Sarapan Pagi Ala-Ala Inggeris

4:31 PTG

Pukul 8:45 pagi kami tinggalkan kawasan kotej dan terus menuju ke Sabah Tea Restaurant. Sarapan pagi kami ala-ala Inggerislah kononnya. Semuanya ada 'teh Sabah' kecuali American Breakfast. Itu pun terselit pucuk daun teh juga!

Sabah Tea Scone Set ini panas dari oven!

Lempeng ini pun rasa teh juga.Itu sebab diberi nama Sabah Tea Pancakes. Kecil comel jew. Gigit dua kali habis sekeping!

Sabah Tea Scone ini sedap sangat bila dimakan dengan jem strawberri dan krim. Kalau dinikmati di kalan senja bersama secawan teh kosong alangkah syahdunya!

Sabah Tea Restaurant terletak bersebelahan dengan teko gergasi. Nun di sebelahnya lagi ada pokok besar. Pokok itulah yang dinaiki Firdaus kelmarin petang.

Badan teko ini sudah dipenuhi dengan 'kunci cinta' para pengunjung! Rasanya tak ada lagi ruang untuk gantung kunci. Pihak Sabah Tea Garden kenalah buat beberapa buah teko lagi.... ahaks!

Jom kita minum teh.
Encik Suami minta seteko kecil Sabah Tea Exotic, rasa pandan.


Apabila dituang ke dalam cawan, aroma pandan semerbak menggoda!


Pekatkan  warna teh Sabah?
Dah balik ke LD pun Encik Suami masih teringat aroma pandan tea exotic tu.



Budak Firdaus ini pagi-pagi lagi sudah minta ais krim. Sabah Tea Ice Creamnya itu pun mengandungi teh hijau.

American Breakfast

Awal-awal lagi dia sudah pesan nak makan American Breakfast.

American Breakfast


Sabah Tea Scone Set

Nampaknya sarapan kami pagi ini semuanya hijau, sehijau daun teh di Ladang Nalapak!

Sabah Tea Waffle dengan madu.

Sabah Tea Pancakes dengan madu juga.



Jom kita sarapan.

 
Bismillah.

 
Makan kenyang-kenyang ye sebab selepas ini kami akan ke Kampung Nalapak pula.


Nampak lainkan warna hijau lempeng ini.




Senanglah hati Firdaus selepas makan sarapannya. 




Sekarang sudah hampir pukul 9:30 pagi. Matahari pun sedang memancar dengan galaknya.
Mari kita tinggalkan tempat ini.


Sebelum itu kami singgah di kedai dahulu, beli lada putih, kain sarung batik corak tempatan dan beberapa jenis cenderahati.


Firdaus hendak melawat kilang teh, tapi kilang tidak beroperasi. 
Hari ini hari Ahad.


Tengok-tengok sajalah dari luar.


Kami jalan-jalan ke atas bukit dan kononnya hendak ajak Firdaus melawat Quailey's  Hill Memorial. Salbiah dari Blog SAL tentu suka tempat begini sebab ia merupakan satu kesan tinggalan zaman kolonial. Peristiwa menyedihkan telah berlaku dan tercatat dalam peristiwa Perjalanan Maut Sandakan Ranau. Boleh baca di sini:

Kami pun menapak ke bahagian atas.


Ketika hampir mendekati tapak Quailey's Hill Memorial, terserempk pula dengan beberapa ekor anjing di situ. Mungkin anjing-anjing itu sengaja diletakkan untuk menjaga kawasan pejabat. Oleh kerana anjing-anjing tersebut menggonggong, kami pun berundur ke belakang.


Eh, malaslah nak berkelahi dengan anjing. Baik beredar dari sini saja.


10 comments

  1. entah bila la pulak dapat ke Sabah Tea lagi.. last hujung 2016.
    anak - anak dah besar sikit nanti, nak mengulang ke sana lah.

    BalasPadam
  2. Waaa bestnya Amie... teringin gak nak sampai sana... nampak sedap semuanya...

    BalasPadam
  3. bagus promosi Sabah tea..sedap2 semuanya..

    BalasPadam
  4. Kalaulah kita ada bersayap, rasa nak terbang join bersarapan dengan Daus tau.

    BalasPadam
  5. semuanya nampak sedap Kak Amie.. Ais krim tu paling menarik sekali..

    BalasPadam
  6. Tempat rehat atas pokok tu bestnya..Makanan nampak hijau semua, nampak sedap!

    BalasPadam
  7. Ini kalau Cella tengok scone tu...lempeng ...waffle...auh...teh segar...

    BalasPadam
  8. Ingatkan kopi rupanya Teh. Mmg pekat tu kak

    BalasPadam
  9. Serba serbi teh hijau. Seronoknya suasana pagi dan sarapan begini pagi pagi. Tenang je rasanya. Sampai terkenang kenang ye rasanya bila dah sampai rumah. hehe..next time datang lagi.
    Kalau nampak anjing dari jauh, saya dah lari dulu dah. takut kena kejar. dahlah lari tak berapa nak laju. huhu...

    BalasPadam
  10. unik sabah tea pancake dia tu. sedap x Kak Amie?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe