Gunung Kinabalu Di Celah Kabus
10:03 PTGImbas kembali, waktu petang ketika merenung puncak Gunung Kinabalu. Cuaca mendung ditambah dengan kehadiran gumpalan awan dan juga kabus di lereng pergunungan menjadikan sebahagian pemandangan terlindung. Terbayang ketinggiannya 4,095 meter. Terkenang suatu waktu dahulu di kala usia masih muda, jiwa masih bergelora, dengan mudahnya dapat menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.
Itu cerita dulu. Sekarang hendak daki bukit setinggi 500 meter pun asyik berkira! Sedar diri, walaupun hasrat untuk mendaki itu masih membara namun kudrat semakin berkurangan.
Gunung Kinabalu di waktu petang yang mendung. |
Awan tebal melindungi sebahagian banjaran gunung. |
Memuncak tinggi mencapai awan,
Megah berdiri Gunung Kinabalu,
Keagungan di negara jaya,
Gunung tertinggi di Malaysia.
Dalam sinaran sang suria,
Bentukmu sangatlah indah,
Kinabalu engkau ternama,
Menjadi lambang Malaysia jaya.
12 comments
cantiknya. hrp dpt smpai puncak 1 hari nnti..
BalasPadamAamiin.... jika ada cita-cita dan semangat, suatu hari nanti akan tercapai jua. In syaa Allah.
Padamsubhanallah cantik nya kak pemandangan gunung kinabalu tu, lagilah bila ada kabus-kabus tu. Daus tu memang jenis fotogenik lah kak, jenis pandai berposing kata orang. Tak payah suruh dia dah tahu nak buat aksi apa
BalasPadamnaik dinosor daki gunung kinabalu Daus
BalasPadamMasa sy ke Kundasang dulu, seorang kawan pesan, keluar pagi2. Mulanya sy tak faham kenapa nak kena keluar pagi2. Rupa2nya bila tengahari gunung mula dilitupi kabus. Jadi berangannya lain kali, jika ada rezeki nak ke sana, mahu tinggal di Kundasang, tentu seronok celik biji mata nampak gunung tersergam depan mata.
BalasPadamCita- cita SA nak daki Gunung Kinabalu blom tercapai since PKP...sekarang pun banyak halangan...kami semua yang nak pi trip ni pun x fit lagi dah...semua dah membesar bagai johan...hahahaha
BalasPadamtanjat kite tetiba nampak dinosaur kat gunung kinabalu hihi.. cantiknya bilalah nak sampai sana
BalasPadamrindunya nak tengok Gunung Kinabalu lagi, walaupun setakat dari kaki. Memang cantik kan
BalasPadamMasya Allah ..indahnya ciptaan Ilahi..
BalasPadamDulu pernah berhajat nak mendaki Gunung Kinabalu bg cukup 3x...
Tapi masa berniat tu lupa bahawasanya semakin hari usia bukan semakin muda..🤭
rindunya view tu..
BalasPadamHehe abah saya muda-muda dah tawan puncak Gunung Kinabalu. Tengok gambar abah segak dengan pakaian memanjat gunung senyum lebar.
BalasPadamDapat bayang juga gambar Puan Amie pun tersenyum ceria setelah berjaya menawan puncak gunung.
Hebat kak Amie dulu dulu dapat tawan Gunung Kinabalu. At least ada jugak kenangan tu walaupun sekarang hanya mampu melihat dari jauh. Saya pulak mampu tengok gambar. Hehe..cantik permandangan Gunung Kinabalu dari platform tu. Syok gak duduk lepak kat situ. Nampaknya Firdaus suka dekat alam semulajadi macam tu. Muka ada senyummm...
BalasPadamKesian baju Firdaus dan mengecil. Agaknya tengah berselera makan badan cepat belajar naik :)