Stanton Hotel
4:44 PTGSelepas isi perut dengan masakan baba dan nyonya, kami bergerak ke Karamunsing untuk daftar masuk hotel. Malam itu kami menginap di Stanton Hotel. Esoknya sambutan Tahun Baru Cina (1 Februari 2022 - Selasa). Kami berehat sahaja di dalam bilik sementara menunggu waktu malam. Anak buah jemput makan malam bersama di Penampang.
Stanton Hotel |
Stanton Hotel ini bertaraf 3 bintang di bangunan gaya kolonial. Sudah tentulah rasa teruja untuk bermalam di hotel sebegini. Sewaktu menempah hotel ini Amie terbaca komen daripada pengunjung bahawa tempat letak kereta sangat terhad tapi Amie tidak beritahu Encik Suami. Memang sudah pasang telinga awal-awal untuk mendengar bebelannya.
Stanton Hotel terletak di:
107, Lorong Karamunsing C,
Karamunsing Complex, 88600 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia .
Sewaktu daftar masuk, hanya sempat tangkap gambar di ruangan ini sahaja. Dari arah pintu masuk pun sudah rasa teruja melihat hiasan dalaman Stanton Hotel. Lobby hotel tidaklah luas tetapi kebijaksanaan menyusun atur hiasannya membuatkan nampak elegan dan selesa.
Sebaik sahaja masuk ke bilik, terpandang kad ucapan selamat datang bersama 4 biji coklat terletak di atas meja di sudut bilik. |
Meja sudut ini dilengkapi lampu meja serta kotak peralatan menulis. |
Ada kepala rusa pula di hadapan pintu lift. |
12 comments
cntik kan hotel ni Kak Amie. tahun lps, ni lah tmpt syu ambil gmbr raya. hehe
BalasPadamBestnya hotel ni; cantik dan nampaknya sangat mengalu-alukan & menghargai tetamu. Small gestures that always warm our heart kan?
BalasPadamTq Kak Amie for the Stanton Hotel bag tu :D
Bestnyer
BalasPadamWow! Menarik luar dan dalam Stanton Hotel ni Kak Amie. Seronok dapat hotel dan bilik yang menyelesakan. 3 bintang macam 5 bintang. Bukan macam hotel 4 bintang yang saya stay haritu. Best betul kalau menginap di sini. Macam macam ada kat bilik. Kalau dekat ni dah pergi dah. huhu...Tak dapat stay sini, dapat ole ole woven bag stanton hotel yang kak Amie bagi pun dah happy :)
BalasPadamCantiknya Hotel ni. Stail colonial memang kemas. Toilet bersih, staf peramah. Kalau dekat memang dah lama gi staycation sini
BalasPadamJom jom sal. Ahkak tak pernah sampai sabah lagi ni. Tenguk kerusi warna biru terus rasa nak terjah.
PadamWah...teruja pula saya mrmbaca dan melihat gambar.Menarik sekali.
BalasPadamTidur dengan cermin mata tu sama perangai dengan Adah.Saya selalu cakap..
"tidur pakai cermin mata tu sebab takut rabun dalam mimpi ke"🤣
Cantik rupanya hotel ni....bukan main lagi si bujang kecik kak amie tu ye...semua dia yang rasmikan dulu
BalasPadamWarna klasik hitam putih nampak ekslusif.
BalasPadamNampak mahal perabotnya.
cantiknya bilik dia kak, siap ada kelengkapan alat tulis lagi.. pastu siap ada disediakan payung bagai memacam ada. deco dia pun memang cantik betul exclusive gitu
BalasPadamCantiknya rasa macam sampai UK je. Terima kasih ya amie oleh-oleh Hotel Stanton.
BalasPadamMasuk bilik je dah dapat free coklat emmm memang menawan hati sungguh ni dok sini
BalasPadam