Apabila Diberi Tugas Sebagai Ketua Bahagian Makanan......

8:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Aktiviti ini sudah lama berlalu, 10 & 11 Jun 2023 namun kenangannya masih melekat di hati. Seperti biasa, Amie tersenarai sebagai ketua bahagian makanan. Kem Kepimpinan dilaksanakan selama dua hari satu malam. Para peserta tidur satu malam di sekolah. Semua guru berkampung di sekolah selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad.

Sewaktu kerja masak-memasak dijalankan, pelbagai peristiwa yang mencuit hati terjadi. Nasi tidak cukuplah. Kawah berisi ayam masak kicap terlungkup jatuhlah! Macam-macamlah!

Penat memang tak boleh nak cakap. Makanan perlu disediakan tepat pada masanya untuk seramai 372 orang termasuk peserta dan para fasilitator. Masing-masing dibahagikan mengikut kumpulan yang bertugas menyediakan:
  • Sarapan  pukul 8 pagi. 
  • Kudapan  pukul 10:30 pagi. 
  • Merarau pukul 12.00 tengah hari. 
  • Cicipan pukul 4:30 petang 
  • Gabi pukul 7:00 malam.
Boleh bayangkan tak betapa sibuknya kami menyediakan bahan untuk dimasak. Tak sempat tangkap gambar.... ahaks! Masing-masing muka berpeluh berminyak-minyak! 

Menu makan berat:
  • Tengah Hari Sabtu : Ayam Masak Kicap & Tumis Sayur Kacang Panjang dengan Kobis
  • Malam : Ayam Masak Kari & Sayur 
  • Tengah Hari Ahad : Ayam Goreng Berempah  & Acar Timun

Membantu AJK Sarapan menyediakan bahan untuk goreng bihun.

Menggoreng Ayam Berempah

Hari Sabtu Amie membantu kumpulan lain memasak tengah hari. Hari Ahad, giliran Amie pula menjadi ketua kerja masak-masak. Rakan-rakan dengan penuh sabar menggoreng ayam berempah dari pukul 8:00 pagi dan siap menjelang 12:00 tengah hari. Banyak ketul yang digoreng. Bayangkan, sekurang-kurangnya dua ketul untuk seorang. Kami tidak masak sayur, sebaliknya membuat acar timun, campur lobak merah dan nanas. Siap satu besen besar penuh berisi acar! Habis licin tak tinggal baki. 

Tapi, sehingga kini masih terasa-rasa tangan yang bengkak akibat terlalu lama memegang pisau untuk memotong-motong! Potong ayam, potong bawang, potong sayur!

Makan Tongkeng Ayam Goreng

Dua hari berturut-turut kami makan tongkeng ayam goreng. Sewaktu membersihkan ayam, kami asingkan tongkeng. Kami tidak hidangkan tongkeng ayam kepada peserta kem kepimpinan dan para fasilitator.

Dalam keletihan, sempat kami usik-mengusik dengan gelar-menggelar rakan-rakan mengikut tugas yang disandang seperti:
  • Mak Kicap
  • Mak Kari
  • Mak Rempah
  • Mak Acar
  • Mak Montot - merujuk kepada seorang rakan yang rajin bersihkan tongkeng ayam!

Remaja hari ini bakal pemimpin pada masa depan.

Apabila diamanahkan untuk menggalas tugas menyediakan makanan, ia bukanlah satu kerja yang mudah. Apalagi untuk jumlah seramai 372 orang! Apa yang kami tahu, makanan mesti disediakan  tepat pada masanya. Kami tidak sempat hendak mengintai aktiviti yang dijalankan semasa kem kepimpinan berlangsung sebab kami sendiri tonggang terbalik di belakang tabir!

15 comments

  1. Hebat cikgu-cikgu semua, berkebolehan di setiap lapangan
    Pasti anak murid lebih menghargai usaha cikgu semua.
    Tertanya-tanya juga mengapa tidak order sahaja makanan dari luar pasti ramai juga caterer di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya Yang Menjalankan Amanah.... tak dapat jawab mengapa.

      Padam
  2. Meriah betul geng penyedia masakan ni. Banyak time makannya dan ramai pula pesertanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah gotong-royong masak-memasak ni.

      Padam
  3. Kah kah kah.. Mak Montot pun ada.. nakal betul gelaran diberi tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.... apabila masing-masing kepenatan, maka timbullah macam-macam gelaran untuk bergurau senda.

      Padam
  4. Mak Mon*** ala kesiannya nama ni.

    BalasPadam
  5. Mak Montot....hahahaha...aduhai...seronok ramai- ramai kan...dah macam rewang rumah orang kahwin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang bestnya, sambil buat kerja masak-masak sambil sumbat mulut dengan macam-macam makanan yang dibawa.

      Padam
  6. waduh bestnya.... dahla mana org blh tolak bab makanan ni hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya muka-muka kami ni ada cop mohor kerja-kerja dapur kot.

      Padam
  7. hahaha mak mon*** pun boleh...

    wahhh meriah bangettttt sy suka suasana mcm ni... terasa erat hubungan mcm sebuah keluarga

    BalasPadam
  8. Fuhh...tugas berat ni. Kalau bantu masak pun dah letih, inikan pula ketua. Perlu memimpin ahli memasak tepat pada masanya. Orang di belakang tabir memang tak kisah dah apa yang berlaku kat depan tu. Janji settle masak semuanya dapat sediakan makanan. Dia punya penat jangan ceritalah. Rehat sehari pun belum tentu pulih tenaganya. Syukur juga semuanya rajin membantu, kerja jadi mudah dan cepat. Siap dah ada gelaran masing-masing dah. Pantas buat kerja.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe