Sayur Lodeh Pucuk & Bunga Betik

8:23 PTG

Orang-orang tua kata, yang pahit itulah ubat. Memandangkan rasa diri sudah mulai tua, kita pun makanlah yang pahit-pahit.... ahaks! Gurau saja! Kebetulan ada lebihan pucuk betik dengan bunga sekali di dapur, hari ini Amie masak lodeh cara mak mentua.

Sayur Lodeh Pucuk & Bunga Petik


Inilah pucuk dan bunga betik yang Amie olah menjadi sayur lodeh gaya masakan orang Cocos. Biasanya pucuk betik dicampur dengan pucuk ubi dan jantung pisang. Kedua-dua bahan itu Amie tidak ada, jadi gunakan pucuk dan bunga betik sahaja.


Rempah utama yang digunakan dalam masakan lodeh orang Cocos ialah ketumbar biji. Tanpa ketumbar, tidaklah namanya sayur lodeh Cocos.

Bahan-bahan:
  • 2 tangkai pucuk betik  & 1 cawan bunga betik - celur - toskan 
  • 1 biji kelapa parut - kisar dengan 1000 ml air
  • 4 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 sudu besar ketumbar biji
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering
Cara memasak:
  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan udang kering hingga pecah minyak.
  2.  Masukkan pucuk dan bunga betik. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan santan kelapa.  Masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Padamkan api dapur.

Sayur Lodeh Pucuk & Bunga Betik

17 comments

  1. Masya Allah..tengok pun dah rasa sedap...
    Sukanya kalau dapat sama nasi putih ikan masin..

    BalasPadam
  2. Saya seminggu ni kuran selera makan.. Makan pun sedikit je.. Badan turun jugaklah hampir 3 kilo.

    BalasPadam
  3. buat wak rindukan makanan malaysia pulak., huhuhu

    BalasPadam
  4. Boleh makan dengan nasi impit dan sambal kacang tak? Mesti nanti rasa macam raya, hihi.

    BalasPadam
  5. istimewa sayur lodeh ni sbb masuk ketumbar

    BalasPadam
  6. Sedapnya laaa.. dulu arwah Mak ada rajin masak bunga betik ni, kami makan berdua, sebab lelain semua tak suka,...

    BalasPadam
  7. Sayur begini seronok kunyah sebab rangup kan. Pucuk betik dan bunga betik ni ada penggemarnya sendiri.

    BalasPadam
  8. mak selalu masak pucuk betik ni tumis bersama ikan bilis je. sedap!!

    BalasPadam
  9. sedapnya kak, ni kalau dana teringin kene suruh mak yang masakkan... sebab kalau masak sendiri jawabnya mkn sorang-sorang la...

    BalasPadam
  10. bunga betik wahh sedapp tu
    selalu mkn kerabu je ,ni pun nampak sedapp

    BalasPadam
  11. Aduhai nampak menyelerakan sungguh!
    Hari tu ingat nak buat masak tumis, nampak sayur lodeh ni macam nak try yg ni pula :D

    BalasPadam
  12. selalunya nampak pucuk betik ini orang buat ulam atau kerabu.. menarik juga bila dibuat masak lodeh cengginie..

    BalasPadam
  13. Wah menarik ni...x pernah lagi campurkan bunga betik dalam masakan berkuah

    BalasPadam
  14. wow saya x penah lagi letak pucuk betil boleh dicuba ni kak amie

    BalasPadam
  15. mana ada tua kak Amie jiwa muda lagi. Unik resepi lodeh bubuh ketumbar biji

    BalasPadam
  16. Guna apa yang ada. Alhamdulillah menjadi sayur lodeh pucuk dan bunga betik.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe