Rajuk Firdaus tidak lama. Sebaik sahaja melintasi bulatan replika kobis di pekan Kundasang kami mula berbual-bual. Dia bersorak gembira apabila Amie beritahu sekarang dalam perjalanan menuju ke hotel di Kota Kinabalu. Tidak lama kemudian dia keluarkan Kokonys dan makan sendiri. Selepas minum air mineral, terus tertidur dengan lenanya sehinggalah kami menghampiri tempat penginapan kami di Jalan Pantai Baru, Sembulan.
|
Zara's Boutique Hotel Sumber : Google |
Sana sini kelihatan hiasan tanglung berwarna merah sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ruang lobby kelihatan agak luas.
Ketika kami daftar masuk hotel, jam menunjukkan lewat pukul 3 petang. Pada mulanya risau juga dan sudah bersedia menadah telinga kalau Encik Suami membebel tentang tempat letak kereta. Alhamdulillah, ruang letak kereta sangat luas! Walaupun dapat letak kereta di kawasan berhampiran, kalau boleh Encik Suami mahu letak kereta di depan pintu hotel...aduyaiiii!
Bilik kami pula letaknya di penghujung dunia... ahaks!
Inilah bilik untuk kami bermalam. Tidak dapat family room tetapi dapat dua katil single pun sudah memaaadai. Jika perlu, boleh minta tambahan sebuah tilam lagi.
Ruangannya agak luas dengan adanya tingkap yang membenarkan cahaya matahari masuk ke bilik. Nak solat pun rasa selesa kerana tidak perlu bersempit-sempit dan menyelit di celah katil.
Walaupun menampilkan gaya lama tetapi kami selesa di sini.
Encik Suami seronok baring-baring di lantai sehingga terlelap!
Sebentar lagi akan kedengaran bunyi air mendidih.
Kedua-dua mug warna biru ini sedang menunggu untuk digunakan!
Sterika dan iron board turut disediakan.
Orang pertama masuk bilik air sudah tentulah Firdaus!
Tandasnya bersih dan kemas serta luas.
Setelah menunaikan solat jamak dan berehat seketika kami bercadang untuk jalan-jalan cari makan. Sewaktu berjalan menuju ke lift terpandang Hospital Gleneagles di sebelah kiri. Teringat isteri anak buah (Abang Aznan) yang sedang menunggu hari untuk bersalin. Abang Aznan sudah membuat tempahan untuk isterinya bersalin di sini. Semoga dipermudahkan urusan Abang Aznan sekeluarga untuk menyambut kelahiran cahaya matanya yang keempat. Maka bertambahlah cucu saudara kita... Alhamdulillah.
|
Hospital Gleneagles. |
Akhirnya tercapai hasrat untuk bermalam di hotel yang terletak berhampiran IMAGO Mall di KK Time Square. Bolehlah shopping sepuasnya. Tempat letak kereta pun banyak, jadi tidak perlu risau pulang lewat malam sedikit. Hendak ke pusat bandar pun tidaklah jauh sangat, hanya lima kilometer sahaja jaraknya.
Seronok nya Firdaus..hilang rajuk dah masuk hotel ye...
BalasPadamBelum sampai hotel dan hilang rajuknya hahaaa.
PadamMemang luas dan cantik pulak biliknya tu, Kak Amie. Haaa.. kalau bilik sempit, masalah la nak solat. Pernah dulu masa di mana tah, terpaksa solat atas katil, tapi rasa macam nak tumbang selepas bangun dari tahiyat atau sujud, sebab tilam tak stabil, hihi.
BalasPadamMug tu cantik, sy ada pinggan yg permukaan begitu, tapi tak pernah pulak jumpa mug tu.
Pernah dua kali solat atas katil sebab bilik sempit juga. Katil double decker pula tu.
PadamAduhai... sujud dan duduk tahiyat tenggelam atas tilam kihkihkih!
Strategic kedudukan hotel.
BalasPadamBetl NA. Yang bestnya sebab luas tempat parking.
PadamNampak simple Dan selesa bilinya. Bilik air nampak besar
BalasPadamMemang luas bilik airnya, sepadan dengan keluasan bilknya juga.
PadamTerurus kemas hotel ni dari lobi sampai dalam bilik. Seronoklah Kak Amie dapat shopping nanti dah dekat dengan mall.
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan Abg Aznan dan keluarga. Aaaminn...
Memang itulah tujuan ke KK. Santai, makan-makan dan shopping sahaja.
PadamTerima kasih doa untuk keluarga Abang Aznan.
cntik jgk hotel dia ya.
BalasPadamselalu tgk je hotel ni bila ke imago..
Wanita dan shoping...rakan sejati🥰😍
BalasPadamnasib sekejap je merajuknya si Daus tu ye kak... ehehehe, dah puas rehat apa lagi menyopping lah
BalasPadam