Pages

Khamis, 10 Februari 2022

Stanton Hotel

Selepas isi perut dengan masakan baba dan nyonya, kami bergerak ke Karamunsing untuk daftar masuk hotel. Malam itu kami menginap di Stanton Hotel. Esoknya sambutan Tahun Baru Cina (1 Februari 2022 - Selasa). Kami berehat sahaja di dalam bilik sementara menunggu waktu malam. Anak buah jemput makan malam bersama di Penampang.

Stanton Hotel

Stanton Hotel ini bertaraf 3 bintang di bangunan gaya kolonial. Sudah tentulah rasa teruja untuk bermalam di hotel sebegini. Sewaktu menempah hotel ini Amie terbaca komen daripada pengunjung bahawa tempat letak kereta sangat terhad tapi Amie tidak beritahu Encik Suami. Memang sudah pasang telinga awal-awal untuk mendengar bebelannya.

Stanton Hotel terletak di:

107, Lorong Karamunsing C,
Karamunsing Complex, 88600 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia .

Sewaktu daftar masuk, hanya sempat tangkap gambar  di ruangan ini sahaja. Dari arah pintu masuk pun sudah rasa teruja melihat hiasan dalaman Stanton Hotel. Lobby hotel tidaklah luas tetapi kebijaksanaan menyusun atur hiasannya membuatkan nampak elegan dan selesa.



Sebaik sahaja masuk ke bilik, terpandang kad ucapan selamat datang bersama 4 biji coklat terletak di atas meja di sudut bilik.


Kami memilih family room.




Firdaus pula seronok sangat buka peti sejuk mini.


Apa tidaknya!
Dalam peti sejuk ada coklat kit kat dan minuman coca cola!


Kena bayar ya dik kalau nak makan coklat atau minum coca cola.


Semua katil dirasmikan olehnya.


Akhirnya tertidur dengan kaca mata yang belum ditanggalkan.


Meja sudut ini dilengkapi lampu meja serta kotak peralatan menulis.


Ada pelbagai alatan seperti highlighter pen, pemadam, dawai kokot, stepler dan selotep. Ada dua kotak kelabu di laci atas tapi tak tahu isinya sebab Amie tidak buka.


Laci paling atas di meja tengah di tepi katil mengandungi payung, beg Stanton Hotel dan dalam beg hitam itu ada.....


.... pengering rambut.


Laci paling bawah ada 3 pasang selipar hotel.


Encik Suamilah yang paling seronok melihat cerek air dan paket minuman yang disediakan.


Katanya, Kopi ''O' Tenom itulah yang paling  berharga!


Jom intai bilik air.


Bilik air sangat bersih.



Semuanya nampak menyelesakan.


Tiada sebarang habuk dan bau yang tidak menyenangkan ada di sini.
Amie beri 9/10 markah!
Kebersihan tandas dan bilik dapat melupakan seketika tempat letak kereta yang sangat terhad.
Selepas solat maghrib, kami bergegas turun ke lobby. Encik Suami meminta anak buah kami di Tuaran supaya singgah ambil kami di hotel dan  bersama-sama ke Penampang, ke rumah anak buah. Encik Suami bimbang kalau bawa kereta sendiri, nanti tempat letak kereta kami diambil orang lain. Hadoi!!!!


Jom turun ke lobby.


Ada kepala rusa pula di hadapan pintu lift.


Di dalam almari kaca ini terdapat beberapa jenis barangan hotel yang dijual termasuk payung, mug, beg dan lain-lain.


Sementara menunggu anak buah sampai, ambil gambar pemandangan waktu malam pula di sini.


Terima kasih staff Stanton Hotel yang ambilkan gambar kami bertiga.


Baru berkesempatan mengambil gambar di sini.


Staff hotel yang peramah dan berbudi bahasa serta ringan tulang memberi bantuan.


Ruangannya kecil sahaja, tetapi tidak pula rasa sempit apabila berada di dalamnya.


Kafe terletakdi bahagian luar bangunan.



Wokey!
Anak buah sudah sampai, jadi tinggallah dulu Stanton Hotel.


Selamat pagi. 
Kami hendak daftar keluar pula.


Sementara Amie uruskan daftar keluar hotel, Encik Suami menemani Firdaus membaca buku Aku, Dia dan Bantal Busuk.


Sekarang kami hendak menuju ke Putatan untuk mencari sarapan pagi!


Firdaus masuk ke dalam pondok telefon.


Dan bergambar bersama basikal.

                            


Dalam perjalanan ke Putatan, teringat ada sesuatu yang diberikan oleh staff di kaunter hotel tadi. Bila Amie buka, rupanya luggage taq. Terima kasih Stanton Hotel.

12 ulasan:

  1. cntik kan hotel ni Kak Amie. tahun lps, ni lah tmpt syu ambil gmbr raya. hehe

    BalasPadam
  2. Bestnya hotel ni; cantik dan nampaknya sangat mengalu-alukan & menghargai tetamu. Small gestures that always warm our heart kan?
    Tq Kak Amie for the Stanton Hotel bag tu :D

    BalasPadam
  3. Wow! Menarik luar dan dalam Stanton Hotel ni Kak Amie. Seronok dapat hotel dan bilik yang menyelesakan. 3 bintang macam 5 bintang. Bukan macam hotel 4 bintang yang saya stay haritu. Best betul kalau menginap di sini. Macam macam ada kat bilik. Kalau dekat ni dah pergi dah. huhu...Tak dapat stay sini, dapat ole ole woven bag stanton hotel yang kak Amie bagi pun dah happy :)

    BalasPadam
  4. Cantiknya Hotel ni. Stail colonial memang kemas. Toilet bersih, staf peramah. Kalau dekat memang dah lama gi staycation sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom jom sal. Ahkak tak pernah sampai sabah lagi ni. Tenguk kerusi warna biru terus rasa nak terjah.

      Padam
  5. Wah...teruja pula saya mrmbaca dan melihat gambar.Menarik sekali.
    Tidur dengan cermin mata tu sama perangai dengan Adah.Saya selalu cakap..
    "tidur pakai cermin mata tu sebab takut rabun dalam mimpi ke"🤣

    BalasPadam
  6. Cantik rupanya hotel ni....bukan main lagi si bujang kecik kak amie tu ye...semua dia yang rasmikan dulu

    BalasPadam
  7. Warna klasik hitam putih nampak ekslusif.
    Nampak mahal perabotnya.

    BalasPadam
  8. cantiknya bilik dia kak, siap ada kelengkapan alat tulis lagi.. pastu siap ada disediakan payung bagai memacam ada. deco dia pun memang cantik betul exclusive gitu

    BalasPadam
  9. Cantiknya rasa macam sampai UK je. Terima kasih ya amie oleh-oleh Hotel Stanton.

    BalasPadam
  10. Masuk bilik je dah dapat free coklat emmm memang menawan hati sungguh ni dok sini

    BalasPadam