Pages

Jumaat, 11 Februari 2022

Makan Miang Kham & Tom Yum Goong di Tuk Tuk Tomyam Restaurant

Tujuan untuk  jalan-jalan dan shopping berjalan lancar. Untuk memudahkan urusan, kami memilih tempat penginapan berhampiran dengan mall beli belah yang ingin kami tuju. Jadi, puas hatilah dapat meronda dari penjuru ke segenap penjuru yang lain. Cuma, yang tidak berapa sedap telinga mendengar apabila Encik Suami beberapa kali mengingatkan : Bonet sudah penuh! Haaaa... itu belum sampai Kundasang dan Ranau. Belum isi dengan sayur dan beras kampung, durian dan buah bambangan!

Oh ya, berbalik cerita Tuk Tuk Tomyam, sebuah restoran Thai yang dibuka pukul 12 tengahari! Selepas shopping (entah kali ke berapa), kami bergerak menuju ke Habour City, Sembulan. Kami singgah sekali lagi di Tuk Tuk Tomyam. Sama seperti masuk di Restoran Nasi Lemak Rendang Oma, kali ini kami ikut juga pintu belakang restoran. Walaupun kami tiba pukul 2 petang, tetapi restoran masih penuh dengan pelanggan! Alhamdulillah, ada tempat duduk untuk kami bertiga.


Tuk Tuk Tomyam terletak di
Lot 04-1 Level 1 Block D,
Harbour City Sembulan
88100 Kota Kinabalu, Sabah.
(di bawah bangunan Zara's Boutique Hotel)

Miang Kham

Tom Yum Goong


Firdaus tak sabar nak makan.
Baca doa dulu dik.

Popia Sood @ Fresh Roll

Ada seekor udang segar tanpa kulit bersembunyi di dalam setiap potongan fresh roll. Firdaus pun ikut makan sepotong. Budak ini memang pandai makan sayur segar.

Tom Yam Goong

Selain Fresh Roll @ Popia Sood, kita nak makan Tom Yum Goong dan Miang Kham. Udang yang digunakan ialah udang galah. Terkejut juga apabila dihidangkan di atas meja, terjulur-julurlah pulak misai udang galah! Tapi apabila dilihat bahagian kepalanya, memang sudah dibersihkan dan ditarik keluar kotoran udang. Terpaksalah minta tolong Encik Suami makan udang galah sebab tak larat nak habiskan seorang. Ada 7ekor semuanya! Lumayan juga dengan harganya RM26.90. Kalau tak ingat perut yang sudah mahu pecah, memang nak hirup kuah tom yam sampai ke titisan akhir! Sedaplah pula rasanya. Teringat jus segelas jus nanas yang belum disedut, nak letak mana pula?

Miang Kham

Sewaktu memesan Miang Kham, terbayanglah Miang Kham yang biasa kita makan, yang ada kacang tanah, ada hirisan halia, limau nipis, cili padi, bawang merah, kelapa sangan, udang kering dan juga kuahnya yang sedap itu.  Apabila sampai ke meja, beginilah rupa Miang Kham di Tuk Tuk Tom Yam. Oooo... rupanya ada Miang Kham udah segar!


Encik Suami makan Butter Salted Eqq Squid FR (Nasi Goreng. 


Firdaus makan Nasi Goreng Kampung. 


Dalam Nasi Goreng kampung tersembunyi seekor udang.


Green Tea with Fresh Milk : Firdaus punya.
Fresh Pineaple Juice : Kita punya. Sangatlah sedap jus nanas ini!


Bismillah.


Selalu baca komen tentang kunjungan dari Malaya ke Sabah terutama di Kota Kinabalu : Jangan harap akan jumpa masakan tomyam yang menepati selera hanya kerana di KK banyak tempat makan seafood! 

Memang ada benarnya sebab Amie pun selalu terkena. Tapi kunjungan ke Tuk Tuk Tomyam sebaliknya pula. Malah sudah berhasrat untuk datang lagi cuba masakan yang lain. Barangkali empunya restoran pakar masakan Thai atau memang orang Thai! Maklumlah sewaktu lalu lalang di belakang restoran, asyik terhidu aroma masakan Thai sama seperti sewaktu berkunjung ke Hatyai!


17 ulasan:

  1. lain versi Miang Kham nya..tomyam goong..menarik..
    Alhamdulillah..masakan sedap, memenuhi citarasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.... lain versi miang khamnya. First time nampak. Belum jumpa lagi dalam google.

      Padam
  2. Bagus Firdaus ni pemakan sayur. Suka dia dengan air green tea ye. Lain sikit rupa Miang Kham kat sini. Terus ngap je lah. Sedap tu kak Amie dapat udang galah segar. Kalau lapar tu cepat habis. Tapi sayang perut pun tak mampu nak disumbat makanan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap jugalah miang khamnya tu, tapi tak adalah rasa kombinasi bahan yang selalu ada pada miang kham. Memang kenyang sangat dah, sebab hirup banyak kuah dan jus nanas.

      Padam
  3. Kalau saya, perkara udang, tak minta bantuan siapa2, makannya pasti habis. He he ... Soalnya saya paling suka makan udang. Selamat sore sobatku Amie.

    BalasPadam
  4. tomyam dia mmg sedap kan Kak Amie. syu selalu order mknn dkt sini. terubat rindu masakan mcm semenanjung.
    sotong goreng tepung dia pon sedap gak.
    salad mangga dia pon kena try tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh makan sini lagi try menu lain kalau datang KK lagi nanti.

      Padam
  5. syukurlah jumpa restoran yg mampu masak tomyam sedap spt di Kelantan. Mmg susah nak cari kan? Berbaloi dgn harga.

    BalasPadam
  6. Nama restorannya juga sudah membayangkan ianya milik mereka yg berasal dari sana, sebab tu agaknya masakannya sedap dan betul2 citarasa Thai. Semuanya nampak menyelerakan dan apabila Kak Amie kata sedap, memang kecurlah kita dibuatnya, hihi.

    BalasPadam
  7. Lain pula miangkamnya...tapi nampak udangnya terlentang tu macam sedap tu.Makanan lain pun menarik.Nampak tak sabar dah Daus tu.šŸ¤­

    BalasPadam
  8. udangnya unik dialasi daun sirih dan jusnya kelihatan sangat segar....nyammmm

    BalasPadam
  9. Lain plak Miang Kham kat sana erk...ada udang plak...ingat yang biasa tu...tp tom yam tu nampak sedap betul la kak amie....tertelan- telan air liur dibuatnya

    BalasPadam
  10. Itulah bukan semua restoran ikut citarasa kita.
    Amboi sakan membeli-belah. Ini jalan-jalan Sabah.

    BalasPadam
  11. Syukur jumpa juga tempat makanan tomyam best

    BalasPadam
  12. miang kham spesial ye kak, biasa udang kering ini udang fresh, mesti lagi sedap nih... rare tu nasi goreng telur sotong

    BalasPadam