Zara's Boutique Hotel Kota Kinabalu
3:12 PTGRajuk Firdaus tidak lama. Sebaik sahaja melintasi bulatan replika kobis di pekan Kundasang kami mula berbual-bual. Dia bersorak gembira apabila Amie beritahu sekarang dalam perjalanan menuju ke hotel di Kota Kinabalu. Tidak lama kemudian dia keluarkan Kokonys dan makan sendiri. Selepas minum air mineral, terus tertidur dengan lenanya sehinggalah kami menghampiri tempat penginapan kami di Jalan Pantai Baru, Sembulan.
Zara's Boutique Hotel Sumber : Google |
Inilah bilik untuk kami bermalam. Tidak dapat family room tetapi dapat dua katil single pun sudah memaaadai. Jika perlu, boleh minta tambahan sebuah tilam lagi.
Ruangannya agak luas dengan adanya tingkap yang membenarkan cahaya matahari masuk ke bilik. Nak solat pun rasa selesa kerana tidak perlu bersempit-sempit dan menyelit di celah katil.
Hospital Gleneagles. |
13 comments
Seronok nya Firdaus..hilang rajuk dah masuk hotel ye...
BalasPadamBelum sampai hotel dan hilang rajuknya hahaaa.
PadamMemang luas dan cantik pulak biliknya tu, Kak Amie. Haaa.. kalau bilik sempit, masalah la nak solat. Pernah dulu masa di mana tah, terpaksa solat atas katil, tapi rasa macam nak tumbang selepas bangun dari tahiyat atau sujud, sebab tilam tak stabil, hihi.
BalasPadamMug tu cantik, sy ada pinggan yg permukaan begitu, tapi tak pernah pulak jumpa mug tu.
Pernah dua kali solat atas katil sebab bilik sempit juga. Katil double decker pula tu.
PadamAduhai... sujud dan duduk tahiyat tenggelam atas tilam kihkihkih!
Strategic kedudukan hotel.
BalasPadamBetl NA. Yang bestnya sebab luas tempat parking.
PadamNampak simple Dan selesa bilinya. Bilik air nampak besar
BalasPadamMemang luas bilik airnya, sepadan dengan keluasan bilknya juga.
PadamTerurus kemas hotel ni dari lobi sampai dalam bilik. Seronoklah Kak Amie dapat shopping nanti dah dekat dengan mall.
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan Abg Aznan dan keluarga. Aaaminn...
Memang itulah tujuan ke KK. Santai, makan-makan dan shopping sahaja.
PadamTerima kasih doa untuk keluarga Abang Aznan.
cntik jgk hotel dia ya.
BalasPadamselalu tgk je hotel ni bila ke imago..
Wanita dan shoping...rakan sejati🥰😍
BalasPadamnasib sekejap je merajuknya si Daus tu ye kak... ehehehe, dah puas rehat apa lagi menyopping lah
BalasPadam