Makan Nasi Beriani Kari Kambing
9:27 PTGMulai hari ini sekolah Firdaus ditutup sehingga 21 Februari 2022 untuk kerja-kerja sanitasi. Sekolah-sekolah rendah yang lain sudah ditutup satu-persatu sejak minggu lepas. Sekolah kita setakat ini belum ditutup. Hari-hari kita datang ke sekolah dengan penuh ketakutan. Bangun tidur rasa nak demam. Sampai sekolah rasa sesak nafas pula. Maklumlah, setakat hari ini sudah 21 rakan kena kuarantin kerana positif... huhuhuuu! Sampai di rumah sihat walafiat kembali. Bila disebut 'sekolah' tiba-tiba rasa sakit seluruh badan!
Kita sengaja suruh Encik Suami hantar ke tempat kerja. Waktu pulang pula kita ajak ke kedai mamak di bandar. Sudah banyak kali terserempak dengan nasi berianilah, nasi Arab kambinglah di selatan sanun. Singgah KL asyik merenung kari kambing lagi....adeeeehhhh! Kalau begini sampai bila boleh bertahan tanpa kambing! Godaan kambing melebihi segalanya!
Nampaknya Encik Suami ada masa untuk makan bersama, jadi kami pun singgah di Restoran Auliah.
Nasi Beriani Kari Kambing |
Kari Kambing |
Ayam Tandoori |
Papadom |
Acar Timun & Lobak Merah |
Sotong Goreng Celup Tepung |
Bismillah. |
33 comments
sedap sangat kari kambing tu bahh,. ;p
BalasPadamOooo peminat kambing juga ye Wak.
Padamalahaii terliur tengok kari kambing tuu
BalasPadamSedapkan kari kambing.
PadamMesti tak sama rasa beriani kari kambing di sanun dengan di sinun.. lagilah pulak ada ayam tandoori. Budak kecil tu, tak mahu makan nasikah?
BalasPadamSemoga Kak Amie sekeluarga sihat2 sahaja dan dihindari dari virus covid 19, Amiiinnn YRA.
Budak kecik tu meratah sotong goreng celup tepung saja. Adalah dua tiga sudu dia makan nasi beriani. Terpaksalah sang bapanya yang habiskan tapi tak terhabis juga.
PadamSana sini semakin banyak kes positif. Faham sangat bila dengar sekolah tu auto akan rasa lemah. Kalau dapat WFH sekarang mesti rasa sihat lagi. Semoga Allah lindungi kita semua kak Amie dari COVID jahat. Aaminn...
BalasPadamKuat sungguh godaan kambing. Dimana mana ada kambing. hehe... Firdaus memang suka goreng goreng rangup ye. Dia makan sorang pun boleh habis. Itulah tu, unik makan di Sabah mesti ada supnya. Bagus jugak dihidang satu satu dalam pinggan kecil. Nampak banyak setiap satu side dish.
Nampaknya makin mencanak-canak naik jumlah kes covid-19 di Sabah. Tak tahu bila akan surut. Sebelum makan, Firdaus sudah habiskan satu gelas milo suam. Agaknya perut dah enuh, tu pasal tak boleh masuk nasi. Dia makan sotong goreng saja.
PadamAllahuakbar....patutlah kes di sabah nampak naik. Kawan kat hospital Tawau pun kata dia positif. Semuga Allah lindungi semua warga sabah dari kes virus covid 19. Aamiin.
BalasPadamJaga diri amie. Semuga Allah jauhkan lah hendaknya. Seriau kan bila ramai sangat yang positif.
Itulah pasal Notie. Balik rumah sihat walafiat, tenang saja. Bila sampai sekolah masing-masing rasa nak demam pula.
Padamperghhhh kari kambing dia nampak sedapnya. Semua lauk pun buat ngences je amie
BalasPadamKalau nampak ada lauk kambing, memang kita susah kalau tak nak ambik heheheee.
PadamSedapnya lahai sesekali layan makan gini.. bahagia sungguh erut kan..
BalasPadamMoga akak sekeluarga baik-baik aja dan sihat selalu...
Hahaaaa...bahagia perut ya Sis Lin.
PadamAamiin, mudah-mudahan baik-baik sahaja.
sedapnya makanan2 di restoran Sabah skrg. Dulu masa kerja di sana sy lebih suka masak sendiri sbb bahan mentah murah. Tp jika makan di restoran mmg mahal la sikit...
BalasPadamHampir 30 tahun saya di Sabah. Banyak perubahan yang berlaku pada hari ini berbanding dulu.
PadamTandoori.. lama tak makan.
BalasPadamDapnyaa.
Sedap makan tandoori, merasa perapannya.
PadamHehe psikologi, rasa sakit apabila ke sekolah.
BalasPadamTidak dapat bayang pergi ke tempat yang tahu ada rakan yang positif Covid. Baik-baik ya. Elok cegah.
Sedap pula tengok merah ayam tandoori.
Betul tu... memang psiko sungguh.
PadamItulah, nampak saja ayam tandooriterus minta seketui.
nampak sedap2 semuanya.
BalasPadamSedap Syaz, apalagi time perut lapar heheee.
Padamsedapnya beriani kambing...lpr la plak
BalasPadamBriani kambing memang selalu menggoda selera.
PadamMengancam betul kari kambing tu...
BalasPadamPeminat kari kambing juga ye.
PadamTerubat seketika kegelisahan bila dapat makanan yang diidamkan. Memang banyak kes sekarang ni. Hanya mampu berjaga-jaga dan pasrah tengok angka kes yang meroket
BalasPadamSeram kan bila melihat angka mendadak naik. Itulah yang mampu kita lakukan, jaga SOP.
PadamMasya Allah...semua menu tu menggoda..lebih2 lagi 🍲🐐
BalasPadamAllahu..semoga rakan2 cikgu dikurniakan kesembuhan .
Cikgu,sesekali kalau rasa sesak sangat nafas,cuba tuang sikit cuka makan kat tapak tangan.Gosok2 tapak tangan bercuka tu sambil sedut dalam2..
Bau cuka tu memang menyengat tapi pernafasan rasa lapang..insha Allah
Saya dah buat.Semoga Allah lindungi kita dari penyakit bahaya dan kemudharatan lain..🤲🤲🤲
Terima kasih Mama Cella.
PadamNanti saya share dengan kawan-kawan. Mungkin perasaan takut kami apabila masuk ke bilik guru sebab ramai yang positif. Biasanya kami akan buka semua tingkap dan keluar duduk di gelanggang yang berangin.
samalah dengan kat sini kak, makin ramai staf dekat pejabat dana yang positip, sekolah Aiyan pun minggu lepas banyak yang tutup.... kita ni pergi kerja dengan rasa ketakutan... nak cakap pun rasa malas, sebab risau kot-kot kita pembawa atau kawan yg lawan cakap tu pembawa
BalasPadamsotong goreng tepung mesti ada utk firdaus kan..
BalasPadamaduyai sedapnya tetiba teringat pula nasu kambing 40 hari
BalasPadam