Laksa Nyonya Seafood di Mama Win Cafe Tidak Pernah Mengecewakan!
9:13 PTGMama Win Cafe yang terletak di Bandar Sri Perdana merupakan salah sebuah tempat makan kegemaran kami. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami makan di sana. Banyak hidangan yang sedap ada di sini. Amie memang sudah jatuh cinta dengan menu Laksa Nyonya Seafood. Walau ribut melanda, tetap juga hendak makan Laksa Nyonya Seafood kalau sudah sampai ke sini!
Petang tadi Amie pesan makanan dari Mama Win Cafe melalui khidmat Foodpanda. Sudah tentulah salah satu menunya makanan kegemaran Amie iaitu Laksa Nyonya Seafood. Perangai buruk Amie apabila makan, memang habis segala aksesori dan kuah tetapi mi kuning tinggal selonggok dalam mangkuk! Terpaksalah Encik Suami bantu 'bersihkan'!
Laksa Nyonya Seafood |
Sambal Meleleh Ikan Bolu |
Laksa Nyonya Seafood |
Bihun Sup Ayam |
Nasi Goreng Special Mama Win Cafe |
Kalau sesiapa singgah di Lahad Datu, bolehlah jamu selera di sini. Bukan Laksa Nyonya Seafood sahaja yang sedap, makanan yang lain pun sedap belaka.
Mama Win Cafe,Lorong 2,
Sri Perdana,
91100 Lahad Datu Town, Sabah.
22 comments
laksa nyonya mmg marbeles..tambahan pula buh seafood..sedapnya..
BalasPadamSaya suka hirup kuahnya .
PadamMacam-macam menu ada.. Nampak menyelerakan..
BalasPadamPilih sajamenu pilihan hati.
PadamLama kak Amie tak cerita tentang ikan bolu. Kalau dah jumpa restorant sedap memang tak cari lain lah. Macam tu pulak cara kak Amie makan, habiskan acesoriess tinggalkan mi. hehe
BalasPadamHidangan berkuah dia semua menyelerakan. Best setiap kali datang order lain lain dapat rasa macam macam menu yang ada.
Haaa... lama tak makan ikan bolu.
PadamMemang begitulah gayanya kalau ada mi kuning dalam kuahnya.
Nampak pun dah sedap..
BalasPadamKalau order tanpa mee boleh tak?🤭
Minta kuah dengan aksesori sajalah kan.
PadamWahhh.. hampir setiap minggu pergi ya. Kita yang meleleh air liur tengok mee kari dia, nampak sungguh menyelerakan tu.
BalasPadamMalas masak, dan sebab dekat. Tuju sajalah situ hehehee.
Padamlaksa nyonya xpernah rasa mesti sedap sgt tu
BalasPadamSedap Kak PI. Cukup rasa.
Padammemang 'win' la ye rstoran ni, sesuai dengan nama dia. Betullah tu kak Amie, selalu kalau makan berkuah begini, mi paling lambat nak dihabiskan. lagi-lagi kalau dah kenyang. tapi aksesori dan kuah tetap licin. nampak sedap. lama tak makan laksa nyonya
BalasPadamYeaaayyy... ada gang rupanya Kak Amie ye.
Padamsalam amie .... mcmn kak wangi nak beli buku 5 siri antologi anekdot tulisan amie & kawan2
BalasPadamKak Wangi boleh emel saya di salamiez@gmail.com
PadamCepat ye, sebab stok tak banyak dah.
Mintak sikit sotong goreng teung tu kat Daus!?
BalasPadamnmpknya kena mkn di sini klau ke lahad datu 1 hari nnti..
BalasPadamkalau dah rasa sedap, memang kita akan repeat makan di tempat yang sama je ye kak....
BalasPadamlaksa nyonya tu isi nya memacam, patutla akak teringat-ingat selalu.
Nampak sedap la semua menu...
Nampak sedap laksa nyonya tu
BalasPadamMakanan semua sedap...unik pun ye...ikan tu x pernah nampak dalam blog kak ammie sebelum ni...menarik...of course senyuman Firdaus pun menarik kan....
BalasPadamPelik pula Puan Amie tidak makan mi kuning laksa nyonya.
BalasPadamHehe boleh jadi duta Kafe Mama Win.