Sayap Ayam Madu Wak Ali
6:06 PTGOrang kata kalau sampai Kundasang jangan lupa singgah makan Sayap Ayam Madu Wak Ali. Kita pun terujalah nak merasa. Ada bezakah dengan sayap ayam yang biasa kita makan di tempat lain? Apabila kita sampai, warung penuh dengan pelanggan. Tak ada tempat kosong. Kami pun putuskan untuk bungkus saja. Pelanggan sangat ramai. Terpaksalah beratur menunggu giliran. Setelah hampir 45 minit kami menunggu, Amie putuskan untuk masuk ke dalam kereta bersama Firdaus. Lenguh kaki berdiri di situ.
Encik Suami dengan sabarnya menunggu sehinggalah sampai gilirannya. Tak banyak pun kami beli, hanya 10 keping sayap. Sekeping berharga RM2.00. Dari jauh kelihatan Encik Suami menjinjing bungkusan sayap ayam. Rasa kasihan pula 'mendera' untuk tunggu sayap ayam sampai ke gilirannya.
Rasa rugi pula habiskan masa lebih satu jam di situ. Perut pula rasa lapar. Akhirnya kami putuskan untuk pulang semula ke Jasni Rijan Resort memandangkan hari sudah gelap. Terfikir pula, kenyangkah sekadar makan sayap ayam sahaja? Kalau malam nanti lapar nak cari makanan di mana pula? Sampai di simpang masuk ke Kampung Pinausok, kami berhenti di BW Bus Restaurat dan makan malam di situ.
Sayap ayam dalam bungkusan kami bawa pulang ke bilik. Selesai solat dan bersihkan diri, kami buka bungkusan sayap ayam yang sudah sejuk.
Sayap Ayam Madu Wak Ali. |
Kami makan berdua dengan Encik Suami sahaja. Firdaus tak mahu makan. Teringat Sayap Ayam Lelek di Tawau dan gerai-gerai di sekitarnya. Terbayang pula sayap ayam panggang di tepi laut di Kota Kinabalu. Masih terasa-rasa pencecahnya yang cukup rasa pedas, masam manis ditambah pula dengan aroma jus limau kasturi.
Air warna oren dalam cawan itu kita punya Vitamin C : Cebion. Sejak penularan wabak Covid-19, kita memang tak lupa bawa bekalan Cebion ke mana-mana.
Sekian cerita jalan-jalan cari makan, memburu Sayap Ayam Madu Wak Ali. Kata Encik Suami, cukuplah sekali beli sayap ayam di sini.
Baiklah.
17 comments
Mesti sedappp ni
BalasPadamMakan panas memang sedap ni.
PadamCukuplah sekali?
BalasPadamSerik sebab beratur atau serik sebab tak sedap?
Seriklah tu terpaksa berbaris dan menunggu.
PadamTak sedap ke Kak Amie...nampak sedap je tu...ke x kena dengan selera kak amie..eh..kalau x kena selera x sedap la kan ..haha...
BalasPadamYang tak sedapnya sebab kena menunggu lama heheheee. Dah penat tunggu hilang selera nak makan pula.
PadamMungkin serik beratur atau tak sampai expectation. Biasalah kan tempat viral. Ramai tu sebab orang ingin tahu
BalasPadamDi mana-mana pun ayam sayap panggang rasanya lebih kurang sama saja kan Sal.
Padamoh tk sedap ye...ada juga baca syap ayam sedap kt sana tp tksure yg kt mn yg sedap tu
BalasPadamDi Sabah memang merata orang jual sayap ayam panggang. Yaang membezakannya dengan ketara sudah tentulah pencecahnya, lain tempat lain rasanya.
PadamSedap tak? Takpelah asal dapat merasa.
BalasPadamBetul NA. Asalkan dapat merasa.
PadamSaya kalau kena menunggu lama-lama ni lemah sikit, kak. Nanti terus rasa kenyang, makan angin masa menunggu hehehe
BalasPadamLama beratur tu. Makanan sedap kena beratur lama bencinta jugak kan. Cukuplah beli sekali dapat merasa.
BalasPadamaduh lamanya kene beratur kak oi, kalau dana pun tak sanggup nak nunggu lama... tapi takpelah dah rasa kan lainkali tak payah beratur lama kalau dah tahu rasanya macmane kan
BalasPadamAlala encik majid dah serik menunggu le tu terus kata tak nak pergi lagi. eh
BalasPadamkalau mkn time panas, lagi sedap.
BalasPadamtp tu la, mmg penat kalau beratur panjang.