Padam
  9. set nasi basung tu aduh geramnya kak dengan set lengkapnya tu mmg makan boleh bertambah, makanan semua nampak menyelerakan, portion pun besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lupa lauk lain kalau jumpa set ikan basung ni Dana.

      Padam
  10. Balasan
    1. Memang betul-betul fresh orange tu Uncle.

      Padam
  11. Mari Syafiqa ronda-ronda Sabah.

    BalasPadam
  12. Gandingan mantop tu ikan basung dan latok...teringin nak ke Sabah lagi dan menikmati ikan bakar bersama latok sambil mengadap bayu laut...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe