Jasni Rijan Resort

3:56 PTG

Perjalanan menuju ke Jasni Rijan Resort mengambilmasa beberapa minit dari Pekan Kundasang. Kami perlu bergerak sejauh 6 kilometer lagi. Jumpa simpang masuk ke Kampung Pinausok, kereta melalui jalan berbukit dan akhirnya tiba di pintu gerbang Jasni Rijan Resort. Ketika itu cuaca mendung. Hujan turun rintik-rintik.

Menurut staff di situ, resort ini sebenarnya dibuka pada 22 Februari 2020 tetapi pada 18 Mac 2020 negara diisytiharkan PKP 1.0. Jadi resort terpaksa ditutup dan baru saja dibuka kembali pada tahun ini. Kami melihat kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di beberapa tempat di sekitar resort.

Firdaus sempat beraksi di atas rusa. Nun di belakang awan kelihatan kelabu menutupi banjaran gunung termasuk Puncak Kinabalu.


Dari tempat daftar masuk, kami bergerak ke bawah bukit tempat kami menginap.


Pemandangan di sekitar resort yang masih dalam proses pembinaan.


Rumput pun belum tumbuh sepenuhnya.


Kami memilih family room. Bilik kami di bahagian bawah pintu nombor 118 resort berbumbung ungu.



Sukalah hati Encik Suami kerana boleh letak kereta di depan pintu.


Nun di hujung sanun, resort bumbung biru, di hadapannya ialah pejabat tempat kami daftar masuk.

Jom masuk bilik.


Resort ini bertaraf 2 bintang. Tidak ada penghawa dingin. Hanya ada kipas sahaja. Waktu malam kami tidur tanpa buka kipas. Memang sejuk semula jadi, apalagi kalau buka sliding door, mungkin menggigil kesejukan kalau tidak berselimut.






Penat sangat kot selepas mandi sungai di Polumpung. Masuk bilik terus terlentang atas katil! 




Ini merupakan salah satu pemandangan Jasni Rijan Resort yang dapat dilihat melalui bahagian kiri bilik kami.


Bilik ini turut dilengkapi dengan almari pakaian, televisyen dengan saluran kabel dan juga WIFI percuma.


Malam nanti kami akan kerjakan kopi yang disediakan ini.


Mari kita lihat bilik airnya pula.


Ada tuala JR Resort.


Comel jew sinkinya.

Ada water heater juga.


Firdaus beraksi di beranda.


Minta Firdaus tangkap gambar kita.... hiks!


Petang itu puncak Gunung Kinabalu sekejap muncul sekejap diselimuti kabus. Entahlah... entah kabus entah awan!
Kalau ada rezeki, buka pintu resort terus terpandang puncak Gunung Kinabalu.



17 comments

  1. Rindu Sabah. Dulu masa belajar kat sana kerap juga pergi Kundasang. Seronok sebab nyaman je kat sana.

    BalasPadam
  2. Nyamannya suasana, indah pemandangan. Tempat macam ni memnag tak perlu pendingin hawa dan kipas, kalau Pak Inche, mesti suka pintu terbuka macam tu.

    Iman kalau nampak patung zirafah tu, harus menjerit keriangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah sekali dulu bermalam di Nabalu Lodge. Ya Allah.... sejuknya tak tahu nak cakap.
      Iman suka zirafah ye. Mari datang sini gambar berdua dengan Firdaus.

      Padam
  3. Cantik Resort tepi bukit. Atas bukit sejuk kalau ada air cond bertambah sejuk. Agaknya kalau bukak kipas gigil nak tidur. Penat sungguh Firdaus terus terlena. Cantik gambar Firdaus ambil, tak goyang goyang kabur pun. Bolehlah diharap lepas ni jadi photographer mommy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaman jew tidur tanpa bunyi kipas angin atau sejuk air cond. Sejuk semulajadi tapi lena sangat sampai terlewat bangun pahi hihihiii.

      Padam
  4. Senang letak kereta depan bilik.
    Bilik masih nampak baru dan bersih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang suka sangatlah Encik Suami. Belum lagi masuk bilik sudah berangan-angan akan menginap di sini lagi kalau datang ke Kundasang lain kali.

      Padam
  5. Kalau sejuk memang tak perlu ada aircond. Macam di Cameron highland. Nice jugak resortnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Selesa betul, tapi kena berselimut jugalah sebab lama-lama semakin sejuk.

      Padam
  6. Patut SA naik Kinabalu dah tahun 2021...tapi PKP kan...ni stamina semua dah kelaut dalam...x tau la bila dapat naik,nampak best sanat resot dia kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah akan sampai juga SA. Cuma kena banyak daki tanggalah untuk sampai puncak sebab selepas gempa bumi tu struktur gunung dah berubah.

      Padam
  7. Terbayang sejuk cuaca di situ. Nampak bersih dan selesa resortnya, kak.

    BalasPadam
  8. walaupun cuma 2 bintang tapi biliknya kemas dan cantik... pemandangan gunung kinabalu tu yg lawa sangat

    BalasPadam
  9. cntiknya dpt tgk view gunung kinabalu daripada bilik

    BalasPadam
  10. Wah, thank you kak saya udah siap untuk stay cation nih tinggal cari tujuannya aja, hehe.. Saking siapnya saya beli pouch travel, dan alat-alat travel lainnya di ACE Hardware Indonesia lewat aplikasi MISS ACE lumayan jadi bisa belanja dari rumah deh pas pandemi gini.

    Apalagi, pas belanja di ACE gratis ongkir. Saran aku, daftar dulu jadi member ACE Hardware biar dapat promo ACE Hardware terus tinggal lihat dari katalog promosi ACE Hardware, deh! Kali aja adayang cari pouch travel, biar makin siap kan jalan-jalannya :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe