Hasil Karyaku : Siri Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati : Daun Pisang atau Surat Khabar?
8:47 PTGTahun lepas, banyak jugalah Amie menyertai projek penulisan swaterbit beberapa buat syarikat penerbitan. Tidak sia-sia korbankan banyak waktu mengikuti seminar dan bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh penerbit. Oleh kerana disiplin diri yang tidak berapa cemerlang dalam mematuhi etika masa, jadi biasanya sudah sampai waktunya masih terkial-kial mengedit karya sendiri. Editor kami orangnya sangat tegas dan sangat teliti terutama sekali dalam bab tata bahasa! Aduhai..... kita yang tidak berapa mahir tata bahasa terpaksalah berkawan baik dengan Kamus Dewan Edisi Keempat! Apabila karya sudah dihantar kepada penerbit untuk diperhalusi oleh editor, rasa lega yang teramat sangat memenuhi dada. Syukurlah setakat ini, termasuk karya yang dihantar untuk lima Siri Anekdot Menu Pilihan Hati ini diterima tanpa dibicarakan oleh pihak penerbit. Hanya di peringkat akhir sebelum cetakan, para penulis dikehendaki menyemak sekali lagi hasil tulisan yang sudah dimurnikan oleh editor untuk memastikan tiada sebarang kesilapan dalam karya.
Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati : Daun Pisang atau Surat Khabar? |
Lima Siri Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati |
- Daun Pisang atau Surat Khabar?
- Ikan Tepi atau Ikat Mati?
- Nasi Campur Kegemaranku
- Roti Canai Kuah Banjir
- Wah, Banyaknya Lauk!
23 comments
Tahniah
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamHebat! Tahniah Kak AmiE! Teruskan berkarya!
BalasPadamTerima kasih Syaz. Jom terus menulis.
Padambaru baca sikit pun dah tahu best, dana nak beli la semua koleksi tu kak... camne ye?
BalasPadamTerima kasih Dana. Kita sudah berurusan, dan moga dipermudahkan urusan pengeposannya nanti.
Padamtak sabar nya kak... nak tunggu sampai
PadamHebatnya Cikgu Amie👍👍
BalasPadamMembaca tajuknya..buat rasa lapar pula..
Jom kita makan Mama Cella hehehehe.
PadamTAHNIAH AMIE PENERBIT NI TEGAS TENTANG PENGHASILAN KARYA KAK ADA JOIN SEKALI ANEKDOT DGN PENERBITAN NI
BalasPadamKan Kak PI. Tapi inilah peluang untuk memartabatkan bahasa melalui karya kreatif.
PadamMinat juga nak sertai, tapi nak tengok pada tajuk-tajuk yang berkaitan. Tahniah.
BalasPadamAda terbaca anekdot tulisan saudara Fairus tentang kisah PKP.
PadamTajuk memang ringkas tapi banyak tafsiran boleh dibuat.
BalasPadamSuka cerita yang buat kita kembali peka pada keadaan yang dilupakan.
Betul tu NA.
PadamWaaa Kak, tahniah.. sukanya nengok kulit buku tuu...
BalasPadamTerima kasih Sis Lin.
PadamWahhh.... Tumpang bangga
BalasPadamTerima kasih Uncle.
PadamAlhamdulillah tahniah Kak Amie. Dalam kesibukan dapat juga sumbangkan anekdot dalam buku daun pisang atau surat khabar ni. Tengok tajuk saya dah terbayangkan nasi lemak. Hehe...
BalasPadamTerima kasih Fizah. Sekadar hobi dan memenuhi masa terluang hehehee.
PadamTahniah kak amie.
BalasPadamTahniah Kak Ammie....bangga dengan kak amie...ada penulisan dalam ni dan banyak dah tulisan kak amie dalam buku2 khas kan...
BalasPadam