Bakso Beranak

11:47 PG

Kita tidaklah tergolong dalam jenis pemilih makanan. Prinsip kita yang penting halal, bukan kayu atau batu. Tetapi apabila kita mati liur (istilah tidak ada selera makan dalam bahasa Cocos), memang kita sendiri pun tidak tahu nak makan apa. Barangkali disebabkan mulut rasa pahit, jadi apa yang ditelan semuanya bagaikan hempedu.

Masalah ini kita hadapi sehari selepas menerima suntikan booster beberapa minggu lepas. Keesokan paginya kita rasa seram sejuk, badan mula panas. Kita makan panadol dan terus tidur. Lusanya demam tak kebah. Kita terpaksa cuti sakit selama sehari. Tulat kita pergi kerja, tetapi masih rasa tidak selesa. Tidak ada selera untuk menjamah makanan. 

Kita minta Encik Suami kita bawa ke mana-mana kedai makan yang ada menawarkan masakan bersup. Encik Suami bawa kita ke Restoran Bakso Kampung di Ipeak Lahad Datu. Encik Suami memesan Bakso Beranak untuk kita, dan untuk dirinya dia minta soto ayam.

Bakso Beranak

Jus Tembikai Susu


Inilah rupa Bakso Beranak. Apabila dibedah siasat di dalamnya tersembunyi beberapa ketul bakso saiz kecil dan juga telur. Nampaknya isi bakso penuh semangkuk bersama bihun dan juga aksesorinya seperti hirisan kobis. Sayangnya kita hanya menjamah sedikit dan hanya mampu hirup kuahnya sahaja. Selebihnya Encik Suami tolong habisnya tetapi tidak habis juga sebab Encik Suami sudah kenyang makan soto ayam!


Mata terpandang pelbagai jenis desserts di belakang restoran, tetapi sekadar cuci mata sahaja. Teringin nak makan, tapi selera untuk menelan jauh ke laut!


Terima kasihlah Encik Suami kerana cuba mencari tempat untuk membuka selera kita.
Apa boleh buat, selera orang tak sihat memang begini, mulut pahit menghalang segala rasa untuk melintasi tekak.


Kita rasa nak cepat-cepat pulang dan rehatkan badan.
Begitulah agaknya, kalau rasa tak sedap badan memang ubatnya nak berehat dan tidur saja.

Restoran Bakso Kampung.

23 comments

  1. Tadi pergi rumah SK nampak bakso...masuk rumah kak amie pun ada bakso...huwaaa...nak bakso....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha, apalagi, kena pergi membakso tu.

      Padam
    2. Mari SA, Kak Amie dan SK temankan membakso heheheee.

      Padam
  2. Syafakillah Kak Amie.. bila tak sihat memang terasa nak makan sup atau yang berkuah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sue, ada juga yang suka masam-masam sikit.

      Padam
  3. Pertama kali dengar bakso beranak, Iman yang cerita. Kembang kepala kita membayangkan anak2 bakso kat dalam bakso yang besar. sesuatu yg bulat2 dan banyak, macam guli, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak anak-anak bakso kan SK. Tak larat nak habiskan keluarga bakso yang besar tu.

      Padam
  4. Faham sangat bila tak berselera tu. Bila tak sihat rasa macam nak berehat je tanpa buat apa apa dan tanpa fikir nak makan. Tak pernah lagi makan bakso beranak. Bakso biasa pun dah tak lalu nak makan sebab beberapa kali beli asyik tak kena dengan selera. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Fizah, lain tempat lain rasa baksonya. Itu pasal kalau dah jumpa satu tempat yang sedap, ulang-ulanglah ke situ.

      Padam
  5. Balasan
    1. Ye Uncle, anak-anak bakso dalam perut emak bakso.

      Padam
  6. Wah..menarik nampak bakso betanak..twins pulak tu...
    Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk cikgu🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Dah sihat adanya.
      Banyak anak bakso tu.

      Padam
  7. Rupanya bakso beranak memang ada anak nya begitu dibedah keluar anaknya. Di sini saya belum menemuinya. Selamat malam, temanku Amie.

    BalasPadam
  8. cantik deko kedai makan nya tu kak... meriah

    BalasPadam
  9. Pertama kali melihat bakso begini..
    Tapi ialah badan tak sihat memang nak berehat je.. Semoga kembali sihat ye Amie..

    BalasPadam
  10. Ingatkan orang je beranak rupanya ado juga bakso beranak. Semuga cepat sihat amie. BIla takde selera memang tak lalu apa pun tapi pekena sup panas-panas buat nambahkan selera.

    BalasPadam
  11. Kalau sedang sakit, masakan favourite pun kita tak lalu makan. Huhu. Betullah nikmat sihat tu nikmat paling mahal

    BalasPadam
  12. mmg jenuh nak habiskan bakso beranak..dgn isi dalam lg..

    BalasPadam
  13. Sayapun tengah tidak sihat. Makan ada rasa pahit tapi makan juga sebab kena makan ubat lepas itu.

    BalasPadam
  14. teringin nak mkn bakso beranak. nak kena cari dkt kk ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe