Makan Miang Kham & Tom Yum Goong di Tuk Tuk Tomyam Restaurant
2:50 PTGTujuan untuk jalan-jalan dan shopping berjalan lancar. Untuk memudahkan urusan, kami memilih tempat penginapan berhampiran dengan mall beli belah yang ingin kami tuju. Jadi, puas hatilah dapat meronda dari penjuru ke segenap penjuru yang lain. Cuma, yang tidak berapa sedap telinga mendengar apabila Encik Suami beberapa kali mengingatkan : Bonet sudah penuh! Haaaa... itu belum sampai Kundasang dan Ranau. Belum isi dengan sayur dan beras kampung, durian dan buah bambangan!
Oh ya, berbalik cerita Tuk Tuk Tomyam, sebuah restoran Thai yang dibuka pukul 12 tengahari! Selepas shopping (entah kali ke berapa), kami bergerak menuju ke Habour City, Sembulan. Kami singgah sekali lagi di Tuk Tuk Tomyam. Sama seperti masuk di Restoran Nasi Lemak Rendang Oma, kali ini kami ikut juga pintu belakang restoran. Walaupun kami tiba pukul 2 petang, tetapi restoran masih penuh dengan pelanggan! Alhamdulillah, ada tempat duduk untuk kami bertiga.
Lot 04-1 Level 1 Block D,
Miang Kham |
Tom Yum Goong |
Popia Sood @ Fresh Roll |
Tom Yam Goong |
Miang Kham |
17 comments
lain versi Miang Kham nya..tomyam goong..menarik..
BalasPadamAlhamdulillah..masakan sedap, memenuhi citarasa...
Itulah.... lain versi miang khamnya. First time nampak. Belum jumpa lagi dalam google.
PadamBagus Firdaus ni pemakan sayur. Suka dia dengan air green tea ye. Lain sikit rupa Miang Kham kat sini. Terus ngap je lah. Sedap tu kak Amie dapat udang galah segar. Kalau lapar tu cepat habis. Tapi sayang perut pun tak mampu nak disumbat makanan lagi.
BalasPadamSedap jugalah miang khamnya tu, tapi tak adalah rasa kombinasi bahan yang selalu ada pada miang kham. Memang kenyang sangat dah, sebab hirup banyak kuah dan jus nanas.
PadamKalau saya, perkara udang, tak minta bantuan siapa2, makannya pasti habis. He he ... Soalnya saya paling suka makan udang. Selamat sore sobatku Amie.
BalasPadamMemang sedap makan udang kan Ibu Nur.
Padamtomyam dia mmg sedap kan Kak Amie. syu selalu order mknn dkt sini. terubat rindu masakan mcm semenanjung.
BalasPadamsotong goreng tepung dia pon sedap gak.
salad mangga dia pon kena try tau..
Boleh makan sini lagi try menu lain kalau datang KK lagi nanti.
Padamsyukurlah jumpa restoran yg mampu masak tomyam sedap spt di Kelantan. Mmg susah nak cari kan? Berbaloi dgn harga.
BalasPadamYa, harga ok tu. Dapt 7 ekor udang galah.
PadamNama restorannya juga sudah membayangkan ianya milik mereka yg berasal dari sana, sebab tu agaknya masakannya sedap dan betul2 citarasa Thai. Semuanya nampak menyelerakan dan apabila Kak Amie kata sedap, memang kecurlah kita dibuatnya, hihi.
BalasPadamLain pula miangkamnya...tapi nampak udangnya terlentang tu macam sedap tu.Makanan lain pun menarik.Nampak tak sabar dah Daus tu.🤭
BalasPadamudangnya unik dialasi daun sirih dan jusnya kelihatan sangat segar....nyammmm
BalasPadamLain plak Miang Kham kat sana erk...ada udang plak...ingat yang biasa tu...tp tom yam tu nampak sedap betul la kak amie....tertelan- telan air liur dibuatnya
BalasPadamItulah bukan semua restoran ikut citarasa kita.
BalasPadamAmboi sakan membeli-belah. Ini jalan-jalan Sabah.
Syukur jumpa juga tempat makanan tomyam best
BalasPadammiang kham spesial ye kak, biasa udang kering ini udang fresh, mesti lagi sedap nih... rare tu nasi goreng telur sotong
BalasPadam