Makan Nasi Ayam Sedap
10:37 PTGKita cuba cari waktu untuk makan tengahari bersama Encik Suami. Maknanya, kenalah makan di luar. Selepas balik kerja, memang Amie hanya temui 'kekosongan' di rumah. Sepi sendiri. Lepas mandi, solat terus rebahkan diri tidur! Beginilah kisahnya kalau masing-masng sibuk dengan urusan kerja dan Firdaus pula bersekolah pagi dan petang.
Satu tempat makan yang sering kami kunjungi ialah sebuah restoran kegemaran anak-anak iaitu Bee Bee Ice di Bandar Tabanac Lahad Datu. Kalau dahulu sering datang bersama anak-anak tetapi sekarang hanya datang berdua sahaja dengan Encik Suami dan kadang-kadang bertiga dengan Firdaus.
Encik Suami sukakan menu nasi ayam. Katanya saiz ayamnya lebih besar berbanding saiz ayam di kedai nasi ayam yang lain.
Nasi Ayam |
Nasi Goreng Ikan Masin |
Udang Goreng Butter Kering |
24 comments
Wahhh.. ni makan bertiga atau berdua ni, Kak Amie? Memang nampak sungguh sedap tu nasi ayamnya, tambah ada sambal dengan halia.
BalasPadamIni makan dua kali di sini SK.
PadamMeyelerakan..ayam tu wlupun togel tp nmpk sedap ..ada sambal halia lg..
BalasPadamRestoran tu memang fokus, jaga kualiti rasa makanannya. Tu pasal, walaupun nampak tak ada rupa, tapi rasa tetap mengancam.
Padamdapnya nasi ayam lama dah xmsk sendiri
BalasPadamNasi ayam memang tak menjemukan kan Kak PI.
Padammemang isi ayam nampak banyak dari yg biasa kat sini. semua serba serbi sedap lah menu yg amie ambik ni
BalasPadamHehehee... ta jemu jamu selera di sini, terutama waktu tengahari.
PadamSaya suka nasi ayam yang ada sambal halia. Rasa lebih sedap.
BalasPadamBetul tu Ujie. Saya suka bubuh banyak halia.
Padamsambal halia tu yang buat sedap. jarang restoran di KL yang sediakan. selalu sambal cili aje
BalasPadamRingkas saja pelengkap rasa nasi ayam tu kan Sal, tapi tetap sedap.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNampak sedap tu kak amie..lama plak x makan nasi ayam
BalasPadamSedap SA, semuanya masih panas.
PadamWalaupun serba ringkas tapi portion besar ayam tu puas hati makan. Tengok udang butter tu mesti teringat Abang Farid suka makan kan.
BalasPadamBetul Fizah. Setiap kali makan maakanan yang anak-anak gemari, pada masa yang sama teringat anak-anak yang jauh.
PadamSukanya sambal halia...
BalasPadamKat sini tak pernah nampak lagi hati ayam disajikan macam tu...
Unik
MIL & FIL suka nasi ayam ada halia begini. Kalau kami masak nasi ayam di kampung memang tak lupa buat sambal dan kisar halia.
Padambetul lah kak ayam nya nampak besar, kalau sorang makan memang puas betul tu....
BalasPadamlauk tambahan pun pelbagai...
Nampak ayam dia cantik je. lauk tahu bior pun togel tapi nampak sedap je. Alahahaiiii lapor le pulak
BalasPadamKat sini jarang jumpa sambal halia selalunya sambal cili je dengan kicap dan sup. Kalau sambal tu emmm lagi banyak lagi sodap gaul dengan ayam sampai merah. hehehehe
BalasPadamSuka nasi ayam stim dengan kuah halia memang naik aroma dan rasa.
BalasPadambesar portion ayam dia.
BalasPadamdan taufoo tu nmpak menarik sangat..