Tenom Black Coffee & Tea Biscotti
4:18 PTGEncik Suami kata, selewat-lewatnya hari Khamis sudah sampai ke Lahad Datu. Kita pun faham dengan tugasnya yang tak boleh ditinggalkan lama-lama. Sekurang-kurangnya dapatlah jalan-jalan ke luar daerah dan menemani kita shopping setiap hari sepanjang berada di Kota Kinabalu. Untuk menghargai pengorbanan masanya, kita janji nak belanja sarapan pagi dengan minum kopi. Encik Suami memang suka minum kopi sebelum memandu.
Pukul 8 pagi kami daftar keluar resort dan menuju ke Ladang Teh Sabah. Balik-balik asyik ke sini... ahaks. Bukan apa. Kami ingin santai-santai bersarapan pagi di tempat yang bersih dan tenang sambil menikmati suasana pagi berlatarbelakangkan banjaran gunung. Kalau sudah namanya ladang sudah tentulah jauh dari kesibukan jalan raya.
Tenom Black Coffee & Tea Biscotti |
Suasana di sekeliling restoran masih diselimuti kabus. Sewaktu kereta menghala dari simpang jalan raya menuju ke sini, memang tidak nampak restoran kerana dipenuhi kabus.
Pagi itu kami bersarapan:
- Tenom Black Coffee (small pot) Hot
- Hoko Chocolate (Hot)
- Fried Mee Hoon
- Fried Kuey Teow
- Wantan Hor
- Tea Biscotti
Tenom Black Coffee |
Secawan Tenom Black Coffee untuk Encik Suami.
Ini Firdaus punya kerja. Dia tambahkan krimer ke dalam cawan kopi.
Pagi itu Firdaus bersarapan kuetiaw goreng. Habis sepinggan dia makan sendiri.
Ini kita punya Wantan Hor.
Cantik betul kuahnya!
Pagi-pagi sarapan Wantan Hor, memang laju jew masuk perut..... slurrrppp...slurrrppp!!!! Terlebih laju apabila kita makan udang, sotong dan isi ikannya.
Fried Mee Hoon |
Selesai menikmati hidangan masing-masng, datanglah pula Tea Biscotti yang baru sahaja keluar dari oven. Masih panas dan aromanya sungguh menggoda lubang hidung!
Ada dua pilihan pencecahnya iaitu madu dan coklat. Kami memilih coklat.
Oleh kerana perut pun sudah kenyang, jadi Amie hanya makan sekeping Tea Biscotti. Begitu juga Firdaus. Encik Suami tak mahu makan. Selebihnya kami minta bungkus. Dalam perjalanan dari Ranau ke Lahad Datu, ketika berada di Telupid Firdaus bertanya Tea Biscotti. Amie hulurkan kepadanya, dan habis kesemua Tea Biscotti dia makan sendiri. Laparlah agaknya tu.
Sekian, paparan kisah sarapan pagi dan cerita kopi hitam Tenom dengan Tea Biscotti.
11 comments
Kopi hitamnya menarik ini....
BalasPadamSubhanallah... best nya breakfast dengan ambience yang menarik!
BalasPadamAgaknya baru lepas makan kuey teow, tu tak larat nak makan biscotti. Dah hadam la tu makanannya, nasib baik mommy bungkus biscottinya.
BalasPadamOh... rindunya nak menikmati kopi Tenom! Tea bisotti tu nampak best :)
BalasPadamSaya suka kopi Tenom. Rindunya. Memang berselera breakfast dengan ambiance macam tu
BalasPadamBagus suami Puan Amie tolong bawa ke tempat beli-belah. Hehe saling menyokong.
BalasPadamUpah sebelum memandu. Semangat suami lepas minum kopi Tenom.
Syukur dapat juga keluar ikut sambil jalan jalan. Seronokya lah sarapan pagi pagi sambil ditemani kabus pagi. Semua sarapan nampak sedap, memang rasa tamak kejap semua nak jamah masuk perut. Tea biscotti pertama kali tengok. Terus google. Biskut rupanya. Menarik didatangkan dengan pencincah.
BalasPadamaduh bestnya kak... nampak berkabus je tu
BalasPadamwaduh dah macam kat cameron highland je berkabus sekelilingnya. Wantan hor sedap tu kalau panas-panas makan tempat sejuk.
BalasPadamTea biscotii tu macam biskut je. Kenapa di namakan tea
BalasPadamtenom coffee memang sedap, syu biasa minum tenom white coffee.
BalasPadam